“Dia Akan Kembali Mengganas” – Peminat Teruja Melihat Perubahan Fizikal Rashford Menjelang Bermulanya Musim Baru

Marcus Rashford dilaporkan menyertai sesi latihan pra-musim bersama Manchester United dalam keadaan fizikalnya berada di tahap terbaik sepanjang kariernya.

Beliau dilihat berada dalam keadaan yang sangat meyakinkan dan ramai percaya beliau bakal kembali mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Pemain berusia 24 tahun itu bergelut dengan masalah prestasi sepanjang musim lalu dengan beliau mencatatkan statistik terburuk sepanjang kariernya sejak melakukan debut pada tahun 2016 lalu.

Rashford mula hilang tempat selepas Anthony Elanga mencuri perhatian ramai dengan aksi persembahan sungguh menakjubkan di bawah kendalian Ralf Rangnick.

Rashford juga turut diketepikan dari skuad utama England, di bawah kendalian Gareth Southgate.

Dengan kehadiran pengurus baru, Erik Ten Hag dan ditambah pula Piala Dunia akan bermula lima bulan sahaja lagi, Rashford jelas sekali sedar yang beliau perlu lakukan sesuatu.

Pemain penyerang itu turut tersenarai dalam senarai pemain Man Utd yang menyertai sesi jelajah pada pra-musim ini.

Beliau bersama para pemain Man Utd yang lain telah mengadakan sesi latihan secara terbuka di Bangkok pagi semalam.

Rashford nampak sangat berbeza dan perubahan pada fizikal beliau dapat dilihat begitu ketara.

Beliau jelas sekali sangat bekerja keras dalam usahanya untuk mendapatkan bentuk fizikal seperti itu dan hal itu menyebabkan ramai peminat percaya beliau bakal kembali mengganas pada musim baharu nanti.

Bulan lalu, beliau berkongsi video dirinya sedang menjalani latihan di gym dengan menulis di Instagram miliknya bahawa:

“Selesai 3 sesi dan rasa hebat selepas melakukan latihan menakjubkan bersama orang-orang hebat. Kembali bekerja.”

Para peminat begitu teruja melihat penampilan Rashford dengan mereka berharap agar bintang England itu akan kembali mendapatkan tahap persembahan terbaiknya pada musim baharu nanti.

“Saya sangat berharap dia akan dapatkan semula rentak persembahan terbaik dia.”

“Melihat perubahan fizikal dia, saya rasa seolah-olah kita dapat beli pemain baru. Sungguh luar biasa menakjubkan.”

“Saya tak pernah nampak dia seperti ini, dia nampak sangat meyakinkan dan sepertinya dia akan jadi mimpi ngeri pertahanan lawan.”

“Ini lah pemain penyerang yang kita cari, tak perlu keluarkan dana untuk beli penyerang, kita sendiri sebenarnya dah ada penyerang berkualiti.”

“Masa untuk dia balas dendam dan buktikan kepada semua siapa dia yang sebenarnya.”

Manchester United pada ketika ini sedang dalam persiapan mereka untuk beraksi bertemu Liverpool dalam aksi pra-musim di Thailand.

Para peminat merasa begitu teruja melihat cara Erik Ten Hag mengendalikan para pemainnya ketika sesi latihan di Bangkok.

Peminat Teruja Melihat Ketegasan Ten Hag Ketika Sesi Latihan Bersama Skuad United

Para pemain Manchester United dipaksa untuk melakukan press-up seandainya mereka bolos ketika sesi latihan dan hal itu mencuri perhatian peminat.

Skuad kendalian Erik Ten Hag itu pada ketika ini sedang berada di Bangkok untuk jalani aksi pra-musim dan mereka semalam telah mengadakan sesi latihan terbuka di hadapan peminat.

Media dibenarkan untuk berada di padang latihan, dan tular satu video yang dikongsikan oleh Simon Stone dari BBC yang menunjukkan bagaimana cara Ten Hag mendisiplinkan pemain Man Utd.

Ten Hag menyediakan satu skuad untuk menyerang dan satu skuad untuk bertahan di hadapan 10,000 penyokong yang tak henti-henti memberi sorakan padu kepada pasukan.

Laurie Whitwell dari The Athletic menggambarkan yang pengurus berusia 52 tahun itu sangat tegas dan menetapkan peraturan yang sangat jelas.

Setiap kali ada bolos, para pemain di minta untuk melakukan press-ups dan hal itu berulang-ulang sehingga sesi latihan tamat.

Para pemain akur dan menurut sahaja kehendak Ten Hag dengan penyokong bersorak riang setiap kali melihat pemain melakukan press-up.

Para penyokong merasakan yang pemain-pemain semakin berdedikasi dan bersedia untuk memberi segalanya kepada skuad.

Video tersebut tular di media sosial dengan para penyokong sangat tertarik untuk membincangkan hal tersebut.

“Saya dulu pernah buat benda ni ketika di sekolah, pemain semua terus berdisiplin selepas itu. Saya rasa ini permulaan yang baik untuk Man Utd.”

“Ini next level berbanding Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick. Saya dah nampak yang skuad kita akan lebih teratur selepas ini.”

“Adakah mereka akan lakukan ini dalam perlawanan sebenar? Maaf saya cuma bertanya sebab tak pernah nampak mereka begini sebelum ini.”

“Saya sangat-sangat gembira melihat ini, ini adalah permulaan untuk melihat skuad kita semakin bagus.”

“Perkara asas sebenar dalam kehidupan adalah disiplin dan Ten Hag sepertinya sedang membentuk skuadnya untuk menjadi skuad yang lebih berdisiplin.”

Perlawanan pertama Manchester United adalah beraksi bertemu seteru utama mereka, Liverpool dengan mereka selepas itu akan ke Australia untuk beraksi bertemu Melbourne Victory, Crystal Palace dan Aston Villa.

Tyrell Malacia kekal sebagai satu-satunya pembelian United pada musim panas ini dengan pihak kelab masih gigih berusaha mendapatkan khidmat Frenkie de Jong dan Lisandro Martinez.

Christian Eriksen turut sudah bersetuju untuk sertai Manchester United menerusi perjanjian selama tiga tahun dan beliau pada ketika ini sedang melakukan ujian kesihatan berkait serangan cardiac arrest yang menimpa beliau ketika Euro 2020 tahun lalu.

Enam pemain dari skuad utama telah meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim lalu dengan Ten Hag kini sedang menguruskan skuad yang lebih kecil berbanding skuad asal setan merah.

Dua pemain harapan United, Paul Pogba dan Nemanja Matic turut sudah meninggalkan kelab dan kini setan merah terpaksa bergantung harap kepada gandingan Fred dan Scott McTominay.

Pemain kebangsaan Brazil itu memuji kehebatan Ten Hag ketika bercakap dalam satu temu bual baru-baru ini bersama Manchester Evening News.

“Kita sudah tidak sabar untuk beraksi pada musim baru ini.”

Jelas Fred.

“Kita ada pengurus baru, Erik dan saya yakin kami akan capai pelbagai kejayaan yang hebat. Itu lah apa yang kami mahu capai. Saya harap kami akan dapat capai sasaran kami pada penghujung musim nanti.”

“Dia seorang pengurus yang hebat, sesi latihan sangat hebat, keras. Kami sasarkan untuk ikut segala kemahuan dia dalam sesi latihan harian kami.”

“Saya harap kami boleh menang di masa hadapan. Jelas sekali ia bukan mudah, ia tak akan berlaku segera. Kami semua akan lakukan yang terbaik.”

“Adalah sangat penting untuk kami ada jurulatih yang hebat. Ia beri kami jaminan dan ia banyak membantu kami. Dia sangat teliti dalam kerja dia. Ia sangat hebat untuk kami memiliki dia.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Larian Lembab Rashford Seperti Memikul Peti Ais Di Belakang Dikritik