Pique Minta Bantuan Staff Untuk Lakukan ‘Guard of Honour’ Selepas Tamat Perlawanan

Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique berkata beliau meminta pertolongan dari staff kelab tersebut untuk melakukan ‘Guard of Honour’ kepada para pemain selepas tamat pertembungan El-Clasico semalam.

Tiada kejutan dari Real Madrid dengan finalist Liga Juara-Juara Eropah itu tidak meneruskan tradisi memberikan penghormatan kepada pasukan juara.

Ramos dakwa Suarez seorang penerjun yang berjaya, jadi mereka enggan memberhentikan perlawanan ketika pemain tersebut cedera

Keenggan Real Madrid melakukan ‘Guard of Honour’ atau dalam bahasa Sepanyol ‘pasillo’ berpunca dari tindakan Barcelona sendiri yang tidak melakukan perkara sama selepas Real Madrid berjaya menjulang trofi Piala Kelab Dunia hujung tahun lepas.

Dalam aksi El-Clasico di Nou Camp awal pagi tadi, peminat bolasepak disajikan dengan aksi yang menghiburkan dari kedua-dua pasukan. Real Madrid berusaha bersungguh-sungguh untuk menghancurkan rekod tanpa kalah Barcelona manakala Barcelona turun dengan misi untuk menamatkan musim ini tanpa sebarang kekalahan.

Barcelona terlebih dahulu membuka jaringan melalui Luis Suarez yang bijak menolak masuk bola ke dalam gawang hasil hantaran cantik Sergi Roberto.

Panas memang panas

Kegembiraan Barcelona tidak berkekalan lama kerana 5 minit selepas itu, Real Madrid berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Cristiano Ronaldo tetapi pada masa yang sama mengalami kecederaan kerana terjahan Gerard Pique.

Perlawanan berlangsung dengan panas dengan kedua-dua pasukan saling bertindak aggresif terhadap satu sama lain. Kontroversi berlaku pada penghujung separuh masa pertama apabila Sergi Roberto dilayankan kad merah kerana menampar Marcelo di bahagian muka.

Walaupun memiliki kelebihan seorang pemain, Real Madrid gagal menggunakan kelebihan tersebut. Barcelona mendahului perlawanan sekali lagi menerusi Lionel Messi yang merembat bola dengan padu, menewaskan Keylar Navas.

Sergi Roberto hampir menyebabkan rekod tanpa kalah Barcelona lebur

Gareth Bale berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72. Real Madrid terus menekan barisan pertahanan Barcelona dalam usaha mereka meleburkan rekod tanpa kalah Los Cules musim ini tetapi kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Pique merupakan pemain yang bertanggungjawab menyebabkan Cristiano Ronaldo dikeluarkan pada rehat separuh masa pertama. Disebabkan keengganan pemain Real Madrid melakukan ‘Guard of Honour’ kepada Barcelona, Pique telah meminta kesemua staff untuk turun ke padang melakukan ‘pasillo’ kepada para pemain.

“Disebabkan kami adalah sebuah keluarga yang besar, dan juga disebabkan Real Madrid tidak mahu melakukan perkara tersebut, jadi saya telah meminta staff kami untuk melakukannya.”

Dalam perkembangan lain pula, pemain tengah Real Madrid Casameiro menidakkan kepentingan La Liga dengan mendakwa beliau lebih suka memenangi Liga Juara-Juara Eropah yang mana Los Blancos berpeluang memenanginya buat kali ke-3 berturut-turut sekiranya berjaya menewaskan Liverpool pada 26 Mei nanti.

“Saya tidak berapa kisah Barcelona berjaya memenangi La Liga. Saya lebih gemar kami melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.”

“Walaugaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Barcelona kerana mungkin mereka bermain lebih baik dalam saingan La Liga.”

BACA:  El Clasico 2020/21: Barcelona 1-3 Real Madrid