Seperti Dijangka Nottingham Forest Mudah Tewaskan Liverpool Di Anfield

Liverpool kini semakin sukar untuk bersaing kejuaraan liga selepas mereka keciciran mata di tangan Nottingham Forest.

Apa gunanya menang 3-0 di kandang lawan kalau kena aib 0-1 di kandang sendiri. Itulah kisah sedih Liverpool yang memulakan minggu liga selepas rehat antarabangsa dengan kekalahan.

Gol tunggal pemain buangan Chelsea, Callum Hudson Odoi sudah memadai untuk Forest membawa pulang 3 mata dari Anfield yang kelihatan penuh keyakinan bahawa Arne Slot adalah orang yang sangat tepat menggantikan Jurgen Klopp.

Liverpool malah boleh kalah lebih teruk jika Forest lebih tajam di hadapan gol.

Arne Slot merasai kekalahan pertamanya sebagai pengurus Liverpool pada hari Sabtu apabila pasukannya tewas 1-0 kepada Nottingham Forest dalam Liga Perdana, dengan pengurus pelawat Nuno Espírito Santo menewaskan pengurus Belanda itu dalam pertemuan yang menarik.

Selepas tamat perlawanan, Slot berkata: “Keputusan itu paling mengecewakan, dan kami tidak boleh gembira tentang bagaimana permainan itu berjalan. Ia adalah permainan tidak lancar dan kami hampir tidak mencipta sebarang peluang.

“Kami hanya perlu menyalahkan diri sendiri — kami perlu menjadi lebih baik. Terlalu banyak kali kami kehilangan bola di sekitar kawasan itu, ia tidak cukup bagus. Kami perlu menjadi lebih baik dengan bola.

“Keputusan dan pelaksanaan kami tidak cukup baik. Secara umumnya kami bertahan dengan agak baik, tetapi dua pemain pantas masuk dan menyukarkan kami. Kami mengambil banyak risiko dan akhirnya ia adalah gol yang sangat bagus,” tambah Slot .

Nuno Espirito gembira kerana taktikalnya menjadi. Dia berkata: “Satu-satunya cara untuk mencapai apa-apa di sini ialah jika anda teratur dan melakukan semua yang anda boleh.

“Apabila anda memulakan cara kami bermula dengan pemain sayap kami Nico Dominguez dan Elliot Anderson, semua usaha mereka menjejaki bek sayap Liverpool, ia adalah banyak tenaga.”

Selepas bergelut dengan zon penyingkiran pada musim-musim sebelumnya, Forest mendapati diri mereka berada di kedudukan keempat dengan lapan mata daripada empat perlawanan selepas kemenangan mereka. Liverpool di tempat kedua dengan sembilan mata sebelum aksi Arsenal yang berkunjung ke Spurs.

“Kami bekerja keras, dan ia adalah mengenai membina dan mempercayai idea ini yang anda boleh kembangkan,” kata Espirito Santo.

Manchester United Belasah Southampton Dan Himpit Rapat Pendahulu Liga

Peminat Manchester United akui menangis kegembiraan melihat aksi berkelas dunia ditunjukkan Manchester United ketika melihat aksi berkelas dunia Manchester United ketika mengalahkan Southampton.

Manchester United bangkit daripada kekalahan tidak disangka sangka di tangan Liverpool sebelum ini. Liverpool menang nasib 3-0 ke atas United di Old Trafford sebelum minggu rehat antarabangsa.

Kini Red Devils kembali ke landasan persaingan kejuaraan. 3 gol oleh Matthijs de Ligt dan penerima darjah kebesaran, Marcus Rashford, serta Alejandro Garnacho sudah cukup untuk United pulang dengan 3 mata berharga.

Manchester United menguasai lebih 55% perlawanan ke atas bekas kelab Van Dijk itu. Dengan melakukan 20 percubaan ke arah gol dan 10 percubaan tepat.

Andre Onana turut berjaya menyelamatkan penalti. Di kala VAR cuba sedaya upaya mahu melihat United keciciran mata. Kehebatan Man United jelas membuatkan teknologi VAR pun tak berdaya untuk menafikan 3 mata mereka.

De Ligt membuka tirai jaringan pada minit ke-35 selepas menerima hantaran oleh Bruno Fernandes. Lebih manis apabila gol itu terhasil hanya 2 minit selepas Southampthon dihadiahkan sepakan penalti. Di mana Onana melakukan penyelamatan berkelas dunia menafikan penalti oleh Cameron Archer.

Man United menambah 1 lagi gol sebelum rehat menerusi Marcus Rashford pada minit ke-41. Pemain itu membalas kepercayaan daripada Erik Ten Hag yang sentiasa percaya dengan kemampuannya. Walaupun dia banyak menerima ejekan daripada peminat sendiri dan dituduh ada menyimpan gambar Ten Hag tanpa seurat benang.

Man United melakukan serangan bertali arus yang menghiburkan. Ianya aksi terbaik mereka musim ini.

Ketika Soton kelihatan sudah redha dengan kekalahan 2-0, Garnacho menambah satu lagi gol pada masa kecederaan minit ke-90+6.

Tamat perlawanan Southampton 0 Manchester United 3. Ianya kemenangan sebenar daripada pasukan yang sarat bintang berkelas dunia.

United kembali ke landasan kemenangan selepas permulaan 3 perlawanan yang kurang meyakinkan sebelum ini. Kemenangan kali ini benar benar amaran kepada pasukan lain bahawa pasukan Man united kian serasi dan bakal sukar untuk dikekang oleh mana mana musuh mereka.

Di media sosial peminat mereka akui menitiskan air mata kegembiraan melihat aksi cemerlang Manchester United.

UnitedLad berkata: “Man United bermain bola sepak yang cantik. Gol pertama De Ligt bersama United. Rashford dan Garnacho menjaringkan gol. Fernandes assist. Onana pula menyelamatkan penalti dan clean sheet, Manuel Ugarte debut. Amad Diallo, Kobbie Mainoo dan Zirkzee beraksi luar biasa.

“Menitis air mata, hari yang indah sekali.”

BACA:  Premier League 2024/25: Liverpool Menang Nasib Lagi Ke Atas Palace