Pengadil Dan VAR Bantu United Rompak Kemenangan Atalanta

Para penyokong Atalanta merasakan kemenangan mereka menewaskan Manchester United telah dirompak oleh pengadil perlawanan dan VAR.

Hal ini kerana pengadil masih tetap membenarkan gol penyamaan jaringan Cristiano Ronaldo, walaupun bola sudah terkena tangan Mason Greenwood ketika build up gol tersebut.

United pulang dari Bergamo dengan membawa bekalan satu mata selepas mereka mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu Atalanta, dalam saingan Champions League.

Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi wira penyelamat Manchester United, terutama Ole Gunnar Solskjaer selepas beliau muncul sebagai penjaring untuk kedua-dua gol setan merah dalam perlawanan ini.

Ketika Atalanta sudah yakin yang mereka akan membawa pulang tiga mata, Cristiano Ronaldo sekali lagi berjaya menjaringkan gol diminit-minit akhir permainan untuk ubah kedudukan menjadi 2-2.

Ini merupakan kali kedua secara berturut-turut Ronaldo berjaya menjaringkan gol penting di minit-minit akhir permainan, dan beliau jelas sekali benar-benar wira penyelamat Solskjaer.

Ketika para penyokong sudah menarik nafas lega kerana berjaya juga mengutip satu mata, para penyokong Atalanta pula tampil meluahkan rasa kecewa mereka melihat kemenangan skuad dirompak oleh VAR dan Pengadil.

Para penyokong Atalanta mengesan yang bola sebenarnya sudah terkena tangan Mason Greenwood sebelum Cristiano Ronaldo melepaskan volley padu untuk gol penyamaan United.

VAR kemudiannya mengesahkan yang pemain kebangsaan England itu tidak melakukan sebarang kesalahan untuk itu, namun keputusan mereka tidak diterima dengan baik oleh para peminat.

β€œAdakah masuk akal untuk abaikan handball itu? Terlalu jelas bola itu pergi ke arah Cristiano Ronaldo selepas terkena tangan dia.”

β€œMungkin kerana yang jaringkan gol itu Cristiano Ronaldo, sebab tu VAR tutup mata tak nampak handball sebelum build up gol itu.”

β€œSetahu saya peraturan baru akan bagi kelebihan kalau melibatkan offside, tapi ini bola terkena tangan, kenapa bola kena tangan pun ada kelonggaran?”

β€œAtalanta sepatutnya menang perlawanan ini tapi sayangnya kemenangan kami dirompak tanpa belas oleh pengadil perlawanan dan VAR.”

Keputusan seri ini meletakkan United di kedudukan teratas dalam saingan peringkat kumpulan F dengan mengumpul 7 mata.

Setan merah mempunyai baki dua lagi perlawanan bertemu Villarreal dan Young Boys selepas ini, dan mereka hanya perlu mengelak dari kalah sahaja untuk mara ke peringkat kalah mati.

Cristiano Ronaldo setakat ini sudah menjaringkan lima gol dari empat perlawanan dalam saingan Champions League musim ini.

Melihat kepada rekod gol Ronaldo dalam saingan Champions League, entah apa akan berlaku kepada Manchester United seandainya mereka beraksi tanpa pemain legenda bernombor tujuh itu.

Satu hal yang pasti, beliau sebenarnya sekali lagi telah berjaya menyelamatkan karier Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United.

Solskjaer sebelum ini diberi peluang oleh pihak kelab untuk membuktikan sesuatu dari tiga perlawanan United bertemu Tottenham Hotspur, Atalanta dan aksi bertemu Manchester City selepas ini.

Tugas pertamanya bertemu Tottenham Hotspur berjaya disempurnakan dengan mudah selepas anak-anak buahnya cemerlang membelasah skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu dengan keputusan 3-0.

Namun ketika aksi bertemu Atalanta, Ole Gunnar Solskjaer hampir sahaja untuk kemurungan, namun mujur Ronaldo menjadi penyelamat dengan menjaringkan dua gol untuk mengikat pasukan tuan rumah 2-2.

Tidak dinafikan lagi yang seri juga sebenarnya sudah memberi tekanan yang tinggi kepada Ole Gunnar Solskjaer, namun ia lebih baik berbanding kalah.

Solskjaer selepas ini akan memberi sepenuh tumpuan beliau untuk aksi bertemu Manchester City, dan seandainya beliau berjaya mengutip tiga mata penuh, potensi untuk selamatkan kariernya sebagai pengurus United akan lebih terjamin.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Nacho: Setiap Sentuhan Ronaldo Bertukar Menjadi Gol