Legend Match: Liverpool 1-2 Barcelona

Perlawanan antaran Liverpool legends dan Barcelona legends adalah bagi membantu mengumpul dana untuk pelbagai projek Yayasan LFC termasuk kebolehpasaran dan latihannya, serta program kesihatan dan kesejahteraan, yang merupakan bahagian penting dalam kerja sokongan pemulihan COVID-19.

Stadium keramat, Anfield menjadi tuan rumah bagi perlawanan ini penuh dengan penyokong yang dapat bukan sahaja untuk memberi sokongan kepada pasukan malah memberi sokongan kepada tujuan perlawanan ini diadakan.

Liverpool meletakkan Sir Kenny Dalglish dan Ian Rush MBE selaku pengurus dan dibantu oleh John Barners dan John Aldridge. Manakala Barcelona melantik Albert Ferrer sebagai pengurus.

Dari awal permainan, bekas ketua pasukan Liverpool yang paling berkaliber, Steven Gerrard telah melaksanakan tugas selaku arkitek dengan begitu baik.

Lorongan, hantaran serta backfkick yang cantik, padu lagi berseni telah ditunjukkan oleh Steven Gerrard dalam tempoh 10 minit perlawanan.

Namun jelas rakan-rakannya yang lain juga merupakan pesara bola sepak tidak berada dalam kondisi terbaik, ketajaman sentuhan dan penyudah sudah berkarat.

Pada minit ke-13, akhirnya Steven Gerrard masuk ke kotak dan cuba mencuba sendiri ketika berhadapan Beletti yang telah menjatuhkan Gerrad.

Sepakan penalti untuk pasukan Liverpool Legends, tiada masalah untuk Gerrard menewaskan penjaga gol Barcelona, Jesus Angoy dengan satu tolakan mudah lagi berhelah.

Liverpool terus menguasai permainan ada percubaan yang berjaya diselamatkan di atas garisan gol untuk menafikan gol kedua Liverpool.

Paling mencuri perhatian selain Steven Gerrard adalah penjaga gol Barcelona Legends, Jesus Angoy yang melakukan aksi menyelamat bertaraf dunia.

Pada usia 55 tahun, Jesus Angoy masih laju nak mati keluar menerpa untuk menghalang percubaan Steven Gerrard dalam situasi satu lawan satu.

Cubaan Dirk kuyt melemaskan Jesus Angoy menemui jalan buntu dengan satu tepisan keluar yang padu. Super save. Gila tak macam umur 55 tahun.

Sebelum tamat separuh masa pertama, lorongan cantik Javier Saviola mencari Giovanni Silva de Oliveirra yang berjaya lolos dari perangkap offside.

Situasi satu lawan satu buat Giovanni Silva de Oliveirra yang hanya berhadapan dengan Jerzy Dudek. Satu penyudah tenang untuk gol penyamaan.

Pada usia 50 tahun, penyudah Giovanni Silva de Oliveirra masih lagi tajam.

LFC Legends first-half team: Westerveld, Carragher, Hyypia, Agger, Johnson, Aurelio, Kvarme, Diao, Gerrard, Garcia, Kuyt.

LFC Legends second-half team: Dudek, McAteer, Babb, Enrique, Downing, McManaman, Smicer, Berger, Rodriguez, Gerrard, Baros.

Separuh masa kedua menyaksikan legenda Barcelona mula panas dan mula melancarkan serangan. Kesannya Phil Babb telah menjatuhkan Giovanni Silva de Oliveirra.

Penalti lagi, kali ini milik Barcelona legend. Rivaldo tampil mengambil sepakan dan mudah untuk meletakkan Barcelona di depan dengan sepakan tinggi.

Kebangkitan padu dari legenda Barcelona.

Milan Baros melepaskan peluang keemasan menyamakan kedudukan apabila terlepas peluang terbuka, dua pertahanan Barcelona sempat merebahkan badan untuk menghadang.

Loading lama sangat Baros.

Steven Gerrard dan rakan-rakan cuba mencari gol penyamaan tetapi gagal untuk disudahkan begitu juga Barcelona yang gagal untuk terus menambah jaringan.

Francesc Xavier Doz Guzmán yang masuk menggantikan Jesus Angoy juga padu menafikan beberapa percubaan Liverpool. Lagi padu lagi laju.

Barcelona dan Liverpool saling berbalas serangan namun hampa dan tiada jaringan tambahan lagi sehingga tamat perlawanan.

LFC Legends

Pengurus: Sir Kenny Dalglish & Ian Rush MBE

Pembantu Pengurus: John Barners & John Aldridge

Penjaga Gol: Jerzy Dudek & Sander Westerweld

Pertahanan: Fábio Aurélio, Daniel Agger, Jamie Carragher, Sami Hyypiä, José Enrique, Bjørn Tore Kvarme, Glen Johnson, Phill Babb

Tengah: Steven Gerrard, Jason McAteer, Steve McManaman, Patrik Berger, Vladimír Šmicer, Salif Diao, Stewart Downing, Dirk Kuyt

Penyerang: Luis García, Milan Baroš, Maxi Rodríguez

Barça Legends

Pengurus: Albert Ferrer

Penjaga Gol: Jésus Angoy, Francesc Xavier Doz Guzmán

Pertahanan: Frédéric Déhu, Miquel Soler, Juliano Belletti, Edmílson, Francesco Coco, Dani Tortolero, Juan Carlos

Tengah: Juan Pablo Sorín, Guillermo Amor, Gaizka Mendieta, Roberto Trashorras, Ludovic Giuly, Edgar Davids, Jofre Mateu, Roger García

Penyerang: Giovanni, Luis García, Javier Saviola, Oriol Riera

BACA:  Penyokong Liverpool Terkejut Dapat Tahu Curtis Jones Sebenarnya Peminat The Gunners