Sarri ‘Bingung’ Dengan Bola Sepak Yang Dipamerkan Chelsea

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berkata beliau tidak risau dengan kemarahan peminat Chelsea terhadapnya walaupun selepas melihat permainan yang agak ‘mengelirukan’ dari pemain Chelsea ketika tumpas di tangan Manchester United awal pagi tadi.

Chelsea tewas 2-0 di tempat sendiri kepada United dalam pusingan ke-5 Piala FA sekali gus terlepas peluang untuk mempertahankan trofi yang berjaya dimenangi mereka musim lepas.

Sarri tidak risau dipecat. Duit pampasan berjuta baii

Dua gol separuh masa pertama dari Ander Herrera dan Paul Pogba sudah cukup untuk memberi lebih banyak tekanan terhadap Sarri yang berdepan kemungkinan dipecat dari jawatannya di Stamford Bridge dalam masa terdekat.

Walaupun mempunyai 45 minit untuk menyelamatkan keadaan pada separuh masa kedua, Sarri gagal mengubah keputusan perlawanan dan dapat kedengaran ‘chanting’ dari peminat tuan rumah yang mana mereka meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap bola sepak yang ingin diterapkan Sarri terhadap skuad The Blues.

Selepas tamat perlawanan, Sarri telah ditanya pemberita sama ada beliau pernah mengalami pengalaman dikritik peminat sendiri.

“Ini pertama kali. Saya risau dengan keputusan perlawanan, bukan desakan penyokong. Saya boleh faham kekecewaan peminat. Keputusan ini tidak cukup bagus. Kini kami tersingkir dari Piala FA.”

Chelsea mempamerkan persembahan yang agak bingung. ‘Sarri Ball’ bengong ke bingung ?

Penyokong tuan rumah dapat didengar ‘mengejek’ pertukaran pemain yang dilakukan Sarri ketika perlawanan tersebut berlangsung, dan Sarri berkongsi kekecewaan yang sama seperti peminat dengan apa yang dilihatnya di atas padang.

“Kami bermain bola sepak yang mengelirukan pada separuh masa kedua tetapi pada separuh masa pertama, saya rasa kami bermain dengan baik.”

“Kami perlu lebih aggresif dan keazaman dalam situasi ketika berada dalam kotak penalti dan juga kotak penalti pihak lawan. Itu perbezaan utama dalam perlawanan tadi.”

“Kami perlu lebi pantas, dari segi mental dan juga fizikal. Kami memerlukan lebih banyak pergerakan ketika tidak memilik bola. Kami perlu mengurangkan aksi individu.”

“Apabila anda mempunyai ruang, sudah tentu anda boleh melakukan aksi individu. Tetapi apabila situasi perlawanan seperti dalam separuh masa kedua tadi, anda perlu menggerakkan bola dengan lebih pantas dan melakukan lebih banyak pergerakan tanpa bola. Jika tidak adalah mustahil untuk menjaringkan gol.”

Dalam perlawanan sebelum ini, Chelsea dibelasah teruk oleh Manchester City 6-0 dan kekalahan di tempat sendiri kepada United malam tadi menyebabkan tekanan terus memuncak buat Sarri.

Tingkatkan prestasi ,kurangkan kontroversi, Sassss…. Sarri mahu Chelsea bermain sebagai pasukan, bukan individu.

Namun begitu, Sarri tidak pernah risau dengan kemungkinan dirinya dipecat.

“Tidak, saya pernah risau dengan jawatan ketika saya menguruskan pasukan di Serie B Itali. Tetapi sekarang, saya tidak risau.”

“Itu bukan masalah saya. Masalah saya adalah bagaimana untuk bekerjasama dengan pemain untuk memperbaiki pasukan dalam masa beberapa hari dan mencari keazaman dan aggresif dalam pasukan ini.”

BACA:  Chelsea Mahu Dapatkan Semula Hazard Dari Real Madrid