Carabao Cup: Gol Solo Padu Namati Rashford dan Eriksen Bawa United Ke Suku Akhir

Christian Eriksen dan Marcus Rashford menjaringkan gol untuk membawa Manchester United mara ke suku akhir Carabao Cup dengan kemenangan 2-0 ke atas Burnley semasa Vincent Kompany kembali ke Old Trafford.

Vincent Kompany ketika bermain bersama Manchester City menikmati banyak kemenangan derby ke atas United tetapi pertemuan semula Red Devils sebagai pengurus Burnley berakhir dengan kekalahan di pusingan keempat Carabao Cup.

Eriksen membuka jaringan dengan jaringan pada minit ke-27 sebelum Rashford menggandakan kelebihan pada separuh masa kedua perlawanan pertama United sejak Piala Dunia.

Pendahulu liga Championship, Burnley mempamerkan aksi hebat tetapi dihukum kerana tiada sentuhan penyudah yang membazir peluang yang dicipta sepanjang perlawanan.

Pada minit ke-27 menyaksikan assist akrobatik Aaron Wan Bissaka telah membolehkan Cristian Eriksen menjaringkan gol pembukaan dengan satu tolakan mudah.

Paling menarik dalam perlawanan ini apabila Casemiro telah bermain diposisi baharu sebagai centre-back bergandingan bersama Victor Lindelof.

Pada minit ke-57 larian lipas kudung lagi berkuasa Marcus Rashford membolehkan Setan Merah menggandakan kedudukan dan berada dalam situasi lebih selesa.

Bruno Fernandes terus bersinar tanpa kelibat Cristiano Ronaldo yang telah ditamatkan kontrak apabila mencipta tiga peluang termasuklah untuk gol Cristian Eriksen.

Martin Dubravka yang bermain dalam perlawanan ini nyata langsung tidak dapat menggugat kedudukan David De Gea dengan aksi yang tidak meyakinkan dan hampir menumbuk masuk bola ke gawang sendiri.

Manchester United: Dubravka, Lindelof, Fernandes, Martial, Rashford, Malacia, Eriksen, Casemiro, Wan-Bissaka, McTominay, Garnacho.

Pemain Simpanan: De Gea, Bennett, Shaw, Williams, Fred, Van de Beek, Antony, Elanga, Pellistri.

Burnley: Peacock-Farrell, Roberts, Harwood-Bellis, Beyer, Maatsen, Cullen, Cork, Brownhill, Gudmundsson, Benson, Barnes.

Pemain Simpanan: Muric, Taylor, McNally, Egan-Riley, Twine, Rodriguez, Bastien, Churlinov, Lewis.

Pengadil: Graham Scott (Berks & Bucks).

Man Utd bangkit benam Villa

Kurang seminggu selepas kekalahan 3-1 Manchester United kepada Aston Villa di Premier League, mereka bertemu lagi kali ini disaingan Carabao Cup yang merupakan piala bertahap rendah.

Manchester United berjaya mencipta kebangkitan sensasi kali ini bagi membalas dendam ke atas Unai Emery beberapa hari lalu dengan kemenangan.

Manchester United bangkit dari ketinggalan dua kali untuk menewaskan Aston Villa 4-2 dalam separuh masa kedua yang gila di Old Trafford untuk mara ke pusingan 16 terakhir Piala Carabao, di mana mereka akan melayan kunjungan Burnley.

Keenam-enam gol itu terhasil selepas rehat dengan skuad kendalian Erik ten Hag ketinggalan dua kali sebelum rembatan melencong Bruno Fernandes meletakkan mereka di depan buat kali pertama dan Scott McTominay memastikan kemenangan.

Keputusan itu sedikit sebanyak dapat membalas dendam kekalahan Villa 3-1 kepada United dalam perlawanan pertama Unai Emery pada hari Ahad.

Selepas 45 minit yang suram dan membosankan, Bruno Fernandes berjaya menjaringkan gol namun dibatalkan kerana Marcus Rahsford jelas offside dalam gerakan gol itu walaupun tanpa kehadiran VAR.

permainan kembali hidup selepas rehat dengan Ollie Watkins membuka jaringan sebelum Anthony Martial menyamakan kedudukan hanya 19 saat selepas bermula semula.

Gol sendiri Diogo Dalot memulihkan kelebihan Villa untuk kembali dihadapan tetapi kemudian Marcus Rashford menemui satu lagi gol penyamaan.

Fernandes, yang digantung tugas ketika pasukan bertemu di Villa Park pada hujung minggu, mengubah permainan di tengah-tengah suasana Old Trafford yang riuh dan McTominay menamatkan sebarang harapan untuk Villa kembali bangkit.

Perlawanan pusingan keempat United juga akan berlangsung di laman sendiri, dengan pertembungan mereka dengan pasukan Kejuaraan Vincent Kompany iaitu Burnley dijadualkan pada minggu 19 Disember.

Manchester United (4-2-3-1) Dubravka; Dalot, Maguire, Lindelof, Malacia; McTominay, Fred; Fernandes, Van de Beek, Rashford; Martial.

Pemain Simpanan: De Gea, Martinez, Shaw, Casemiro, Eriksen, Pellistri, Elanga, Garnacho, Shoretire.

Aston Villa (4-2-2-2) Olsen; Young, Konsa, Chambers, Augustinsson; Kamara, Douglas Luiz; McGinn, J Ramsey; Ings, Watkins.

Pemain Simpanan: Martinez, Cash, Mings, Sanson, Buendia, Nakamba, Digne, Bailey, Archer.

Pengadil: David Coote.

BACA:  Jurgen Klopp Merendah Diri Meraikan Kemenangan Tipis Liverpool Keatas Manchester United