Chelsea bersedia melakukan apa sahaja untuk menandatangani pertahanan tengah (center back) Sevilla, Jules Kounde pada jendela perpindahan kali ini.
Laporan pada awal minggu ini menunjukkan Chelsea telah membuka rundingan dengan kelab La Liga itu mengenai potensi perpindahan pemain antarabangsa Perancis itu namun kesepakatan masih lagi jauh.
Jules Koundé has an agreement ready on personal terms with Chelsea. Contract until 2026 won’t be a problem to be signed – as Koundé is open to accept. 🔵 #CFC
Chelsea and Sevilla are in advanced talks to reach an agreement on payment/deal structure, as exclusively revealed 👇🏻 https://t.co/YADwyHETlZ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 27, 2021
Kounde mempunyai klausa pelepasan bernilai £68 juta dalam kontraknya dan Chelsea berusaha untuk menawarkan pemainnya + wang tunai untuk menurunkan harga yang perlu dibayar.
Pada awalnya Chelsea menawarkan Emerson kepada Sevilla namun Sevilla telah menolak idea tersebut dan kini Chelsea cuba menawarkan Kurt Zouma.
Zouma sememangnya berminat untuk ke La Liga namun terdapat isu kontrak yang rumit untuknya kesana. Dalam masa sama pemain berusia 26 tahun itu sedang menarik perhatian West Ham United.
Menurut satu sumber yang diberitahu kepada the Athletic Chelsea sudah lama mahu mendapatkan Kounde dan mereka berharap rundingan kali ini akan menjadi kenyataan.
“Tidak kira macam mana pun Chelsea mahukan Kounde. Dia telah menjadi pemain sasaran utama untuk dibeli sejak 2 musim lepas.”
“Zouma mahu pergi tetapi Chelsea sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalahnya.”
Pada tahun lepas Manchester City juga mahu mendapatkan Kounde. Pemain ini juga berada dalam senarai teratas yang dimahukan Pep Guardiola.
Another day another centre-back linked with City. Rumours suggest we’re working on a deal to bring Jules Koundé to The Etihad. #ManCity | #MCFC pic.twitter.com/mPeHP1vYQT
— TheMCFCView (@TheMCFCView__) September 17, 2020
Tottenham juga tidak terkecuali berminat mendapatkan Kounde namun Kounde lebih berminat untuk berpindah ke Stamford Bridge dan melihat sudah sampai masanya dia mecari cabaran lebih besar untuk meningkatkan kariernya.
Reputasi pemain berusia 22 tahun ini telah meningkat dengan cepat sejak beberapa musim terakhir ini. Kounde sangat impresif di Ligue 1 bersama Bordeaux sebelum menyertai Sevilla dengan harga £21 juta.
Kounde telah menampilkan prestasi cemerlang di divisyen teratas Sepanyol itu dan memainkan peranan penting membantu Sevilla menjuarai Liga Ueropa pada tahun 2020.
Jules Koundé among U23 players in LaLiga in the 2020/21 season:
◉ Most possession won in defensive third
◉ Most headed clearances
◉ Most passes into opp. half
◎ Second-most aerial duels won
◎ Second-most clearances
◎ Third-most interceptionsDominant. 💪 pic.twitter.com/4ejFKWyl9C
— Squawka Football (@Squawka) July 27, 2021
Kounde juga membantu Sevilla menamatkan kempen liga di tangga ke-4 dua kali berturut-turut dan diberi penghargaan melakukan debut bersama skuad kebangsaan Perancis pada Jun lepas.
Sejak kehadiran Thomas Tuchel, Kounde kekal menjadi perancangan masa depan mereka. Sebelum itu selain Kounde beberapa nama lagi berada dalam sasaran Chelsea iaitu Niklas Sule, Ibrahima Konate dan Jose Gimenez.
Namun Liverpool telah mendapatkan Konate pada Mei lepas dengan bayaran sekitar £36 juta.
Sementara itu Chelsea perlu mengaktifkan klausa pelepasan bernilai £100 juta yang terdapat dalam kontrak Gimenez jika mahu mendapatkannya.
Jadi potensi untuk mendapatkan Kounde lebih besar dan lebih mudah.
Dalam skuad semasa Chelsea sudah mempunyai pemain yang cukup untuk membina pertahanan bertiga (back 3).
Thiago Silva, Antonio Rudiger, Andreas Christensen, Cesar Azpilicueta, Reece James dan Kurt Zouma semuanya boleh bermain di posisi tersebut.
Bagaimanapun Chelsea perlu melihat kepentingan masa hadapan dengan 4 pemain yang disenaraikan diatas hanya mempunyai baki kontrak 1 tahun.
Pada Mac lepas Zouma antara pemain yang dilaporkan mahu berpindah keluar dari Chelsea. Zouma mempunyai nilai pasaran tinggi kerana dia masih berusia 26 tahun. Pemain ini mempunyai baki kontrak 2 tahun.
Disudut lain Tuchel pula sudah tidak meletakkan Zouma dalam perancangan utamanya, sejak membimbing Chelsea Tuchel jarang meletakkan Zouma dalam kesebelasan utama.
Zouma hanya diturunkan jika pemain center back lain mengalami kecederaan atau memerlukan rehat.
Zouma berada dalam senarai barisan simpanan ketika Chelsea bermain di perlawanan akhir (final) Piala FA dan Liga Juara Eropah (champions league) namun tidak digunakan.
Dia hanya tampil 1 kali dalam pertandingan eropah walaupun Chelsea mempunyai banyak perlawanan dalam pertandingan yang dijuarainya.
Zouma telah menyertai Chelsea dari Saint-Etienne dengan harga £12.5 juta. Dia telah membuktikan diri sebagai aset penting ketika perebutan bola di udara tidak kira di dalam kotak penalti sendiri dan kotak penalti lawan.
Namun terdapat keraguan tentang kemampuannya apabila bermain di luar posisinya.
West Ham telah dikaitkan dengan pemain itu dan menawarkan sebanyak £20 juta untuk mendapatkan khidmatnya namun Chelsea percaya nilai Zouma lebih dari tinggi dari harga tersebut.
Disebabkan itu Chelsea mahu menggunakan Zouma sebagai sebahagian pertukaran dalam rundingan dengan Sevilla untuk mendapatkan kounde.
Chelsea dijangka akan menawarkan £30 juta tunai + Zouma dan Sevilla dilihat mahukan sekitar £40 juta tunai + Zouma.
EXCL. Jules Koundé deal update: Chelsea are in advanced talks with Sevilla and Kurt Zouma could be included in the negotiation. Possible swap deal to go through in the next hours/days with Zouma + money for Koundé to Chelsea. 🔵 #CFC
Personal terms agreed for Koundé until 2026.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 27, 2021
Disudut lain Sevilla lebih berminat dengan Christensen tetapi Chelsea mahu mengekalkan pemain antarabangsa Denmark itu kekal dalam pasukannya.
Pada awal bulan ini Chelsea sudah memulakan perbincangan dengan Christensen bagi melanjutkan kontraknya selepas menampilkan aksi baik musim lepas.
Chelsea mempunyai beberapa sedikit tekanan apabila 4 pemain center back mereka akan tamat kontrak pada musim depan. Pada bulan Januari depan mereka bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab.
Antonio Rudiger juga menjadi salah satu pemain yang menjadi subjek tumpuan. Seperti perbincangan sebelum ini, Rudiger mahu menjadi pemain yang menerima gaji tinggi di Chelsea.
Buat masa sekarang Rudiger tidak mahu mengadakan perbincangan baharu sehinggalah dia kembali dari cuti selepas bermain di Piala Eropah.
Berbalik kepada kounde, kemampuanpemain ini bermain di pertahanan tengah-kanan (RCB) dan pertahanan kanan (RB) juga merupakan faktor kuat Chelsea berminat dengannya. Ia bakal mengurangkan beban yang dipikul oleh Azpilicueta.
Azpilicueta sangat dihormati oleh Tuchel dan rakan pemain di dalam bilik persalinan namun dia sudah berusia 32 tahun dan perkara yang tidak dapat dielakkan minit permainannya perlu dikurangkan.