Nacho: Setiap Sentuhan Ronaldo Bertukar Menjadi Gol

Pemain pertahanan Real Madrid, Nacho meluahkan kekaguman beliau terhadap bakat yang dimiliki Cristiano Ronaldo dan tidak faham mengapa pemain sehebat Ronaldo masih lagi menerima kritikan.

Walaupun Real Madrid berjaya mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini, prestasi mereka dalam saingan liga domestik amatlah mengecewakan.

Ronaldo The Hand of Midas. Segalanya bertukar menjadi emas

Real Madrid kini sekadar menduduki tangga ke-3 La Liga selepas 29 perlawanan, 15 mata di belakang pendahulu yang juga musuh tradisi mereka iaitu Barcelona.

Permulaan musim yang hambar merupakan punca utama mengapa mereka gagal bersaing dengan Barcelona dalam La Liga musim ini. Walaupun memulakan musim sebagai juara Eropah dan Sepanyol, Real Madrid gagal menampilkan tahap permainan yang sama seperti musim lepas.

Beberapa pemain dikritik hebat kerana gagal menunjukkan persembahan seperti yang diharapkan. Antara pemain yang menerima kritikan adalah pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali, Cristiano Ronaldo. Ronaldo dikritik pada permulaan musim kerana gagal menjaringkan gol dengan lebih kerap.

Walaubagaimanapun, segalanya berubah pada tahun 2018. Ronaldo menunjukkan kebangkitan luar biasa untuk menjaringkan 37 gol dari 35 perlawanan dalam semua pertandingan. Jumlah tersebut sudah cukup untuk meletakkan Ronaldo di tangga teratas bagi merebut ‘European Golden Shoe’ dimana beliau bersaing sengit dengan Mohamed Salah, Lionel Messi, dan Edinson Cavani.

2 gol dalam masa 5 minit untuk mengecewakan rakyat Mesir.

Kualiti yang ada pada Ronaldo tidak mengejutkan rakan sepasukannya di Real Madrid, Nacho yang melihat secara dekat bagaimana pemain tersebut menjalani latihan setiap hari.

Nacho mendakwa walaupun usia Ronaldo telah menginjak usia 32 tahun, bekas pemain Manchester United tidak menunjukkan tanda-tanda yang prestasinya akan menurun, tetapi perkara sebaliknya telah berlaku dimana Ronaldo bertambah hebat setiap hari.

“Sebenarnya, beliau berupaya menjaringkan gol dengan setiap sentuhannya. Kami baru sahaja menamatkan perlawanan bersama skuad kebangsaan [menentang Jerman] dan melihat Ronaldo menjaringkan dua gol dalam masa 5 minit untuk Portugal.” Ujar Nacho ketika bercakap kepada Goal.

” Ia bagus untuk Real Madrid. Saya berharap beliau mampu mengekalkan tahap permainan yang ditampilkannya sekarang sehingga tamat musim ini.”

“Saya tidak faham mengapa ada pihak mengkritik beliau pada permulaan musim lalu. Ronaldo komited 100% kepada kelab ini dan saya sebagai rakan sepasukannya berpendapat tiada pemain lain yang lebih baik daripada beliau.”

Nacho dipanggil untuk Julen Lopetegui untuk membarisi skuad Sepanyol untuk perlawanan persahabatan menentang Jerman dan Argentina. Sepanyol seri 1-1 dengan Jerman dan menang besar ke atas Argentina dengan jaringan 6-1.

Tiada sebarang konflik dalam pasukan kebangsaan melibatkan pemain Barcelona dan Real Madrid

Dengan Real Madrid dan Barcelona dianggap calon pilihan untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara musim ini, sudah tentu group WhatsApp yang ‘diselia’ Gerard Pique akan bertambah meriah. Tetapi Nacho enggan menceritakan lebih lanjut mengenai apa yang dibincangkan mereka dalam group tersebut.

“Saya bercakap dengan Gerard Pique mengenai banyak perkara. Saya tidak akan bercakap mengenai group WhatsApp tersebut kerana beliau yang mendedahkan perkara ini kepada umum.”

“Hubungan di antara kami [pemain Sepanyol yang beraksi untuk Real Madrid dan Barcelona] amat baik dan sihat. Ia penting demi kebaikan pasukan kebangsaan.”

BACA:  Legend Match: Liverpool 1-2 Barcelona