Sehari Selepas Dimalukan Brighton, Sasaran Utama Pula Kena Sailang Dengan Leipzig

Selepas jatuh ditimpa tangga. Itulah kata kata yang sesuai menggambarkan Manchester United pada ketika ini.

Semalam mereka dimalukan oleh Brighton dengan kekalahan pertama era Ten Hag pada debut pengurus itu dalam EPL.

Pengurus yang membantu United memenangi Piala Century Bangkok itu telah menerima tamparan hebat daripada kekalahan itu sehinggakan dia terpaksa mengakui bahawa para pemainnya masih tak stabil secaran mental selepas aksi buruk musim lalu.

Manchester United benar benar mahukan penyerang baharu. Mereka cuma ada Martial dan Ronaldo untuk posisi center forward. Martial pula cedera. Mereka sebelum ini kehilangan Edinson Cavani yang tak ingin melanjutkan kontrak dengan pasukan itu.

Sejak minggu lalu lagi, Pengarah Sukan mereka, John Murtough telah melakukan rundingan dengan ejen dan pemain Benjamin Sesko dari RB Salzburg.

Pada ketika itu, Man United dikatakan bersaing dengan Chelsea. Tetapi United benar benar yakin akan dapat menandatangani Sesko kerana mereka pasukan yang lebih serius berbanding Chelsea.

Manchester United sebelum ini terlepas Darwin Nunez yang disailang oleh Liverpool. Lalu peminat mereka menganggap “Kami tak perlukan Nunez pun sebenarnya, mainan media je.”

Kini peminat Man United ada calon baharu dimasukkan dalam senarai pemain “yang kami tak perlukan” iaitu Benjamin Sesko.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano melaporkan: “RB Leipzig semakin hampir memuktamadkan perjanjian mendapatkan Sesko untuk musim panas 2023. RB Salzburg menolak cadangan untuk melepaskan pemain itu pada musim panas kali ini. Sesko gembira untuk terus kekal semusim lagi. Perjanjian ini bakal dimuktamadkan pada akhir minggu ini.”

Walaupun sudah mendapatkan Sesko untuk musim 2023, Leipzig tetap meneruskan usaha membawa pulang Timo Werner. Fabrizio Romano sebelum ini menyatakan bahawa rundingan mendapatkan Werner bukan untuk pinjaman semata mata tetapi untuk pembelian tetap.

Ia juga tamparan kepada Chelsea yang sebenarnya melepaskan Werner dengan harapan akan membawa masuk Sesko.

Selain daripada tawaran yang lebih memihak kepada kelabnya, Leipzig dan Salzburg bernaung di bawah konsortium yang sama. Pengarah RedBull Group iaitu Oliver Mintzlaff dari RedBull Group bertemu dengan ejen pemain tersebut serta Sesko sendiri untuk membincangkan perpindahan itu.

Laporan lain menyebut bahawa kedua dua kelab setuju dengan harga €24 juta.

Sedangkan sebelum ini United dilaporkan diberitahu bahawa mereka harus membayar sekitar €45 juta untuk pemain itu.

Kini Manchester United dikaitkan dengan Arnautovic. Yang lebih kepada pembelian panik. Pemain itu mengenali Erik Ten Hag dan McLaren ketika bermain untuk FC Twente.

Jadi segalanya serba tak menjadi buat United ketika ini. Mereka masih gagal mendapatkan Frenkie De Jong yang turut dalam senarai sasaran utama mereka. Dan kini mereka dilihat kehilangan satu lagi sasaran utama kelab iaitu Benjamin Sesko.

Barcelona masih berusaha memujuk De Jong untuk menerima tawaran Manchester United. Namun pemain itu lebih rela tak dibayar gaji di Barcelona daripada bermain berkaptenkan Maguire di Manchester United. Dan lebih sukar lagi untuk United, De Jong menyatakan dia mahu bermain di UCL. Sedangkan Man United hanya bermain di UEL. Tahun depan baru United kembali ke UCL dan memenaginya.

Manchester United kini beralih kepada Arnautovic. Pemain yang pernah berguru dengan Ten Hag dan McLaren ketika di Twente.

Ten Hag sangat menyukai disiplin pemain itu ketika di sana.

United setakat ini hanya berjaya membawa masuk Lisandro Martinez dan Tyrell Malacia. Kemudian mendapatkan Christian Eriksen secara percuma.

BACA:  Mourinho Tidak Risau Dengan Dakwaan Guardiola Menerima Tawaran Untuk Mendapatkan Pogba