Sarri Tuduh Pemain Chelsea Tiada Motivasi Untuk Menang

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri menuduh pemainnya sebagai ‘sukar untuk diberi motivasi’  ketika tumpas 2-0 di tangan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Chelsea mempamerkan aksi kurang bermaya di Emirates Stadium dengan Arsenal dilihat lebih bernafsu untuk mencari kemenangan bagi menghidupkan peluang mereka meraih kedudukan Top 4 musim ini.

Sarri meminta sidang media diadakan dalam bahasa Itali kerana mahu mesejnya sampai dengan jelas. Nak mencarut lettew

Dua gol dari Alexander Lacazette dan Laurent Koscielny pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan 3 mata berharga kepada Arsenal sekaligus merapatkan jurang dengan Chelsea menjadi 3 mata.

Chelsea masih lagi menghuni slot terakhir Liga Juara-Juara Eropah tetapi tempat mereka berada dalam bahaya dengan Arsenal dan Manchester United hanya ketinggalan 3 mata di belakang.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, Sarri nyata berada dalam mood yang tidak baik dan meminta temu ramah diadakan dalam bahasa Itali bagi memastikan mesej beliau terhadap pemain sampai dengan jelas.

“Hari ini saya minta untuk bercakap dalam bahasa Itali kerana saya mahu menghantar mesej kepada para pemain dan saya mahu mesej saya ini didengari dengan jelas. Saya tidak mahu melakukan sebarang kesilapan dengan bahasa Inggeris saya.”

Sarri berang dan amat marah dengan pemainnya yang lembik

“Saya ingin katakan di sini yang saya amat marah kerana kekalahan kami adalah disebabkan oleh mentaliti semata-mata, bukan perkara lain.”

“Kami bermain menentang pasukan yang dari segi mental lebih bersungguh-sungguh untuk menang dari kami. Dan disebabkan itu, saya tidak dapat menerima kekalahan ini.”

“Kami menghadapi masalah yang sama ketika menentang Tottenham tdalam liga sebelum ini. Kami bercakap panjang lebar mengenai kekalahan tersebut dan pendekatan pasukan pada hari tersebut. Saya sudah bercakap dengan pemain mengenai masalah ini dan saya ingat kami sudah berjaya menyelesaikan isu ini.”

“Dari pandangan saya, para pemain mungkin mempunyai isu untuk mencari tahap kesungguhan yang diperlukan dan memiliki mental yang solid.”

“Saya langsung tidak gembira kerana saya lebih gemar masuk ke dalam bilik media dan bilik persalinan untuk bercakap mengenai taktik dan mengapa kami tewas dari sudut tersebut.”

Tindakan Sarri meletakkan Hazard sebagai ‘false 9’ nyata tidak berhasil

“Tetapi fakta sebenar yang berlaku hari ini adalah kumpulan pemain yang saya ada sekarang ni sukar untuk diberi motivasi.”

Sarri juga enggan menyalahkan taktiknya sebagai punca kekalahan Chelsea kepada Arsenal. Sebaliknya, beliau menyalahakn pemain yang tidak bersungguh untuk menang sebagai sebab utama The Blues kecundang di Emirates awal pagi tadi.

“Saya rasa apabila anda melihat dalam perlawanan tadi yang mana hanya satu pasukan bermain bersungguh-sungguh dari pasukan yang satu lagi, kita tidak boleh bercakap tentang taktik sebagai punca kekalahan.”

“Dari segi taktikal, kedua-dua hampir sama sahaja tetapi seperti yang saya cakap, Arsenal lebih bersungguh untuk menang dari kami. Jadi taktik bukan sebab kami tewas.”

BACA:  Hazard Akui Berbelah Bahagi Sama Ada Untuk Memilih Real Madrid Atau Chelsea