Selepas Hilang 3 Mata, Kovacic Hilang Maruah Berlari Separuh Bogel Ke Terowong

Pemain tengah Chelsea Mateo Kovacic hampir hilang segala galanya di badannya tinggal seluar dalam sahaja ketika dia berlari melangkah masuk ke dalam terowong.

Aksi itu mengejutkan ramai selepas Chelsea diikat oleh Manchester United.

Chelsea mendahului menerusi penalti Jorginho dalam perlawanan ini. Dia sudah tersenyum lebar menjangkakan bahawa Chelsea akan menang.

Ketika Chelsea berkira kira untuk menang, Casemiro menanduk bola yang mengatasi Kepa yang tak begitu cukup inci nak menepis bola tersebut.

Goal Line Technology mengesahkan bahawa gol itu bersih untuk Manchester United.

Ketika dunia membincangkan gol penyamaan dramatik Casemiro, tiba tiba perhatian teralih dan tertumpu kepada Kovacic yang berlari ke terowong.

Sebelum ini Abang Do meluru terus ke terowong untuk balik awal. Namun Kovacic bukan balik awal sebelum perlawanan berakhir, sebaliknya dia meluru dalam keadaan separuh bogel.

Siapa sangka, Kovacic bukan sahaja meratapi kehilangan 3 mata kerana tandukan minit akhir Casemiro. Namun turut hilang maruahnya di atas padang.

Penyokong di dalam stadium agak terkejut melihat Kovacic berlari lari dengan spender hitamnya melintasi padang. Ada yang menganggap awalnya itu adalah penceroboh padang.

Ternyata bukan. Itulah dia pemain Chelsea yang baru sahaja kehilangan 3 mata dan kemudian kehilangan harga diri.

Kenapa terjadi begitu?

Segalanya berlaku kerana penyokong Chelsea meminta kesemua pakaian termasuk seluarnya. Ada yang terkejut, apa dah jadi dengan Kovacic, mana baju dan seluar dia. Tinggal spender itam je nak dibawa balik. Adakah dia terus menghantar bajunya kepada usahawan dobi tepi padang.

Bukan sesuatu yang pelik melihat pemain memberikan jersi kepada peminat mereka. Namun tak ramai yang sanggup tampil memberikan seluar pendek mereka sekali dan hanya melangkah masuk ke bilik persalinan dengan seluar dalam sahaja.

Rakaman menunjukkan pemain tengah Blues itu berjoging santai di luar padang dengan hanya memakai seluar dalam serta stokin selepas tamat perlawanan. Mujur dia tidak memberikan sekali stoking dan bootnya.

Ternyata kemurahan hatinya membuatkan dia tak kisah berpenampilan begitu.

Mujurlah punainya terjaga rapi. Kerana Chelsea sebelum ini pernah memecat pegawai mereka yang menghantar gambar punai kepada wanita lain.

Selepas hanya bekerja selama 3 minggu, pengarah komersial Chelsea dipecat selepas menghantar mesej gatal kepada wanita Kpop.

Kisah Pegawai Komersial Chelsea dipecat tak sampai sebulan bekerja

Pengarah Komersial Chelsea, Damian Willoughby, berkelakuan tidak selayaknya dan mejejaskan imej kelab. Lelaki kelahiran Britain itu didapati melakukan gangguan seksual dengan menghantar mesej lucah kepada seorang wanita.

Dilaporkan oleh Daily Mail, Willoughby menghantar mesej lucah kepada salah seorang ejen kewangan bernama Catalina Kim. Bukan sekali sahaja, malah Willoughby dilaporkan telah melakukan ini beberapa kali dan membuatkan Kim ketakutan.

Atas kelakuan gatal merenyamnya itu, pihak pengurusan Chelsea segera mengambil tindakan tegas. The Blues mengeluarkan Willoughby dari kedudukan barunya dan menendangnya keluar dari kelab.

“Kelab Bola Sepak Chelsea mengesahkan bahawa ia telah menamatkan kontrak Pengarah Komersial Damian Willoughby. Dia akan dinyahaktifkan secepat mungkin,” jelas kenyataan rasmi Chelsea.

“Berdasarkan beberapa bukti yang dikemukakan, orang yang berkenaan [Willoughby] memang melakukan perbuatan tidak senonoh sejurus sebelum bekerja di kelab kami. Bagaimanapun, perbuatan itu benar-benar tidak konsisten dengan budaya syarikat.”

“Lebih-lebih lagi, kelab komited untuk mewujudkan persekitaran kerja yang mesra untuk semua pihak. Jadi, tingkah laku yang ditunjukkannya sama sekali tidak konsisten dengan persekitaran kami,” sambung kenyataan itu lagi.

The Telegraph melaporkan bahawa kes ini berpunca daripada laporan Kim kepada Tom Glick, presiden yang menjaga perniagaan di Chelsea. Wanita kelahiran Korea Selatan itu melaporkan sikap gatal dan tak senonoh Willoughby di depan mata Glick ketika mereka berdua bertemu.

Kim menunjukkan beberapa mesej lucah yang dihantar Willoughby pada tahun lalu. Kim tidak teragak-agak untuk mendedahkan semua ulah Willoughby di hadapan Glick.

“Glick ditunjukkan beberapa bukti tangkapan skrin yang menggambarkan betapa busuknya Pengarah Komersial Chelsea. Kim menunjukkan mesej ringkas ini secara langsung dan membuat Glick marah,” kata laporan Telegraph.

“Beberapa mesej yang ditunjukkan oleh Kim mengandungi soalan sama ada dia sanggup berbogel dan soalan mengenai orientasi seksual wanita itu. Selain itu, terdapat juga beberapa video lucah yang dihantar Willoughby ke telefon bimbit peribadi Kim,” tambah laporan itu. Ini termasuk aksi dia mencekik bebird dia.

Willoughby sebenarnya baru sahaja mendapat kerja di Chelsea pada 3 September. Dia secara rasmi bekerja sebagai Pengarah Komersial kelab kerana pengalamannya yang luas di EA Sports dan Manchester City.

Namun, kerosakan kelakuan Willoughby yang telah didedahkan nampaknya tidak dapat dipulihkan. Kini, Willoughby telah kehilangan pekerjaannya selepas tiga minggu bekerja.

BACA:  Drogba: Mourinho Akan Menangi Liga Perdana Inggeris Jika Beliau Pegang Manchester City