PSG Diancam Saman Kerana Tindas Mbappe

Kesatuan Pemain Bolasepak Profesional Perancis (UNFP) membidas tindakan Paris Saint-Germain (PSG) kerana mengenepikan Kylian Mbappe daripada menyertai pra musim selepas pertikaian berkaitan kontrak di antara pemain dan kelab Ligue 1 itu.

Penyerang antarabangsa Perancis berusia 24 tahun itu telah disenaraikan sebagai pemain untuk dijual oleh PSG selepas hubungan di antara kelab dan pemain itu menjadi keruh sejak bulan lalu.

Mbappe sebelum ini mengesahkan tidak akan memperbaharui kontrak yang akan tamay pada musim panas akan datang untuk kekal bersama PSG.

Ini bermakna kelab berpengkalan di Paris itu berisiko kehilangan Mbappe secara percuma pada musim panas tahun hadapan sekiranya gagal mendapatkan pembeli pada jendela perpindahan kali ini.

Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi bagaimanapun menegaskan tidak akan membenarkan Mbappe pergi secara percuma.

Tindakan PSG mengenepikan Mbappe dipercayai untuk mendesak pemain itu memperbaharui kontrak bersama kelab itu – atau memaksa pemain itu menerima bidaan kelab-kelab lain yang berminat untuk mendapatkannya.

Melalui satu kenyataan, UNFP mengkrtik tindakan PSG terhadap Mbappe yang dianggap sebagai layanan tidak adil.

β€œPemain ini – semua pemain – seharusnya menikmati apa yang seharusnya mereka lakukan sepanjang karier profesional mereka.

β€œPihak UNFP berpendapat ianya penting untuk memberi peringatan kepada pengurus yang memberi tekanan kepada pemain – menggunakan situasi di dalam kelab, sebagai contoh – memaksa mereka berpindah atau menerima syarat yang dikategorikan sebagai tidak bermoral yang mana ia adalah salah daripada segi perundangan di Perancis.

β€œDi dalam situasi tersebut UNFP berhak mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana kelab yang bersikap sedemikian,” ujar kenyataan tersebut.

PSG telah menjuarai sembilan daripada 11 kejuaraan Ligue 1 sebelum ini. Namun demikian kejayaan di peringkat domestik gagal diterjemahkan di pertandingan Champions League oleh kelab itu walaupun melabur tinggi untuk mendapatkan pemain terbaik dunia sejak beberapa musim lalu.

PSG kini berhadapan dilema besar untuk membenarkan Mbappe menghabiskan baki konyrak setahun selain bakal gagal pelaburan €180 juta yang dibelanjakan untuk mendapatkan pemain itu daripada Monaco pada 2017.

Real Madrid adalah pilihan utama untuk Mbappe meneruskan karier selepas ini, tetapi kelab Sepanyol itu lebih rela menanti kontrak pemain itu tamat sebelum mengikatnya menyertai mereka.

BACA:Β  Real Madrid Terdesak Mahu Menandatangani Nadi Penting Liverpool