Champions League 2021/22: Juventus 1-0 Chelsea

Juara bertahan Champions League sang penakluk Eropah, Chelsea mengalami kekalahan mengejut dalam perlawanan kedua Champions League di kaki Juventus.

The Old Lady kini bergelut dengan prestasi disaingan Serie A apabila hanya mencatatkan dua menang, dua seri dan dua kalah selepas enam perlawanan untuk berada ditangga ke-10.

Namun pasukan tidak asing lagi pentas tertinggi Eropah itu masih mampu mempamerkan status dan kualiti mereka di kumpulan H dengan kemenangan kedua.

Chelsea menguasai perlawanan dan kelihatan akan menjadi pemenang perlawanan ini namun jaringan tunggal dari Federico Chiesa pada awal separuh masa kedua sudah cukup untuk memberi perbezaan.

Gol Federico Chiesa ini dijaringkan hanya selepas 10 saat sepak mula separuh masa kedua.

Wall of Turin yang dikuasakan oleh ketua pasukan, Leonardo Bonucci menjadi sandaran Juventus selama ini masih lagi utuh lalu membuatkan Chelsea mati kutu dan hanya mampu menggigit kuku.

Gol dari Federico Chiesa itu merupakan satu-satunya percubaan tepat yang dihasilkan oleh Juventus dalam perlawanan ini.

Federico Bernardeschi telah terlepas peluang terbuka untuk menggandakan kedudukan dan kekecewaan Chelsea juga boleh disandarkan kepada Romelu Lukaku yang terlepas dua peluang terbaik.

Peluang Chelsea untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata pada minit akhir perlawanan juga telah disia-siakan oleh penjaring gol perlawanan akhir Champions League, Kai Havertz.

Juventus telah memberi kekecewaan berganda kepada Chelsea yang sebelum ini tewas kepada Manchester City di Premier League.

JUVENTUS (4-4-2): Szczesny 7; Danilo 6.5, Bonucci 7.5, de Ligt 7, Sandro 7; Cuadrado 7, Bentancur 7 (Chiellini, 84), Locatelli 7, Rabiot 6.5 (McKennie 77); Chiesa 8.5 (Kean 77), Bernardeschi 7 (Kulusevski 66, 6)

Subs not used: De Sciglio, Pinsoglio, Rugani, Perin, Kulusevski

Manager: Massimiliano Allegri 7

CHELSEA (3-4-21-): Mendy 6.5; Christensen 6.5 (Barkley 72), Silva 6.5, Rudiger 6.5; Azpilicueta 5.5 (Loftus-Cheek 62, 6), Jorginho 6 (Chalobah 62), Kovacic 6.5, Alonso 5.5 (Chilwell 46, 6); Ziyech 6 (Hudson-Odoi 62), Havertz 6; Lukaku 6

Subs not used: Arrizabalaga, Werner, Bettinelli, Saul, Sarr

Manager: Thomas Tuchel 6

Referee: Jesus Manzano (SPA) – 6.5

BACA:  Mesej Berbunga Ronaldo Kepada Penyokong Juventus Selepas Menjaringkan Gol 'Overhead Kick'