Kenapa Speedy Tigers Masih Tidak Layak Ke Suku Akhir Selepas Duduki Tangga Ke-2 Pool C?

Mungkin menjadi persoalan di kalangan peminat baru FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 kenapa Speedy Tigers tidak terus layak ke suku akhir walaupun telah berjaya muncul naik juara Pool C.

Format di kebanyakkan kejohanan sukan yang di mainkan oleh 16 pasukan dengan 4 kumpulan di mana setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan pastinya juara dan naib juara kumpulan akan ke suku akhir.

Namun itu tidak terjadi dikejohanan FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 kerana hanya juara kumpulan atau pool sahaja yang akan ke suku akhir secara automatik.

Naib juara dan tempat ketiga setiap Pool akan perlu bermain perlawanan cross-over (perlawanan silang) dan ini dikatakan akan menjadikan Hoki Piala Dunia lebih menarik dan unik.

Secara matematik mudahnya setiap pasukan hanya memerlukan satu kemenangan sahaja diperingkat kumpulan untuk menghidupkan peluang mereka ke suku akhir.

Di Piala Dunia 2018, Malaysia berada dalam Pool D bersama bekas juara dunia, Pakistan Belanda dan Jerman dan menamatkan saingan di tangga keempat dengan satu mata.

Untuk FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Speedy Tigers diundi di Pool C bersama Belanda sekali lagi, Chile dan New Zealand, melihat kepada kumpulan ini sasaran suku akhir diletakkan oleh persatuan hoki Malaysia.

Malaysia berada dilandasan tepat untuk ke suku akhir apabila tewas kepada Belanda di perlawanan pembukaan, pamerkan aksi kebangkitan ketika tumbangkan Chile dan hasil perlawanan mendebarkan sebelum menang ke atas New Zealand.

Hanya juara kumpulan Pool A, B, C dan D sahaja layak secara terus ke suku akhir manakala naib juara dan tempat ketiga termasuklah Malaysia akan beraksi di perlawanan cross-over sebagaimana yang telah ditetapkan:

1. Tempat ke-2 Pool C vs Tempat ke-3 Pool D
2. Tempat ke-2 Pool B vs Tempat ke-3 Pool A
3. Tempat ke-2 Pool A vs Tempat ke-3 Pool B
4. Tempat ke-2 Pool D vs Tempat ke-3 Pool C

Lawan menanti Malaysia adalah tempat ketiga kumpulan D yang dihuni oleh England, India, Sepanyol dan Wales yang telah selamat tersingkir. Kemungkinan besar lawan Malaysia adalah Sepanyol.

Jika bertemu Sepanyol di ranking ke-8 dunia dilihat peluang Malaysia untuk ke suku akhir lebih cerah berbanding bertemu England atau India yang berada di ranking lebih baik.

Format Hoki Piala Dunia sejak bermula pada tahun 1971 semua pasukan bertanding akan mendapat nombor dan penentuan setiap kedudukan ditentukan dengan perlawanan play-off penentuan kedudukan.

Pasukan yang menang di perlawanan cross-over akan ke suku akhir dan pasukan yang tewas akan ke penentuan tempat ke-9 sehingga 16 menentang pasukan yang berada ditempat tercorot setiap pool.

Pemenang perlawanan penentuan tempat ke-9 sehingga 16 akan bermain untuk merebut kedudukan ke-9 hingga 12 dan yang kalah akan merebut tempat ke-13 hingga 16.

Format sebegini bagus kerana memberi lebih permainan dan pengalaman kepada pasukan bertanding yang dapat bertemu pasukan yang terpaling kuat, sama handal dan lemah.

Format ini juga memberi kelebihan kepada juara setiap pool kerana mereka mendapat rehat yang lebih hampir 5 hari tanpa perlu melalui perlawanan tambahan.

Jadual Perlawanan Malaysia

Berikut merupakan jadual perlawanan Speedy Tigers bagi aksi peringkat Kumpulan C FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar – Rourkela:

1. Sabtu, 14 Jan 2023 – Belanda 4-0 Malaysia (5:30 Petang), Stadium Hoki Birsa Munda – Rourkela

2. Isnin, 16 Jan 2023 – Malaysia 3-2 Chile (3:30 Petang), Stadium Hoki Birsa Munda – Rourkela

3. Khamis, 19 Jan 2023 – Malaysia 3-2 New Zealand (3:30 Petang), Stadium Hoki Kalinga – Bhubaneswar

Perlawanan Cross-Over

4. Ahad, 22 Jan 2023 – Malaysia vs Sepanyol (7:30 Petang), Stadium Hoki Kalinga – Bhubaneswar

Jika Menang Cross Over

Jika Speedy Tigers menang maka akan mara ke suku akhir bertemu juara Pool A.

5. Selasa, 24 Jan 2023 – Malaysia vs Juara Pool A Australia / Argentina / Perancis (4:30 Petang), Stadium Hoki Kalinga – Bhubaneswar

Jika Kalah Cross Over

Jika Malaysia tewas akan bertemu pasukan tempat ke-4 kumpulan A untuk perebutan tempat ke-9 sehingga 16.

6. Khamis, 26 Jan 2023 – Afrika Selatan vs Malaysia (11:30 Pagi), Stadium Birsa Munda International Hockey, Rourkela

BACA:  Hoki Piala Dunia 2023: Malaysia 3-2 Chile