Sarri: Kepa Masih Lagi Jauh Untuk Capai Tahap Courtois

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berkata peminat Chelsea tidak boleh terburu-buru dalam menilai persembahan penjaga gol baru mereka, Kepa Arrizabalaga walaupun beliau tiba di Stamford Bridge sebagai penjaga gol termahal dunia.

Sarri juga mendakwa Kepa masih lagi jauh untuk mencapai tahap Courtois dan menganggap pemain kelahiran Basque ini sebagai ‘artikel’ yang masih belum lengkap.

Kepa Arrizabalaga melakukan debut bersama Chelsea dalam kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield hujung mingg lalu

Chelsea membayar £71.6 juta ($91 juta) untuk mendapatkan khidmat Kepa dari Athletic Bilbao. Ia menyamai nilai ‘release clause’ yang tercatat dalam kontrak Kepa dan juga merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibayar mana-mana kelab untuk mendapatkan penjaga gol.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu menandatangani kontrak selama 7 tahun bersama Chelsea dan dianggap sebagai salah seorang penjaga gol muda terbaik dunia ketika ini.

Beliau dipilih untuk mengganggotai skuad Sepanyol yang beraksi di Piala Dunia 2018 tetapi hanya berada di bangku simpanan sepanjang kejohanan berlangsung. Terdapat desakan dari sesetengah pihak yang mahu pengurus Sepanyol ketika itu, Fernando Hierro menggantikan David De Gea dengan Kepa berikutan persembahan kurang meyakinkan De Gea ketika menentang Portugal.

Sarri tidak mahu tekanan terlalu tinggi diletakkan di bahu pemain muda ini

Walaupun baru beberapa hari menyertai Chelsea, Sarri meletakkan kepercayaannya terhadap Kepa apabila menamakan beliau sebagai penjaga gol utama Chelsea ketika berhadapan dengan Huddersfield hujung minggu lalu. Kepa menunjukkan persembahan yang mantap dan berjaya mencatatkan ‘clean sheet’ dalam debut Liga Perdana Inggeris beliau.

Walaubagaimanapun, Sarri tidak mahu peminat Chelsea meletakkan harapan setinggi gunung terhadap Kepa kerana masih banyak perkara yang Kepa harus lakukan sebelum capai tahap Thibout Courtois.

“Adakah Kepa akan menjadi sebagus Courtois ? Buat masa sekarang, tidak. Sudah tentu tidak tetapi Kepa baru berusia 23 tahun.”

“Saya berharap beliau akan menjadi pemain yang lebih baik dengan pantas. Tetapi buat masa sekarang, beliau bukan di tahap Courtois lagi.”

“Kami baru sahaja kehilangan penjaga gol yang merupakan antara yang terbaik di dunia, tetapi kami membawa masuk seorang penjaga gol muda yang bagus. Saya rasa Kepa merupakan antara penjaga gol muda terbaik di Eropah, jadi saya gembira dengan perkembangan ini.”

Selain Kepa, pemain tengah Real Madrid, Matteo Kovacic juga dibawa masuk secara pinjaman  pada hari terakhir jendela perpindahan pemain. Sarri percaya Kovacic mampu memberikan sesuatu yang berlainan kepada skuad ini.

Forward gambar ini kepada rakan Chelsea anda

“Saya rasa Kovacic mempunyai karakter untuk bermain dengan Chelsea. Beliau merupakan seorang pemain yang taktikal.”

“Beliau mampu beraksi dengan baik di antara dua garisan pasukan lawan. Bagi saya, ia merupakan perkara yang amat penting.”

Chelsea akan menyambung kempen Liga Perdana Inggeris dengan melayan kunjungan jiran sebandar, Arsenal di Stamford Bridge pada hujung minggu ini.

BACA:  Ronaldo: Saya Adalah Yang Terbaik Dan Saya Telah Buktikannya !