Kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh Jurgen Klopp dalam baki setiap perlawanan dilihat sebagai faktor penting yang akan menentukan siapa yang akan beraksi di Eropah, atau tersingkir ke liga bawahan pada musim akan datang.
Liverpool kini hanya memerlukan enam mata untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 30 tahun, dan ia mungkin akan dipermudahkan sekiranya Manchester City tewas kepada Watford dan The Reds menewaskan Everton pada perlawanan seterusnya.
Situasi ini membenarkan Liverpool ‘melindungi’ skuad utama mereka, dan menurunkan skuad kedua atau skuad ketiga untuk baki lapan perlawanan Premier League – seperti yang mereka lakukan ketika menentang Shrewsbury di pertandingan Piala FA.
Keseluruhan situasi ini dilihat oleh kelab-kelab lain, terutama yang bergelut untuk kekal di Premier League pada musim hadapan sebagai tidak adil.
FT: Liverpool 1-0 Shrewsbury.
THE KIDS HAVE DONE IT!
An own goal, but a much deserved win. A real classy performance. The Kindergarten Kops are the magic of the FA Cup!#LFC #LIVSHR #FACup pic.twitter.com/qyLJEiHkMB
— LFC Photo (@LFCphoto) February 4, 2020
“Kita sudah lihat apa Liverpool lakukan dalam pertandingan Piala FA, jadi bagaimana mereka tidak akan lakukan dalam saingan liga?” persoa salah seorang Pegawai Eksekutif kelab yang enggan dinamakan kepada Daily Mail.
“Jurgen Klopp boleh sahaja mengarahkan pemain skuad utama mereka untuk pergi dengan alasan untuk keselamatan diri, dan situasi kini ia sangat jelas.
“Jadi bagaimana situasi tersebut kita katakan sebagai semangat kesukanan?”
📰| Premier League clubs opposed to restart feel Liverpool will play the kids once they win the title and they say that will wreck the integrity of the competition.
[The Sun] pic.twitter.com/gMtkzSC0MF
— OSTECH STAKE MARKET (OSM) (@osm_ostech) May 8, 2020
Dalam perlawanan menentang Shrewsbury, Liverpool menurunkan skuad akademi dengan purata umur 19 tahun, tatkala skuad utama The Reds bersama Jurgen Klopp terbang ke Qatar untuk memenangi Piala Kelab Dunia.
Dengan keadaan semasa penularan wabak, ramai risaukan Klopp akan mengulangi perkara yang sama, sekaligus akan mengancam kelab-kelab bawahan.
Aston Villa dan Brighton adalah dua lagi kelab yang berada di tangga bawahan yang masih perlu bertemu dengan Liverpool dalam baki saingan musim ini.
Ini adalah terbaru yang dibangkitkan oleh kelab-kelab yang menentang ‘Project Restart’.