Jadon Sancho sebenarnya hangat dikaitkan dengan perpindahan menyertai Liverpool sebelum beliau akhirnya menandatangani kontrak bersama Manchester United.
Fenway Sports Group sendiri pada awalnya sudah bersedia untuk membayar £73 juta kepada Borussia Dortmund untuk mendapatkan khidmat Sancho.
Walau bagaimanapun, Liverpool menarik diri dari meneruskan hasrat mereka itu kerana tidak sanggup menerima permintaan gaji yang diminta oleh Jadon Sancho.
💸{TRANSFER NEWS}💸
FSG were prepared to back Liverpool to sign Jadon Sancho last summer until finding out about his wage demands #LFC
🔴: @dmlynch https://t.co/w0yAV3IeQ5
— Empire of the Kop (@empireofthekop) June 21, 2022
Liverpool jelas sekali tidak akan membayar gaji yang terlalu tinggi kepada seseorang pemain apa lagi andai pemain itu baru sahaja ditandatangani.
Jurgen Klopp dan pembantu beliau, Pep Lijnders juga sebenarnya sangat berminat mahu membawa Sancho ke Anfield.
Atas permintaan kedua-dua mereka, pemilik Liverpool memutuskan untuk mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan Jadon Sancho.
Seperti kebiasaannya, banyak rundingan berkait urusan perpindahan pemain terkandas dek kerana tiada persetujuan melibatkan pembayaran gaji.
Memandangkan Manchester United sendiri mampu menawarkan gaji yang tinggi, maka tidak hairanlah mengapa Sancho lebih memilih untuk ke Old Trafford berbanding ke Anfield.
Manchester United star Jadon Sancho’s wage demands kept him from joining Liverpool in the summer of 2021, a report from The National News has claimed. https://t.co/TY8KjQ5OHs
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) June 21, 2022
Sancho ketika itu dikatakan bakal menjadi penerima gaji kedua tertinggi kelab seandainya beliau melengkapkan perpindahan ke Old Trafford.
Beliau dipercayai menerima gaji settinggi £350,000 seminggu bersama Manchester United dengan Liverpool pula pada ketika itu menolak untuk merosakkan struktur gaji mereka.
Atas alasan itulah Liverpool menarik diri dari meneruskan usaha mereka mahu mendapatkan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.
Hal itu didedahkan sendiri oleh David Lynch yang mendakwa andai pemain berusia 22 tahun itu sanggup menerima gaji yang lebih rendah, maka beliau kini sudah menjadi pemain Liverpool.
Berbanding menandatangani Jadon Sancho, Liverpool kemudiannya memilih untuk membeli Luis Diaz dan terbaru mereka berjaya melengkapkan perpindahan Darwin Nunez.
Kedua-dua Diaz dan Nunez tidak ditawarkan gaji yang tinggi namun mereka memilih untuk sertai Liverpool kerana sedar The Reds merupakan kelab gergasi dan bermain dalam saingan Champions League.
Recent moves for Jadon Sancho, Darwin Nuñez and Erling Haaland all said a lot about Liverpool’s transfer policy. They also provided clues over what happens next with Jude Bellingham and Mohamed Salah. For @NatSportUAE.https://t.co/k4mh4hTmzN
— David Lynch (@dmlynch) June 21, 2022
Sancho sementara itu bergelut dengan masalah prestasi di Old Trafford dan beliau turut gagal untuk diserap masuk ke skuad utama United ketika di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Walau bagaimanapun, beliau sepertinya mula mendapat tempat ketika beraksi di bawah kendalian Ralf Rangnick yang mengendalikan United sebagai pengurus interim pada musim lalu.
Beliau membuat 38 penampilan dari semua pertandingan bersama skuad Manchester United dan turut berjaya menjaringkan lima gol.
Klopp membeli Diaz pada Januari lalu dan mereka mengeluarkan dana yang lebih besar untuk mendapatkan Darwin Nunez dari Benfica pada jendela perpindahan musim panas ini.
Sepertinya Liverpool telah membuat keputusan yang tepat untuk mendapatkan Luis Diaz dari Porto dengan yuran perpindahan yang lebih murah berbanding Sancho.
Mereka terpaksa mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan Darwin Nunez kerana mereka pada musim baharu ini bakal kehilangan Sadio Mane.
70% of people in my country have asked me to leave Liverpool so I will do what they want – Sadio Mane
Kasoa |Afena Gyan |Sancho| #Liverpool | Nigeria https://t.co/CD8Co9jTS6
— wahala. (@wahala_gh) June 5, 2022
Pemain kebangsaan Senegal itu memilih untuk meneruskan kariernya ke Jerman dengan menyertai Bayern Munich.
Selain kehilangan Sadio Mane, Liverpool juga pada ketika ini sedang bersedia untuk kehilangan Mohamed Salah yang masih menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab.
Liverpool sepertinya tidak begitu bimbang dengan potensi untuk mereka bakal kehilangan Mo Salah dek kerana mereka pada ketika ini sudah memiliki barisan pemain muda yang sangat berbakat.
Delighted to sign for this massive club, it’s an honour to be here and can’t wait to get started! @LFC ❤️ pic.twitter.com/aq9pHkqVHk
— CALVIN RAMSAY (@CalvinRamsay) June 19, 2022
Selepas berjaya mendapatkan Darwin Nunez, Calvin Ramsay dan Fabio Carvalho, Liverpool sepertinya masih belum puas dengan mereka masih lagi dalam usaha untuk mencari beberapa pemain baru.
Sumber: SPORTbible