Kedudukan Dalam Saingan EPL Tanpa Campur Tangan VAR

Ketika teknologi yang memecah belahkan peminat bola sepak, VAR diperkenalkan dalam saingan Premier League pada musim 2019/20, boleh dikatakan hampir setiap minggu akan ada perdebatan berkait keputusan meragukan dari sistem tersebut.

Para peminat bahkan menganggap sistem VAR tak sepatutnya wujud dalam dunia bola sepak dan berharap agar FIFA membatalkan penggunaan sistem tersebut.

Bermula dengan offside kerana bulu melepasi garisan ditetapkan membawa ke peraturan handball yang kejam, VAR tak pernah jemu cetus kontroversi di kalangan peminat.

Sistem tersebut senantiasa menimbulkan kontroversi namun sejak akhir-akhir ini, para peminat sepertinya sudah berlapang dada untuk hidup dalam era VAR.

Impak VAR dalam saingan Premier League

Selepas berlakunya huru hara dan pelbagai kontroversi berkait sistem tersebut sebelum ini, maka pihak berwajib telah memutuskan untuk menambah baik penggunaan sistem tersebut.

Pelbagai peraturan telah ditambah baik terutama dari segi garisan offside, yang mana kini bulu ketiak atau bayang-bayang sudah tidak dikira offside lagi seperti sebelum ini.

Walau bagaimanapun juga, ia tidaklah bermaksud yang peminat sekarang akan sentiasa gembira dengan keputusan dari sistem tersebut.

Musim 2021/22 yang baru beberapa bulan bermula pun sudah banyak kontroversi yang dicetuskan oleh VAR terutama dari segi konsistensi.

Bahkan, menurut laporan dari beberapa media di UK, pengadil Premier League mempunyai rekod sembilan keputusan yang diubah selepas campur tangan VAR pada minggu lalu sahaja.

Kad merah yang dilayangkan kepada Mason Holgate ketika beraksi bertemu Tottenham Hotspur yang paling banyak mencetuskan perdebatan di kalangan peminat.

VAR juga telah mengubah 44 keputusan pengadil dari 110 perlawanan yang sudah dilangsungkan sepanjang musim ini, yang mana ia lebih rendah berbanding musim lalu dari jumlah perlawanan yang sama, 50 keputusan diubah oleh VAR.

Bagaimana agaknya kedudukan setiap pasukan dalam saingan Premier League, seandainya tiada campur tangan dari VAR yang membantu mereka mendapat mata tambahan, atau hilang mata.

Berikut merupakan kedudukan dalam saingan Premier League, seandainya tiada campur tangan dari VAR.

20. Norwich City – 5 mata (=)

Kedudukan Sebenar: 20th, 5 mata

19. Aston Villa – 8 points (-2)

Kedudukan Sebenar: 16th, 10 mata

18. Newcastle United – 9 mata (+4)

Kedudukan Sebenar: 19th, 5 mata

17. Burnley – 11 mata (+3)

Kedudukan Sebenar: 18th, 8 mata

16. Watford – 12 mata (+2)

Kedudukan Sebenar: 17th, 10 mata

15. Leeds United – 12 mata (+1)

Kedudukan Sebenar: 15th, 11 mata

14. Tottenham Hotspur – 13 mata (-3)

Kedudukan Sebenar: 9th, 16 mata

13. Brighton & Hove Albion – 13 mata (-4)

Kedudukan Sebenar: 7th, 17 mata

12. Brentford – 14 mata (+2)

Kedudukan Sebenar: 14th, 12 mata

11. Southampton – 15 mata (+1)

Kedudukan Sebenar: 13th, 14 mata

10. Crystal Palace – 15 mata (=)

Kedudukan Sebenar: 10th, 15 mata

9. Manchester United – 16 mata (-1)

Kedudukan Sebenar: 6th, 17 mata

8. Leicester City – 17 mata (+2)

Kedudukan Sebenar: 12th, 15 mata

7. Wolverhampton Wanderers – 17 mata (+1)

Kedudukan Sebenar: 8th, 16 mata

6. Arsenal – 18 mata (-2)

Kedudukan Sebenar: 5th, 20 mata

5. Everton – 18 mata (+3)

Kedudukan Sebenar: 11th, 15 mata

4. Manchester City – 22 mata (-1)

Kedudukan Sebenar: 2nd, 23 mata

3. Liverpool – 22 mata (=)

Kedudukan Sebenar: 4th, 22 mata

2. West Ham United – 23 mata (=)

Kedudukan Sebenar: 3rd, 23 mata

1. Chelsea – 28 mata (+2)

Kedudukan Sebenar: 1st, 26 mata

Perubahan yang agak ketara jika VAR tidak diguna pakai

Maka Chelsea akan masih tetap mendahului carta saingan liga dan Norwich City akan tetap berada di kedudukan paling dasar dalam carta liga.

Namun ia menunjukkan betapa sengitnya perebutan dan kedudukan di kawasan pertengahan liga dengan zon tersebutlah yang paling banyak ada perubahan.

Leicester City misalnya, walau mereka cuma ada kelebihan dua mata sahaja jika ditolak keputusan VAR yang tidak memihak mereka, namun kedudukan mereka naik dari nombor 12 pergi ke nombor lapan.

Sementara Rafael Benitez akan ketawa riang jika VAR tidak digunakan dengan mereka akan berada di kelompok lima teratas berbanding sekarang mereka di kedudukan ke-11.

Antonio Conte pula akan berdepan tugas lebih berat untuk memimpin Spurs kembali ke kelompok teratas selepas mereka dalam senarai ini berada di kedudukan ke-14.

Ole Gunnar Solskjaer tentu sudah hilang kerja kalau ikut kepada kedudukan dalam senarai ini dengan mereka akan berada di kedudukan kesembilan dalam carta liga.

Walau penggunaan VAR sudah ditambah baik, namun tetap ada keputusan yang mencetuskan kontroversi dan menyebabkan impak yang buruk kepada sesebuah pasukan itu.

Carta ini sekadar membuktikan bagaimana pentingnya setiap keputusan dari VAR dan pengadil perlawanan yang mana ia akan mempengaruhi kedudukan mereka dalam carta liga.

Sumber: GMS

BACA:  Premier League Siasat Chelsea Dakwaan Salur Dana Kepada Entiti Rahsia Rusia