Scott McTominay Kecewa Dengan ‘Fitnah’ Dari Keane Dan Neville

Scott McTominay benar-benar kecewa dengan dakwaan yang menyatakan pemain Manchester United dah menyerah kalah pada aksi babak kedua dalam aksi Manchester derby awal pagi tadi.

Selepas melihat Manchester United dibelasah 4-1 oleh seteru sebandar mereka, Man City, Roy Keane tampil membantai para pemain setan merah dan menganggap mereka sebenarnya dah campak kain putih lepas bolos gol ketiga.

Dua gol jaringan Kevin De Bruyne dan dua gol jaringan dari Riyad Mahrez sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 4-1 Man City menewaskan Man Utd.

Kemenangan ini membantu Man City untuk terus mengungguli carta saingan liga dengan mereka kini memiliki kelebihan enam mata di atas Liverpool.

Walau bagaimanapun, antara topik paling hangat dibincangkan selepas tamat perlawanan tersebut adalah tentang bagaimana huru-haranya permainan yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Ralf Rangnick.

Manchester United pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut gagal untuk mencipta sebarang percubaan dan ia jelas sekali satu statistik yang sangat teruk.

Roy Keane tampil membantai skuad setan merah tanpa belas kerana mempam aksi hambar dalam perlawanan tersebut.

“Kita semua boleh nampak kelemahan Man Utd hari ini, cara bagaimana United kalah dalam perlawanan ini dengan mereka berhenti berlari.”

Jelas Keane di studio Sky Sports.

“Tak ada larian semula untuk mengejar bola, ia sesuatu yang langsung tak boleh diterima ketika kamu bermain untuk Man United dan aku rasa mereka semua dah campak kain putih.”

“Mereka turun berdepan pasukan hebat, tapi kau perlu lakukan tackle, kau perlu lari, ia merupakan gambaran di mana kedudukan kelab, mereka jauh kebelakang dari pasukan lain.

“Kita dengar masalah tentang pengurus baru masuk tapi kau ada ego untuk kau jaga kononnya.”

“Aku betul-betul kecewa, aku boleh maafkan kesilapan, tapi kau kena pertaruhkan segalanya.”

“Wan-Bissaka, Fred, Maguire, Rashford tolonglah, menyerah lepas empat gol dan City tak perlu pamerkan aksi terbaik mereka langsung. Memalukan betul.”

“Ketika bola ketiga masuk, perlawanan dah tamat, mereka dah campak kain putih, mereka dah menyerah.”

“Ketika dengar hal tentang Ronaldo sebelum perlawanan, itu merisaukan aku, itu adalah benda yang pengurus letakkan kelab dalam situasi bahaya sekali lagi, buat temu bual sebelum perlawanan, mesti ada sesuatu jadi disebalik semua ni, mereka tak pandai tutup.”

“Ini perlawanan derby, kau perlu berhabis-habisan, tapi De Bruyne boleh lakukan tap in dari jarak tujuh ela dalam tempoh kurang lima minit.”

“United ada tunjukkan detik terbaik, tapi itu tak cukup, gol Sancho memang hebat tapi selepas itu United langsung tak boleh bermain.”

“Ia langsung tak bagus untuk ada moment sendiri dalam satu perlawanan, permainan berjalan selama 90 minit dan kau tak boleh terus macam tu sepanjang masa.”

“Aku tak rasa pengurus boleh buat apa-apa sangat untuk bawa perbezaan tapi bila dia buat pertukaran, semangat juang tu hilang.”

“Aku tak tahu siapa yang kawal bilik persalinan. Tengok Maguire, dia main dengan teruk, adakah dia berbalah dengan Ronaldo? Soal kepimpinan semua ni?”

“Semua tentang ego, kau perlu ketepikan ego kau, diorang ni semua nampak macam, ‘Macam mana rupa aku? Boots aku cantik tak? Rambut aku nampak elok ke tak?’ main je lah bola tu!”

“Kau di Man Utd, kita semua perlu tengok pada penyokong di belakang gol dan mereka tahu, mereka bukan bodoh, pasukan yang mereka sokong ni sedang menyerah.”

“Kita dengar banyak sangat sampah merata sejak beberapa hari kebelakangan ini, kita pernah dengar juga sebelum ini, lepas tu nanti ada kenyataan, ‘Maaf tentang itu, kami akan cuba lagi minggu depan’. Apa yang kau buat di atas padang itu lah apa yang aku minat nak tengok, bukan sampah-sampah lain.”

Bekas rakan sepasukan Keane, Gary Neville turut sama menghentam corak permainan setan merah, terutama ketika 25 minit terakhir dalam perlawanan tersebut.

“Perkara pertama yang perlu dikatakan adalah Man City sememangnya sungguh menakjubkan, terutama sekali pada aksi babak kedua.”

Jelas Neville.

“Tapi di hujung perlawanan, Manchester United mempamerkan aksi persembahan yang sangat memalukan pada 25 minit terakhir permainan.”

“Scoreline bukan masalah sebenar, tapi response mereka selepas ketinggalan 3-1 itu lah masalah sebenar dia. Mereka nampak dah menyerah, mereka macam main dengan sembilan orang pemain.”

“City bermain dengan sangat baik pada aksi babak kedua. Tapi usaha dan intensiti dari United pada 20 minit terakhir nampak macam langsung tak ada.”

“Tidak boleh dipertikaikan, City sememangnya sungguh menakjubkan. Tapi sebagai penyokong Man Utd ia sangat memalukan.”

Scott McTominay bengang dengan tuduhan liar dari Keane dan Neville

Selepas mendengar komen dari kedua-dua Neville dan Keane, wartawan Sky Sports, Geoff Shreeves bertanya kepada Scott McTominay apa pandangan beliau terhadap tuduhan tersebut.

“Dari sudut pandangan saya, di atas padang, ia adalah sukar untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku di sekeliling kamu, tapi jika itu yang orang katakan maka ia mungkin betul.”

Jelas pemain berusia 25 tahun itu.

“Mereka semua berhak untuk beri pandangan masing-masing, tapi untuk diri saya sendiri, adalah sangat mengecewakan kalau ada orang berfikir seperti itu.”

“Saya perlu tonton semula dan lihat body language dan semua hal seperti itu, tapi bagi saya, ia sangat mengecewakan.’

Scott McTominay menegaskan yang beliau sangat kecewa dengan tuduhan itu kerana beliau menganggap para pemain setan merah mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dalam perlawanan tersebut.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ini Sebab Penyokong Man Utd Tuntut Haaland Digantung Perlawanan Selepas Raikan Kejuaraan Premier League