Pique Dedahkan Group WhatsApp Khas Untuk Troll Yang Terdiri Daripada Pemain Barcelona & Real Madrid

Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique mendedahkan kewujudan group Whatsapp khas untuk ‘troll’ yang disertai beberapa pemain Real Madrid & Barcelona.

Pique juga memberitahu beliau telah menggunakan group tersebut untuk memerli prestasi Real Madrid dalam peringkat domestik musim ini.

Pique tidak lepaskan peluang kutuk kawannya yang bermain untuk Real Madrid

Real Madrid mengharungi musim yang agak mengecewakan setakat ini dalam La Liga dimana mereka ditinggalkan Barcelona sebanyak 15 mata dan hanya menduduki tangga ke-3 ketika ini. Prestasi pasukan pada awal dan pertengahan musim mengakibatkan Real Madrid gagal bersaing dengan musuh ketat mereka dan pernah terjerumus di pertengahan liga pada suatu ketika.

Mujurlah pemain sensasi mereka, Cristiano Ronaldo menemui kembali sentuhannya kebelakangan ini dan berjaya memacu pasukan mendaki tangga liga dan kini selesa menduduki slot automatik untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Barcelona pula mengharungi musim yang cemerlang dimana mereka masih belum lagi tewas musim ini dan hampir pasti akan ditabalkan sebagai juara La Liga dengan perlawanan hanya berbaki 9 sahaja lagi.

Ketika memberikan temuramah kepada majalah The Player’s Tribune, bekas pemain pertahanan Manchester United itu mendedahkan bagaimana beliau menggunakan kesempatan melihat prestasi buruk Real Madrid untuk memerli rakan sepasukannya dalam pasukan Sepanyol yang bermain dengan Los Blancos.

Ramos confirm ada dalam group tu

“Saya akan dedahkan satu maklumat ‘rahsia’ disini. Semua orang tahu pemain bolasepak seperti kami mempunyai group WhatsApp kami sendiri. Saya  mempunyai satu group untuk kawan-kawan peribadi dan satu untuk rakan sepasukan di Barcelona. Tetapi group kegemaran saya adalah mungkin akan memeranjatkan anda.”

“Pada awal musim ini, ketika kami berada 8 atau 9 mata di hadapan Real Madrid dalam La Liga, saya mencipta satu group WhatsApp khas untuk beberapa pemain Sepanyol yang bermain dengan Real Madrid dan Barcelona.”

“Apa yang kami semua lakukan dalam group tersebut adalah mengutuk antara satu sama lain berkenaan Real Madrid dan Barcelona ! Ia sangat menyeronokkan, perangai kami seperti budak yang masih kecil.”

“Saya melihat group itu sebagai satu perkara yang melucukan, ditambah pula kami memiliki kelebihan 15 mata ketika ini. Jadi saya menjadi semakin kreatif dalam membalas ‘troll’ dari pemain Real Madrid.”

“Musim lepas, ketika Real Madrid memenangi segala-galanya, pemain mereka berasa sangat bagus. Mereka berterusan memerli saya setiap kali saya menyertai kem latihan skuad kebangsaan.”

5 ape ? 5-0 !!!! Pique mengejek penyokong Real Madrid selepas Barca menang 5-0 di Nou Camp beberapa tahun lepas

“Setiap kali mereka menang musim lepas, mereka akan meletakkan gambar mereka tidak berbaju di media sosial Instagram ketika meraikan kemenangan dalam bilik persalinan. Semuanya tersenyum riang dan menunjukkan muscles masing-masing seperti The Rock dan menulis #HalaMadrid sambil diiringi emoji berbentuk piala.”

“Tetapi segalanya berubah musim ini ! Semua gambar Instagram mereka kelihatan sangat menyedihkan dan serius ! Ia berbunyi seperti, ‘3 mata hari ini. Kami mesti terus bekerja keras’.”

“Jadi apa yang saya lakukan adalah saya akan menghantar mesej dalam group tersebut: ‘Ayuh kawan-kawan, mengapa perlu serius?’ Selepas itu saya letak emoji menangis dan juga emoji ketawa.”

“Saya juga menukar nama group tersebut menjadi lebih istimewa. Ia dipanggil, ‘Tahniah!”

BACA:  Sergio Ramos Teruk Kena Boo Dengan Penyokong Sendiri Ketika Aksi Bertemu Lorient