Selepas Zinedine Zidane, kini giliran Erik Ten Hag pula yang menolak Manchester United secara terbuka dengan beliau menyatakan pendiriannya untuk kekal bersama Ajax.
Ketika temu bual Ten Hag sebelum aksi sepak mula Ajax bertemu Besiktas awal pagi nanti, beliau telah ditanya tentang berita berkait beliau dengan Manchester United.
Pengurus Ajax itu sepertinya tidak mahu nama beliau terus dikaitkan dengan Man Utd dan menegaskan yang beliau menghormati kelabnya pada ketika ini.
Ajax manager Erik ten Hag on press conference: “Man United interest? I am busy with Ajax. No one contacted me, I can confirm this. I want to win titles here”. 🇳🇱 @TheEuropeanLad #Ajax #MUFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 23, 2021
Ten Hag bahkan mendedahkan yang beliau sama sekali tidak tahu apa-apa tentang berita tersebut, dengan pihak United sendiri masih belum pernah menghubunginya.
“Kaitan dengan Manchester United? Saya sibuk dengan Ajax.”
“Tak ada sesiapa hubungi saya, dan saya boleh sahkan hal ini.”
“Saya mahu memenangi piala di sini.”
Mungkin beliau benar-benar belum dihubungi oleh Manchester United, namun satu hal yang pasti, Ten Hag benar-benar menghormati kontraknya bersama Ajax.
Beliau merupakan antara calon yang paling diminati oleh para penyokong Manchester United untuk dilantik sebagai pengendali terbaru kelab menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.
Erik ten Hag responds to speculation linking him with Man Utd jobhttps://t.co/Pa2V4YTHB5 pic.twitter.com/5b1nzwia2f
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 23, 2021
Ten Hag mengamalkan corak permainan total dan possession football dengan beliau sering menggunakan sistem 4-2-3-1 dan 4-3-3 ketika bersama Ajax.
Taktikal sama berjaya menjadikan Ajax sebagai pasukan underdog yang paling digeruni dalam saingan Champions League pada ketika ini.
Ten Hag juga memiliki rekod yang baik melibatkan pengurusan pemain muda, dengan beliau banyak menaikkan nama-nama bintang muda untuk menjadi nama besar dalam dunia bola sepak.
Satu hal yang pasti, Ten Hag merupakan antara pengurus yang tidak perlu dan tidak suka berbelanja besar dengan beliau sekadar menggunakan apa saja yang diberikan oleh pimpinan kelab.
Ajax have scored 499 goals in 184 games across all competitions under Erik ten Hag, averaging 2.7 per game.
And he has a 72.8% win percentage. 👏 pic.twitter.com/GMpLgUeO9b
— Squawka Football (@Squawka) November 20, 2021
Satu hal yang menarik, Ten Hag juga tidak ada kontroversi panas baik dalam mahupun di luar padang dan kerana itulah beliau menjadi calon kegemaran para peminat untuk menjadi pengganti Ole Gunnar Solskjaer.
Selain Ten Hag dan Zinedine Zidane, Mauricio Pochettino juga merupakan nama yang sering dikaitkan dengan bakal menjadi pengurus Manchester United pada ketika ini.
Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu sepertinya bakal menjadi calon kegemaran untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus United yang baharu.
Beliau sendiri sudah menyatakan minatnya untuk menerima tawaran sebagai pengurus United, dengan pihak kelab juga sememangnya berhasrat untuk mengajak Pochettino berunding.
Erik ten Hag's record as Ajax manager:
◉ 185 games
◉ 135 wins (73% win rate)
◉ 25 draws
◉ 25 defeats
◉ 4 trophies
◎ 504 goals (2.7 per game)
◎ 157 conceded (0.85 per game)And he's only lost one #UCL away game. 🤯 pic.twitter.com/wF4pKPmdk2
— Squawka Football (@Squawka) November 21, 2021
Manchester United sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmat pengurus dari Argentina itu, dengan hal itu telah dinyatakan sendiri oleh Sir Alex Ferguson pada tahun 2016 yang lalu.
Pochettino mengakui yang beliau merupakan peminat setia legenda terhebat sepanjang zaman United itu, dengan Sir Alex Ferguson sendiri turut mahu melihat pengurus PSG itu mengendalikan Red Devils.
Bruno Fernandes gesturing to the Man United fans not to boo Ole Gunnar Solskjaer and that the players also take responsibility 👏 pic.twitter.com/g0ZMjXejc9
— Football Daily (@footballdaily) November 20, 2021
Dengan rekod yang meyakinkan selepas beliau memiliki pengalaman luas dalam bola sepak Inggeris, dan keinginan beliau untuk jadi sebahagian dari United, Pochettino mungkin calon paling layak.
Satu hal yang menarik, demi untuk menjadi pengurus Manchester United, Pochettino bahkan sanggup meninggalkan Paris Saint Germain yang dibarisi oleh barisan pemain bintang terhebat dunia.
Pengurus mana saja dalam dunia bola sepak ini yang menolak untuk bekerjasama dengan barisan pemain terhebat dunia seperti apa yang dilakukan oleh Pochettino pada ketika ini?
Hal itu sudah cukup untuk membuktikan yang beliau benar-benar berminat dan mempunyai semangat yang tinggi untuk bantu Manchester United kembali menjadi pasukan paling digeruni.
Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih belum ada apa-apa perkembangan berkait pengurus baru, dengan United masih kekal memberi kepercayaan kepada Carrick untuk mengurus skuad mereka pada ketika ini.
Manchester United's next permanent manager at the end of the season has to be Erik ten Hag.
Agree? pic.twitter.com/WZl2QElP1v
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) November 21, 2021
Setan merah tidak mahu terburu-buru melantik pengurus, kerana bimbang isu sama akan berulang lagi dan kerana itulah mereka mahu menunggu untuk dapatkan calon terbaik terlebih dahulu sebelum benar-benar melantiknya sebagai pengurus kelab.
Sumber: Fabrizio Romano