Jurgen Klopp Merendah Diri Meraikan Kemenangan Tipis Liverpool Keatas Manchester United

Tamat detik 90 minit pada aksi perlawanan yang berlangsung di Anfield semalam yang menyaksikan Liverpool menang tipis 7-0 keatas  pasukan bakal juara Manchester United. Walaupun mencatatkan kemenangan keatas salah satu pasukan yang bakal dinobatkan sebagai juara liga musim ini, namun tiada keraian yang melampau oleh pengurus Liverpool, iaitu Jurgen Klopp.

Dua gol masing-masing dicatatkan oleh Darwin Nunez, Cody Gakpo dan Mohamed Salah, yang menyaksikan beliau menjadi penjaring terbanyak Liverpool sepanjang zaman era Liga Premier , serta satu gol sumbangan Roberto Firmino memberikan Liverpool kemenangan terbesar ketika bertemu Manchester United.

Pengurus Liverpool, iaitu Jurgen Klopp terkenal dengan aksi keraian cap dagang yang ikonik dikenali sebagai “fist pump”. Keraian ini menjadi ikonik kerana pengurus tersebut biasanya dilihat begitu bersemangat dan ghairah ketika meraikan kemenangan. Dengan tangan digenggam seperti mahu menumbuk lawan, siku dihayunkan kearah uppercut ke udara, mulut dilihat menjerit laungan keghairahan, keraian ini sememangnya sudah sebati menjadi keraian ikonik buat pengurus Liverpool tersebut.

Namun, selepas tamat perlawanan semalam, Jurgen Klopp dilihat hanya bersahaja meraikan kemenangan keatas Liverpool. Tiada keraian “fist pump” yang biasa dilakukan beliau ketika memperoleh kemenangan terhadap lawan yang sukar. Ahh, adakah kerana begitu mudah melawan Liverpool? Lebih mudah berbanding berhadapan Borneumoth yang berada di dasar liga?

Tanda soal kenapa Jurgen memilih untuk tidak meraikan kemenangan keatas Manchester United dengan keraian cap dagang beliau telah diulas oleh bekas pertahanan Liverpool merangkap pengulas sukan iaitu Jamie Carragher. Ulas Jamie Carragher kepada Sky Sports: “Bila anda melihat Liverpool bermain dengan gaya permainan sebegitu, membuatkan anda berfikir, ‘Macam mana pasukan boleh berada pada kedudukan yang teruk pada musim ini?”

“Bila anda memenangi perlawanan dengan jumlah jaringan yang mengejutkan, ia akan merencatkan serba sedikit keraian kerana anda akan merasa bingung” ulas Jamie Carragher lagi, “Jurgen Klopp tidak melakukan keraian ‘fist pump’ seperti yang anda jangkakan kerana saya merasakan disebabkan oleh jumlah jaringan yang besar membuatkan anda berfikir apa yang tidak kena pada musim ini..”

“Ini memberikan Liverpool nafas baharu untuk berharap layak ke kelompok empat teratas kedudukan liga. Ini kemenangan yang sangat penting tentang apa yang mereka (Liverpool) boleh lakukan pada musim panas dan mungkin tentang pemain yang mereka boleh bawa masuk kedalam skuad. Terdapat banyak khabar angin tentang pemain Borrusia Dortmund iaitu Jude Bellingham dan banyak kelab yang berminat untuk mendapatkan tanda tangan beliau.”

“Saya masih tidak boleh percaya tentang perlawanan yang Liverpool telah kalah pada musim ini, tentang prestasi yang telah mereka pamerkan, tetapi mereka masih mempunyi peluang yang cerah untuk menamatkan saingan liga pada kedudukan empat teratas liga.”

“Perjalanan pada musim ini masih jauh lagi, tetapi perlawanan seterusnya Liverpool menentang Bournemouth adalah perlawanan yang anda jangkakan untuk mereka menang. Kerana selepas itu adalah minggu yang sangat sukar untuk Liverpool..”

“Perlawanan menentang Manchester City, Chelsea dan Arsenal adalah apa yang bakal menentukan Liverpool bakal menamatkan saingan liga dalam kelompok empat teratas atau pun tidak.”

Secara ringkasnya kenapa tiada keraian ikonik dilakukan oleh Jurgen Klopp, menurut bekas pemain Liverpool iaitu Jamie Carragher adalah kerana pengurus tersebut berada dalam kebingungan berkenaan prestasi Liverpool pada musim ini, dengan corak permainan bertenaga yang dipamerkan oleh para pemain, sepatutnya Liverpool dah boleh menggenggam satu atau dua kejuaraan pada musim ini.

BACA:  Peminat Manchester United U-Turn Balik Ke Wembley Kerana VAR