Speedy Tigers Tewas Di Penentuan Penalti Selepas Aksi Yang Penuh Mendebarkan

Permainan penuh mendebarkan di pamerkan kedua-dua pasukan, Sepanyol terlalu dominan namun Speedy Tigers bergantung kepada ketajaman untuk mengikat dan membawa permainan ke penentuan pukulan penalti.

Malaysia yang menamatkan saingan di tangga kedua Pool C turun menentang Sepanyol dalam perlawanan cross-over bagi mencari tempat ke suku akhir kejohanan FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023.

Sepanyol berada di tempat ketiga di Pool D dibelakang England dan India ditakdirkan bertemu Speedy Tigers di Stadium Hoki Kalinga – Bhubaneswar dan pemenangan perlawanan ini akan bertemu Australia.

Malaysia berjaya mencatatkan dua kemenangan ke atas Chile dan New Zealand di Pool C untuk meraih raking ke-9 dunia yang terbaik dalam sejarah dan jika berjaya menewaskan Sepanyol di kedudukan ke-8, suku akhir dalam tangan dan ranking pasti akan melonjak lagi.

Malaysia bermula perlahan jika dilihat kepada Sepanyol adalah lawan yang lebih keras dan penjaga gol Malaysia, Muhammad Hafizuddin Othman cemerlang dengan usaha kerasnya untuk menafikan segala percubaan Sepanyol.

Untuk suku pertama perlawanan berakhir tanpa sebarang jaringan dengan Sepanyol jelas menguasai permainan.

Tiga minit pertama permainan bersambung Sepanyol terus menguasai bola dan berjaya melakukan satu percubaan tetapi pukulan yang dilakukan pemain Sepanyol terlalu lemah dan mereka terus mengasak.

Permainan penuh berdisiplin Sepanyol memberi kesukaran untuk Speedy Tigers menembusi kotak D Sepanyol namun Malaysia juga kebal mengekang penguasaan Sepanyol.

Separuh masa pertama tamat juga tanpa sebarang jaringan dan Malaysia sepertinya terlalu menghormati Sepanyol untuk bersaing.

Dengan 62 peratus penguasaan, Sepanyol telah menembusi bulatan D Malaysia sebanyak 11 dalam tempoh 30 minit berbanding Speedy Tigers hanya 5 kali yang memerlukan ketajaman untuk menang.

Sepanyol memperoleh pukulan sudut penalti ketiga selepas bola terkena kaki Muhammad Najmi Farizal Jazlan dan Muhammad Hafizuddin Othman menafikannya sekali lagi dengan satu tampanan.

Itulah yang dilakukan oleh Faizal Saari yang tidak dikawal mempamerkan satu penyudah tajam selepas menerima hantaran panjang Faiz Helmi Jali untuk Speedy Tigers mendahului.

Percubaan pertama Malaysia dalam perlawanan ini, penjaga gol Sepanyol langsung tidak diuji dan tewas dengan percubaan pertama dari Faizal Saari.

Tekanan berganda dari Sepanyol ke kubu Malaysia untuk mencari gol penyamaan, sikap menghormati lawan secara berlebihan perlu dibuang sepenuhnya.

Sepanyol meraih pukulan sudut penalti keemapat dengan suku ketiga berbaki 4 minit, Muhammad Hafizuddin Othman terus cemerlang dan tindakan susulan Muhammad Hafizuddin Othman tertewas dan bola terkena Muhammad Najmi Farizal Jazlan.

Pukulan penalti untuk Sepanyol dan Marc Miralles akhirnya berjaya menewaskan Muhammad Hafizuddin Othman dengan tolakan ke kanan. Kurang seminit jaringan penyamaan Sepanyol menjaringkan gol kedua.

Pere Amat telah menampilkan kemahiran yang tinggi menggelecek tiga pemain Speedy Tigers dari kanan memotong ke dalam dan menolak bola kepada Xavier Gispert untuk disudahkan.

Marc Miralles datang lagi dengan pukulan sudut penalti yang telah ditampan Faiz Helmi Jali sebelum dikeluarkan oleh Muhammad Hafizuddin Othman.

Suku ketiga berakhir dengan tiga jaringan memihak kepada Sepanyol 2-1, gol dijaringkan oleh Faizal Saari, Marc Miralles dan Xavier Gispert.

Bersambung suku terakhir, Speedy Tigers terus menyamakan kedudukkan melalui Muhammad Amirul Hamizan Azahar selepas menerima hantaran dari Faizal Saari.

Empire telah merujuk gol itu kepada Video Referral dan membatalkan jaringan itu kerana kerana bola terkena belakang kayu Faizal Saari ketika terjatuh sebelum menghantar kepada Muhammad Amirul Hamizan Azahar.

Malaysia terus mengasak selepas pembatalan gol penyamaan itu dan berjaya mendapat pukulan sudut penalti pertama dan kedua dibatalkan kerana terkena kayu bukan kaki dan long corner diberikan.

Dalam situasi kelam kabut dalam kotak D Sepanyol bola sampai kepada Shello Silverius yang terus melakukan satu kuisan jahat untuk gol penyamaan dan gol ini sah.

Berbaki 10 minit permainan kedudukan kembali seimbang dan Speedy Tigers tidak malu-malu kucing lagi untuk mengasak apabila berpeluang dan tiada kad amaran setakat ini, kedua-dua pasukan fokus kepada permainan.

Meor Muhammad Azuan Hassan dikenakan kad hijau dan terpaksa berada di tepi padang selama 2 minit dan Speedy Tigers terpaksa beraksi 10 pemain, kemudian Marc Miralles juga mengutip kad hijau menemani Azuan di kotak dosa.

Berbaki kurang 2 minit Sepanyol mendapat pukulan sudut penalti lagi menambahkan debaran buat Speedy Tigers, Muhammad Hafizuddin Othman menyelamat tiga pukulan sudut penalti Sepanyol secara berturut-turut.

Vdieo Referral menjadi senjata terakhir kedua-dua pasukan untuk mengurangkan kelebihan lawan, Malaysia dan Sepanyol menggunakan kesemua slot video referral.

Sepanyol terus berkampung di kawasan Malaysia namun cemerlang menafikan segala percubaan lawan terutamanya dari pukulan sudut penalti dan Malaysia perlu bertahan untuk ke penentuan pukulan penalti.

Tiada masa tambahan dan terus kepada penentuan penalti. Firhan Ashaari berjaya dan Muhammad Hafizuddin Othman menafikan jaringan penalti pertama Sepanyol.

Faizal Saari dipukulan kedua tiada masalah menyempurnakan penalti, Marc Mirales berjaya untuk dipukulan kedia, 2-1 namun Muhammad Marhan Mohd Jalil gagal di pukulan ketiga dan Jordi Bonastre menyamakan kembali 2-2.

Shahmie Irfan Suhaimi berjaya dipercubaan keempat dan Sepanyol berjaya untuk kedudukan 3-3. Shello Silverius gagal dipercubaan terakhir apabila bola terkena tiang.

Muhammad Hafizuddin Othman berjaya menafikan kemenangan Sepanyol dengan satu lagi tambahan pukulan penalti. Marc Mirales berjaya dan Firhan Ashaari gagal.

Sepanyok ke suku akhir bertemu Australi dan Speedy Tigers akan bermain untuk penentuan tempat 9-16.

Kesebelasan Utama Malaysia: Muhammad Hafizuddin Othman (GK), Muhammad Marhan Mohd Jalil (C), Faizal Saari, Mohamad Ashran Hamsani, Muhammad Firhan Ashaari, Shello Silverius, Muhammad Razie Abd Rahim, Faiz Helmi Jali, Meor Muhammad Azuan Hassan, Zulpidaus Mizun, Muhammad Najmi Farizal Jazlan.

Pemain simpanan: Adrian Andy Albert, Muhammad Amirul Hamizan Azahar, Muhamad Ramadan Rosli, Muhammad Aminuddin Mohd Zain, Najib Abu Hassan, Muhammad Muhammad Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim, Shahmie Irfan Suhaimi.

Kesebelasan Utama Sepanyol: Adrian Rafi (GK), Alvaro Iglesias (C),Alejandro Alonso, Xavier Gispert, Enrique Gonzalez, Marc Miralles, Jordi Bonastre, Pepe Cunill, Joaquin Menini, Ignacio Rodriguez, Pere Amat.

BACA:  Speedy Tigers Catat Kemenangan Ke-2 Di Piala Dunia Tamatkan Pool C Ditempat Ke-2