Aliran Tunai Chelsea Hanya Mampu Bertahan Selama 17 Hari Sahaja Lagi

Pimpinan Chelsea ketika ini dilaporkan akan bertemu dengan pihak kerajaan agar membenarkan mereka untuk menjual kelab dengan segera.

Hal ini kerana aliran tunai Chelsea sepertinya sudah tidak akan bertahan lebih lama dan mereka tidak mampu untuk meneruskan kelangsungan kelab.

Khamis lalu, dunia bola sepak dikejutkan dengan berita yang segala asset milik Roman Abramovich termasuk kelab bola sepak Chelsea telah dibekukan oleh kerajaan UK.

Hukuman tersebut menyebabkan Chelsea tidak akan dibenarkan untuk menjual tiket, menjual merchandise, membeli pemain dan menawarkan kontrak baru kepada pemain.

Pihak kerajaan walau bagaimanapun tetap membenarkan Chelsea FC untuk meneruskan operasi mereka dengan mereka dibenarkan untuk terus bermain.

Menurut sumber laporan dari The Daily Mail, The Blues perlu mencari £28 juta sebulan hanya untuk membayar gaji para pemain sahaja.

Ia tidak termasuk gaji jurulatih, pengurus dan semua staff kelab yang lain dan mereka kini hanya memiliki £16 juta sahaja dalam simpanan kelab.

Dengan mereka kini sudah tidak ada sumber pendapatan dari hasil penjualan merchandise dan tiket, maka Chelsea jelas sekali tidak mampu untuk membayar gaji pemain dan staff.

Lebih teruk lagi, laporan sama turut mendakwa yang Chelsea hanya mampu bertahan selama 17 hari sahaja lagi sebelum mereka benar-benar kehabisan duit.

Pimpinan kelab pada ketika ini sedang berunding dengan pihak kerajaan, dalam usaha mereka untuk memohon agar hukuman sekatan yang dikenakan ke atas kelab akan dapat dikurangkan.

Hal ini kerana mereka sangat terdesak untuk dapatkan aliran tunai, terutama dari segi penjualan merchandise dan kutipan tiket.

Pada ketika ini, memandangkan hanya pemilik pas bermusim sahaja yang dibenarkan untuk masuk, ia bermaksud Chelsea tidak akan dapat apa-apa pada hari perlawanan, termasuk hasil penjualan tiket kepada pasukan pelawat.

Seandainya pihak kerajaan membenarkan Chelsea untuk kembali menjual tiket dan merchandise, hal itu akan sangat membantu kelab dalam usaha mereka mendapatkan dana tambahan.

Chelsea juga sebenarnya boleh dijual pada ketika ini, namun urusan penjualan akan sepenuhnya diuruskan oleh pihak kerajaan UK dan Roman Abramovich tidak akan menerima satu sen pun dari penjualan kelab.

Keuntungan atau modal atau apa sahaja hasil dari penjualan Chelsea akan sepenuhnya dikawal oleh pihak kerajaan UK.

Roman Abramovich sebelum ini mahu meletakkan tanda harga bernilai £3 billion untuk melepaskan Chelsea selepas hampir 20 tahun beliau memiliki kelab dari London itu.

Beliau juga dilaporkan tidak akan menuntut semula hutang kelab bernilai £1.5 billion darinya dan menyatakan yang keuntungan hasil penjualan kelab akan didermakan kepada mangsa peperangan di Ukraine.

Malang terus menimpa Chelsea, selepas penaja utama mereka, Three UK kini dilaporkan sudah menarik semula tajaan mereka ke atas The Blues.

Three sudah menggantung tajaan mereka sehingga tarikh diberitahu kelak, dengan logo mereka tidak akan dipamerkan lagi pada jersi mahupun di sekitar Stamford Bridge.

Selain Three, syarikat gergasi sukan, Nike turut dilaporkan mahu menggantung tajaan bernilai £540 juta mereka kepada Chelsea.

Seandainya semua penaja turut menarik diri, maka jangka hayat Chelsea sepertinya tidak akan bertahan sehingga 17 hari dengan mereka mungkin akan terkubur lebih awal dari yang dijangkakan.

Atas alasan sama jugalah pimpinan kelab kini bakal bertemu pihak kerajaan untuk memohon rayuan agar syarat sekatan dilonggarkan sedikit dan turut memohon agar kelab segera dijual.

Seandainya pihak kerajaan menolak rayuan dari Chelsea, maka sepertinya The Blues bakal berdepan krisis terbesar dalam sejarah kelab mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Chelsea Berdepan Kemungkinan Bankrap dan Dilelong Gara-Gara Abramovich Terlalu Memilih Pembeli