Jawapan Ten Hag Ketika Ditanya Adakah Beliau Belajar Bahasa Inggeris Kerana Man Utd

Erik Ten Hag menjawab dakwaan ramai yang mengatakan beliau pada ketika ini sedang belajar bahasa Inggeris kerana berminat untuk menjadi pengurus Manchester United.

Pengurus Ajax itu merupakan antara calon kegemaran yang dikaitkan bakal dilantik sebagai pengurus terbaru Manchester United, bagi menggantikan tempat Ole Gunnar Solskjaer.

Ten Hag hangat dikaitkan bakal ke Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas nanti, dengan Ralf Rangnick sendiri dilaporkan mahu menyerah tugas pengurus kepada pengurus Ajax itu.

Baru-baru ini tular di media sosial yang Erik Ten Hag pada ketika ini sedang belajar bahasa Inggeris dan tujuan utama beliau mahu berbahasa Inggeris adalah kerana beliau berminat mahu ke Old Trafford.

Ketika ditanya adakah dakwaan yang beliau sedang belajar bahasa Inggeris adalah benar, pengurus berusia 52 tahun itu tersenyum, kemudian menjawab:

“Tidak, laporan itu tak betul.”

“Kami sudah mula bercakap bahasa Inggeris di sini kerana ramai pemain asing yang bermain di Holland, dan mereka sudah belajar bahasa Inggeris.”

Bercakap menjelang aksi anak buahnya dalam saingan Champions League, beliau turut menyatakan bahawa:

“Saya tak fikir yang itu adalah satu isu hari ini, petang ini semuanya tentang perlawanan kami.”

“Saya beri tumpuan penuh tentang itu dan saya tak akan beri perhatian kepada hal lain. Tumpuan utama saya hanyalah untuk Ajax vs Benfica.”

Sama seperti Manchester United, Ajax juga turut tersingkir dari saingan Champions League selepas mereka tewas 3-2 secara aggregate di tangan Benfica.

Skuad kendalian Erik Ten Hag itu tewas 1-0 di tangan Benfica di Johan Cruyff Arena awal pagi semalam.

Walau bagaimanapun, Jamie Carragher percaya yang hal itu tidak akan sama sekali menjejaskan peluang Ten Hag untuk terus diburu oleh Manchester United.

Bercakap tentang kekalahan Ajax di tangan Benfica, Ten Hag menyatakan bahawa:

“Ia tak sepatutnya berlaku. Kamu tak boleh nilai seorang pengurus hanya berdasarkan satu perlawanan sahaja.”

“Saya rasa ia lebih teruk untuk Mauricio Pochettino berbanding pengurus Ajax kerana melihat pasukan yang mereka miliki, situasi mereka letakkan diri mereka dalam perlawanan itu dan kamu sebenarnya melihat kepada pengurusan dia sebagai salah satu sebab mereka tersingkir.”

“Saya memilih Ten Hag kerana saya rasa dia paling layak untuk jadi pengurus United yang seterusnya.”

Bukan hanya Jamie Carragher, bahkan para penyokong Manchester United sendiri turut sangat berharap agar pihak kelab melantik Erik Ten Hag untuk menjadi pengurus tetap mereka yang baru.

Manchester United baru sahaja tersingkir dari saingan Champions League selepas mereka tewas 2-1 secara aggregate di tangan Atletico Madrid.

Tersingkirnya Man Utd dari saingan Champions League, ia menyebabkan mereka akan sekali lagi terpaksa akur mengakhiri kempen satu musim dengan tangan kosong.

Champions League merupakan satu-satunya peluang untuk Man Utd memenangi sesuatu namun malangnya mereka gagal untuk mara lebih jauh.

Mereka sebelum ini sudah tersingkir dari saingan Carabao Cup, FA Cup, turut jauh keciciran mata dari pendahulu saingan Premier League dan kini mereka tersingkir dari saingan Champions League.

Man Utd kini jelas sekali akan memberi sepenuh perhatian mereka terhadap aksi dalam saingan Premier League, dengan mereka kini sedang memburu tempat untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Mereka ketika ini satu mata sahaja dibelakang Arsenal yang sedang berada di kedudukan empat teratas, namun skuad kendalian Mikel Arteta itu memiliki kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan.

Mengikut kedudukan semasa, sepertinya Arsenal yang lebih berpotensi untuk mengakhiri saingan Premier League di kedudukan empat teratas, namun United masih ada peluang andai mereka berjaya menang baki semua perlawanan selepas ini.

BACA:  "Dia Akan Kembali Mengganas" - Peminat Teruja Melihat Perubahan Fizikal Rashford Menjelang Bermulanya Musim Baru