Bintang Jepun, Takumi Minamino berjaya menjaringkan gol selepas hanya tiga minit sahaja berada di atas padang ketika aksi kemenangan 3-0 Liverpool menewaskan Brentford semalam.
Gol jaringannya itu sebenarnya sangat istimewa dan bermakna untuk Minamino, yang kini diharapkan akan mampu beri impak positif kepada kelab sepanjang ketiadaan Mane dan Salah.
Minamino meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 tahun malam semalam dan gol jaringan beliau itu sudah tentu hadiah paling bermakna untuknya.
74’—Subs on
77’—Scores to make it 3-0Takumi Minamino joins the fun with a goal on his birthday 🎉 pic.twitter.com/Ul6JZWUFgE
— B/R Football (@brfootball) January 16, 2022
Baru-baru ini beliau telah dihentam teruk oleh para peminat kerana gagal untuk menjaringkan gol ketika berdepan peluang keemasan bertemu Arsenal.
Gol jaringan beliau dalam perlawanan ini secara tidak langsung sedikit membantunya untuk mendapatkan semula keyakinan beliau yang mungkin telah hilang kerana mensia-siakan peluang emas sebelum ini.
Beliau telah dibawa masuk pada minit ke-74 permainan untuk menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain yang dibelenggu masalah kecederaan.
Tiga minit sahaja berada di atas padang, Minamino berjaya meledak gol selepas memanfaatkan bola hantaran cantik dari Roberto Firmino.
5 – Takumi Minamino is the fifth player to score a @premierleague goal on his birthday for Liverpool, and first since Daniel Sturridge against Manchester United in September 2013. Celebrations.
— OptaJoe (@OptaJoe) January 16, 2022
Impak segera yang berjaya ditunjukkan oleh Takumi Minamino seterusnya mengesahkan kemenangan selesa 3-0 Liverpool menewaskan Brentford dalam perlawanan ini.
Ia merupakan gol kedua Minamino untuk Liverpool dari tujuh penampilan beliau dalam saingan Premier League musim ini.
Minamino bersama barisan pemain Liverpool yang lain sepertinya berjaya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Salah dan Mane yang kini beraksi bersama skuad kebangsaan masing-masing.
Walau mereka minggu lalu gagal untuk mempamerkan aksi persembahan yang baik dan berdepan dengan kritikan pedas dari para peminat, minggu ini mereka berjaya membuktikan yang Liverpool masih tajam walau tanpa Salah dan Mane.
🎂 It was a Birthday to remember for Takumi Minamino!
🎁 And a gift of a goal for him too!
🥳 Jurgen Klopp describes the festivities inside the #LFC Dressing Room! pic.twitter.com/momZC65olp
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) January 17, 2022
Liverpool masih tajam walau tanpa Salah dan Mane
Minggu lalu skuad kendalian Jurgen Klopp teruk dihentam oleh peminat dan ramai yang menganggap mereka lemau tanpa Salah dan Mane.
Dek kerana terikat tanpa jaringan bertemu Arsenal, ramai yang percaya jentera serangan Liverpool ‘barai’ teruk tanpa dua nadi penting mereka itu.
Skuad The Reds dianggap tak pandai untuk menjaringkan gol jika beraksi tanpa Salah dan Mane, dan ketika aksi bertemu Brentford malam semalam, mereka sepertinya sudah berjaya menutup mulut para pengkritik.
𝑩𝒐𝒔𝒔. pic.twitter.com/5XQnP9YcLW
— Liverpool FC (@LFC) January 16, 2022
Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-0 menewaskan Brentford, seterusnya memintas Chelsea untuk berada di kedudukan kedua dalam carta saingan liga.
Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.
Skuad The Reds bermain dengan sangat baik, dan membuktikan pemain-pemain lain juga sebenarnya boleh menjaringkan gol.
Fabinho merupakan penjaring terbanyak Liverpool pada tahun 2022 ini dengan gol beliau bertemu Brentford merupakan gol ketiganya pada tahun baru ini.
Bisa apa Liverpool tanpa Mane dan Salah? Bisa menang 3-0. pic.twitter.com/uNEMnYhPtk
— The Reds Indonesia (@The_RedsIndo) January 16, 2022
Sepertinya kualiti penyudah beliau semakin bagus dan Fabinho membuktikan bahawa beliau bukan hanya handal ketika bertahan sahaja.
Alex Oxlade-Chamberlain juga tidak kurang hebatnya dengan beliau pada musim ini telah menunjukkan kualiti permainan yang sangat berbeza.
Aksi dan persembahan beliau juga dilihat semakin matang dan Chamberlain jelas sangat berguna ketika kelab benar-benar memerlukan khidmatnya.
Takumi Minamino sering diturunkan di kejohanan domestik yang lain dan beliau bersama Origi tidak pernah mengecewakan Jurgen Klopp.
Beliau merupakan mesin pencetak gol untuk Liverpool di kejohanan seperti Carabao Cup dan FA Cup dan sejak kebelakangan ini, beliau juga sering diturunkan untuk beraksi dalam saingan Premier League.
𝗚𝗲𝘁 𝗶𝗻, 𝗥𝗲𝗱𝘀! 🔴🔴 pic.twitter.com/dXOw6ZGwi7
— Liverpool FC (@LFC) January 16, 2022
Minggu lalu ketika aksi bertemu Arsenal, Minamino telah mensia-siakan satu peluang emas untuk menjaringkan gol kemenangan Liverpool, dan beliau pada ketika itu teruk dihentam oleh peminat.
Ramai yang menganggap beliau tak sesuai untuk beraksi dalam saingan Premier League, dan hari ini beliau membuktikan yang dirinya ada kualiti yang sungguh menakjubkan.
Diogo Jota agak tumpul dalam perlawanan ini, dengan beliau gagal untuk menjaringkan sebarang gol sehingga ke akhir permainan.
Di posisi tengah Liverpool nampaknya terlalu dominan dan sukar untuk ditandingi oleh para pemain Brentford.
A goal and ANOTHER big display from @_fabinhotavares 🙌
He is your @carlsberg Player of the Match for #LIVBRE 👏 pic.twitter.com/Jt7Corp7c8
— Liverpool FC (@LFC) January 16, 2022
Posisi pertahanan seperti biasa masih konsisten dengan Liverpool antara pasukan yang memiliki barisan pertahanan terbaik dalam saingan Premier League.
Secara keseluruhannya skuad Liverpool telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan ini, dan sangat berhak untuk memperoleh kemenangan 3-0 ini.
Tiga gol tanpa Salah dan Mane dalam saingan Premier League, ia sudah boleh dianggap sebagai antara pencapaian yang boleh dibanggakan.
Hal ini kerana mereka teruk dihentam sebelum ini dan dianggap tak boleh pakai tanpa dua bintang Afrika itu.
Trent Alexander-Arnold (42) and Andy Robertson (36) have assisted more #PL goals since the start of the 2018/19 season than any other players 🥇🥈#LIVBRE | @LFC pic.twitter.com/pl8dVKUNiU
— Premier League (@premierleague) January 16, 2022
Untuk membuktikan dakwaan itu salah, skuad The Reds beraksi sangat cemerlang dalam perlawanan ini dan hasilnya sungguh menakjubkan.
Liverpool kini berada di kedudukan kedua dalam carta saingan liga dengan mengumpul 45 mata, 11 mata dibelakang Manchester City yang sedang berada di puncak.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga memiliki kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan dan mereka boleh merapatkan lagi jurang dengan City seandainya menang dalam perlawanan tersebut.
Tidak dinafikan juga ia merupakan hal yang sukar, namun tiada yang mustahil untuk berlaku dalam dunia bola sepak.
Perjalanan liga sudah semakin singkat, dan Liverpool perlu mengelak dari keciciran sebarang mata lagi untuk menjamin tempat memintas Man City.
Pada masa sama mereka turut perlu berharap Man City akan beberapa kali keciciran mata ketika mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dan seri untuk mencabar kejuaraan liga.