Kunjungan Mbape Ke Kampung Halaman Di Cameroon Diiringi Kenderaan Perisai Tentera

Pada masa ini Kylian Mbappe sedang bercuti di kampung halaman ayahnya di Cameroon.

Dan lawatan bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu turut diiringi oleh konvoi yang dikawal ketat pegawai keselamatan, termasuk diiringi oleh kenderaan berperisai.

Sebaik sahaja mendarat di negara Afrika tengah itu pada Khamis lalu, Mbappe dilihat memasuki sebuah SUV bercermin gelap, sebelum diiringi oleh ramai anggota polis dan kenderaan tentera dengan senjata berat.

Pemain antarabangsa Perancis itu turut sempat meluangkan masa bermain bola sepak dan bola keranjang bersama kanak-kanak di sebuah sekolah yang dibina oleh organisasi amal yang ditubuhkannya digelar “Diinspirasikan oleh KM”.

Di sebalik kunjungan tersebut, hala tuju Mbappe menjelang musim 2023/34 masih lagi samar setelah diberikan tempoh dua minggu oleh Presiden PSG untuk membuat keputusan mengenai masa depannya.

Sebelum itu Mbappe telah menulis surat menyatakan hasratnya enggan mengambil pilihan sambungan kontrak selama setahun untuk kekal di Parc des Princess.

Kontrak asal pemain itu akan tamat pada Jun 2024 dan PSG pula enggan melihat pemain terbaik mereka pergi begitu sahaja sebagai ejen bebas.

Pada masa ini Mbappe mungkin berhadapan dilema besar.

Jika memilih untuk kekal bersama PSG, maka pemain ini harus berhadapan dengan rasa tidak puas hati rakan sepasukan di bilik persalinan berikutan kenyataannya dalam satu tembual baru-baru ini.

Enam pemain Paris Saint-Germain (PSG) telah mengadu kepada kepada presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi berkaitan komen yang dilakukan oleh pemain itu dalam satu temubual baru-baru ini.

Mbappe ditemubual oleh media terkenal bola sepak Perancis, France Football dan pada ketika itu pemain tersebut melabel PSG sebagai kelab yang ‘berpecah belah’ dan hanya ‘menarik gosip’.

Kapten skuad kebangsaan Perancis itu berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan sama ada peminat kini mulai tidak peduli akan sumbangannya, dan Mbappe menjelaskan bermain untuk PSG langsung tidak membantu.

Malah Mbappe turut berkata pencapaian PSG kini sudah maksimum dan tidak akan berjaya di Champions League.

Dia juga berkata perkara itu perlu dijelaskan oleh mereka yang membina pasukan tersebut sejak beberapa musim lalu.

Mbappe kemudian menambah semua pemain termasuk dirinya sudah memberikan sehabis baik dan melakukan apa yang mereka boleh lakukan untuk memburu pencapaian di pentas Eropah itu selama ini.

“Adakah orang memperlekehkan prestasi saya? Ya! Pada masa yang saya saya tak boleh marah mereka.”

“Dan saya sendiri pernah memandang rendah apa yang Lionel Messi lakukan, apa yang Cristiano Ronaldo lakukan, apa yang pemain hebat buat.”

“Kita hidup dalam masyarakat konsumerisme, di mana ia berteraskan, ‘Itu bagus, namun lakukannya lagi’.”

Selain itu Mbappe membandingkan PSG dengan kelab kelab lain seperti Real Madrid dan Barcelona. Di mana kelab kelab itu benar benar menyokong kuat bintang utama mereka. Berbeza dengan PSG yang tidak ada kesatuan.

“Saya rasa PSG tidak banyak membantu saya, kerana PSG adalah pasukan yang berpecah belah, mereka kelab yang berpecah belah.”

Kenyataan tersebut dikatakan telah mengguris hati rakan sepasukan seniornya di PSG.

BACA:  Mak Kylian Mbappe Minta Real Sediakan £125 Juta Sebagai Yuran Penandatanganan