Selepas Abramovich, Kerajaan UK Digesa Sekat Pemilikan Sheikh Mansour

Selepas Roman Abramovich, ahli parlimen United Kingdom (UK) telah menggesa serta mendesak kerajaan supaya mengenakan tindakan yang sama kepada pemilik Manchester City, Mansour bin Zayed bin Sultan bin Zayed bin Khalifa Al Nahyan atau nama pendeknya Sheikh Mansour.

Satu dunia bola sepak sudah sedia maklum bahawa Roman Abramovich telah dikenakan sekatan pemilikannya ke atas pasukan Chelsea yang telah dibekukan segala aset dan kewangan yang membawa kepada masalah besar.

Desakan ini hadir selepas pemilik Manchester City, Sheikh Mansour telah bertemu dengan presiden Syria, Bashar Hafez al-Assad dalam satu lawatan kerja di Dubai, United Arab Emirates (UAE).

Presiden Syria, Bashar Hafez al-Assad merupakan sekutu rapat Presiden Rusia, Vladimir Putin yang ketika ini telah melancarkan serangan ke atas jirannya, Ukraine.

Ekoran situasi tersebut, Sheikh Mansour kini sedang berada dalam pemantauan kerajaan UK dan pertemuannya dengan Bashar Hafez al-Assad telah mendapat kritikan yang hebat.

Chris Bryant merupakan ahli parlimen pertama yang bercakap mengenai sekatan ke atas Roman Abramovich, juga telah menambah suaranya kepada kritikan itu dan mempersoalkan hak Sheikh Mansour untuk memiliki Manchester City.

Dalam ucapannya, Chris Bryant telan melontarkan persoalan samada Sheikh Mansour adalah ‘Individu yang sesuai dan tepat untuk menjadi pemilik Manchester City?’.

“Adalah senang melihat kembali usaha pemilik Manchester City yang membeli kelab itu pada 2008 dan telah membawa bersamanya tempoh kejayaan yang amat luar biasa untuk pasukan.”

Bercakap kepada Telegraph pula, Chris Bryant menambah:

“Apa yang orang tidak nampak? Terdapat satu bentuk pembunuhan tidak bertamadun, berterusan yang berlaku di Syria, dikendalikan bersama oleh Bashar Hafez al-Assad.”

“Kini Vladimir Putin melakukan perkara yang sama dalam perang yang tidak bertamadun, melakukan pencerobohan terhadap negara berdaulat Ukraine yang tidak bersalah.”

“Dan ada segelintir manusia mahu berjumpa dengan pembuli itu?”

Sebelum itu Chris Bryant turut mempersoalkan kerajaan pemerintah ketika itu langsung tak bertindak di atas tuduhan yang sudah dibuat sejak 2019 ke atas Roman Abramovich.

Menurut Bryant pada 2019, Kementerian Dalam Negeri Britain menerima satu dokumen yang ditiriskan oleh ketua parti pembangkang Rusia menunjukkan kaitan Abramovich sebagai salah seorang Oligarki yang menyokong kuat pemerintahan Vladimir Putin.

Oligarki merupakan suatu pemerintahan yang dijalankan oleh sekumpulan kecil yang berkuasa sahaja. Ia berkait rapat dengan nepotisme dan kronisme. Dalam ekonomi, oligarki bermaksud suatu industri yang dikuasai oleh sejumlah kecil pengeluar seperti OPEC yang menguasai industri petroleum antarabangsa.

Chris Bryant yang merupakan ahli Parlimen Rhonda dan bekas Menteri, berkata:

“Saya ada memegang dokumen yang tertiris pada 2019 dari Pejabat Kementerian Dalam Negeri yang berkaitan dengan Encik Roman Abramovich. Dia adalah sebahagian daripada unit HMG milik Rusia yang menyusun strategi mensasarkan kegiatan kewangan terlarang dan aktiviti jahat.”

“Roman Abramovich kekal berminat dengan HMG kerana hubungannya dengan negara Rusia dan kaitannya dengan pertubuhan awam yang korup.”

“Sebagai contoh, ini adalah Abramovich mengakui di prosiding mahkamah bahawa dia membayar untuk pengaruh politik.”

Chris Bryant nyata kecewa dengan ketidaktegasan kerajaan UK mengambil tindakan ke atas Roman Abramovich sejak dari tahun 2019 lagi selepas dokumen kejahatan yang dilakukan tertiris.

“Selain itu, HMG memfokuskan kepada untuk memastikan individu yang tersabit dengan aktiviti wang kotor dan aktiviti jahat tidak boleh tinggal di UK, akan menggunakan beberapa kaedah relevan termasuk kuasa imigresen untuk mengatasi perkara ini.”

“Ini hampir 3 tahun yang lalu dan masih lagi, sangat sedikit tindakan yang kita ambil berkaitan perkara ini.”

“Sudah tentu Mr Abramovich, sepatutnya dia tidak boleh memiliki kelab bola sepak di negara ini lag. Pastinya kita harus menyita beberapa asetnya termasuk rumah bernilai £152 juta dan memastikan orang yang memegang visa Tier 1 seperti ini tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jahat.”

Segala tuduhan ini telah dinafikan oleh Roman Abramovich, adakah selepas ini Sheikh Mansour akan mengikut jejak Abramovich dan dilucutkan pemilikan dan dikenakan sekatan kerana bertemu sekutu Putin?

BACA:  10 Pemilik Terkaya Kelab Bola Sepak Hari Ini, Avramovich Di Tangga Ke-5