Drag Flick Deras Pemain Korea Hinggap Ke Muka Pengadil Jerman

Satu drag flick deras dari pemain Korea Selatan telah hinggap ke muka pengadil atau umpire dari Jerman, Ben Goentgen menyebabkan satu kejadian tidak diingini dan menggerunkan serta menakutkan terjadi dalam permainan hoki.

Kejadian itu berlaku dalam perlawanan suku akhir FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 di antara Belanda dan Korea Selatan yang berlangsung di Stadium Hoki Kalinga, Bhubaneswar semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Ben Goentgen mengalami kecederaan parah selepas ‘drag flick’ kencang yang dilakukan pemain Korea Selatan, Jang Jonghyun dari pukulan sudut penalti pada minit ke-28 perlawanan tersasar dan menuju ke arah muka pengadil tersebut.

Ia bukanlah insiden yang disengajakan oleh Jonghyun. Bermula daripada pukulan sudut penalti yang dimenangi oleh pasukannya, drack flick yang dilakukan oleh pemain Korea Selatan itu terbias selepas terkena kayu hoki pemain Belanda sebelum menuju ke muka Goentgen.

Pengadil itu kemudiannya kelihatan jatuh terbaring sambil dilumuri darah di mukanya, dan terpaksa digantikan oleh pembantu pengadil, Raghu Prasad dari India.

Insiden tersebut memaksa pasukan perubatan yang disediakan penganjur bergegas masuk untuk memberikan rawatan awal sebelum dibawa keluar padang.

Pemeriksaan susulan yang dilakukan di hospital mengesahkan pengadil itu mengalami retak tulang di bahagian pipi, dan memerlukan rawatan susulan.

Menurut kenyataaan Pesekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Goentgen akan menjalani pembedahan pada hari ini untuk merawat kecederaan yang dialaminya.

“Pengadil Ben Goentgen (Kanan) malangnya terkena bola hoki semasa perlawanan hari ini antara Belanda dan Korea. Ben telah disahkan mengalami retak tulang pipi dan akan menjalani pembedahan esok (26 Jan 2023). Kami doakan dia cepat sembuh.”

Dalam dilihat penyokong Belanda yang tergamam melihat insiden itu yang seperti dapat merasai apa yang dirasa oleh pengadil apabila bola menghentam muka.

Dalam perlawanan tersebut Belanda yang merupakan naib juara dua edisi berturut-turut Piala Dunia Hoki sebelum ini menundukkan Korea Selatan 5-1 untuk mara ke separuh akhir.

Menanti mereka di separuh akhir nanti adalah Belgium dan kedua-dua pasukan akan bertemu satu sama lain untuk merebut tempat ke perlawanan akhir pada Jumaat nanti.

Semoga Ben Goentgen cepat sembuh dan dapat kembali mengadili perlawanan.

BACA:  9 Gol Terhasil Namun Hanya 3 gol Milik Speedy Tigers Di Klasifikasi 9-16