Selagi Tak Jawab Ujian UEFA, Carlo Ancelotti Tak Dibenarkan Duduk Di Tempat Duduk Pemain Simpanan Real Madrid

Carlo Ancelotti telah diberitahu yang beliau tidak akan dibenarkan lagi untuk duduk di tempat duduk pemain simpanan Real Madrid sehingga beliau selesai mengambil ujian UEFA.

Menurut sumber laporan dari Corriere dello Sport, lesen kejurulatihan pengurus berpengalaman dari Itali itu telah tamat tempoh pada 31 Disember 2021 yang lalu.

Dek kerana lesen kejurulatihan beliau sudah tamat tempoh, maka badan induk bola sepak Eropah, UEFA telah menghantar surat kepada Ancelotti dan memberitahu beliau supaya beliau mengambil ujian sebelum lesennya diperbaharui.

Secara dasarnya, UEFA melihat yang Ancelotti sebenarnya sudah hilang kelayakan untuk terus mengendalikan Real Madrid sehinggalah beliau selesai mengambil ujian tersebut.

Walau bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Sepanyol sepertinya tidak berpegang pada prinsip yang sama, dengan mereka telah membalas kenyataan UEFA dengan cara yang cukup sopan.

FA Sepanyol menegaskan yang keputusan UEFA itu sebenarnya tidak wajar untuk pengurus veteran dan yang berjaya seperti Carlo Ancelotti.

Mereka juga turut percaya yang Carlo Ancelotti sebenarnya sudah tidak perlu melalui proses seperti itu memandangkan beliau sudah terbukti pengurus yang hebat.

Ancelotti memulakan kariernya sebagai pengurus ketika bersama Reggiana pada tahun 1995 yang lalu dan beliau juga telah mengendalikan lebih 1200 perlawanan di seluruh Itali, England, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

Antara kelab yang cemerlang di bawah kendalian Carlo Ancelotti selain Real Madrid adalah seperti Juventus, AC Milan, Paris Saint Germain, Chelsea dan Bayern Munich.

Pengurus berusia 62 tahun itu telah memenangi 21 Piala kejuaraan, termasuk tiga gelaran Champions League dan pelbagai kejuaraan domestik di Itali, England, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

Beliau meninggalkan Everton pada musim panas lalu untuk kembali semula ke Santiago Bernabeu bagi menggantikan Zinedine Zidane.

Sekembalinya beliau ke Santiago Bernabeu, Carlo Ancelotti akhirnya berjaya menaikkan semula Real Madrid menjadi pasukan yang paling berprestasi pada ketika ini.

Los Blancos kini merupakan pendahulu saingan La Liga dengan mereka empat mata mengatasi Sevilla yang sedang berada di kedudukan kedua.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu juga sebelum ini sudah menjulang satu Piala kejuaraan selepas kejayaan mereka menjulang Spanish Super Cup.

Mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Paris Saint Germain dalam aksi pusingan 16 terbaik, saingan Champions League.

Real Madrid berpotensi untuk memenangi tiga kejuaraan domestik pada musim ini, dengan mereka mungkin akan menjulang gelaran liga dan Copa Del Rey selepas sebelum ini mereka cemerlang menjulang kejuaraan Spanish Super Cup.

Real Madrid juga sedang dalam rentak persembahan terbaik mereka untuk menjadi calon kegemaran memenangi gelaran Champions League musim ini.

Walau mereka selepas ini akan turun bertemu Paris Saint Germain, namun Real Madrid tetap dianggap calon kegemaran untuk memenangi perlawanan tersebut, seterusnya melayakkan diri mereka ke pusingan seterusnya.

Karim Benzema, Casemiro, Toni Kroos, Thibaut Courtois, Vinicius Jr kesemuanya kini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, dan kerana itulah prestasi Los Blancos sejak kebelakangan ini juga sangat memberangsangkan.

Carlo Ancelotti sangat diharapkan akan berjaya membantu Real Madrid untuk kembali mendominasi pertandingan Eropah, dan beliau kini sepertinya sudah bersedia untuk menghadapi Paris Saint Germain.

Real Madrid akan berkunjung ke Parc des Princes pada 16 Februari nanti untuk aksi leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League, sebelum mereka kemudiannya akan menyambut kedatangan PSG ke bumi Madrid pada 10 Mac nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  TERKINI: PSG Sedia Jual Mbappe Kerana Enggan Lanjutkan Kontrak