EPL 2018/19: Berapa Harga Tiket Untuk Menonton Pasukan Kegemaran Anda ?

Liga Perdana Inggeris merupakan liga yang paling diminati di Asia Tenggara dan Malaysia tidak terlepas dari mengikuti perkembangan pasukan kegemaran masing-masing walaupun dipisahkan beribu-ribu batu jauhnya.

Tetapi tahukan anda berapa harga tiket yang anda perlu bayar sekiranya anda mahu menonton aksi pasukan kegemaran anda di stadium ? Artikel ini  akan merungkai harga tiket setiap pasukan yag bertanding di Liga Perdana Inggeris musim 2018/2019.

Walaupun gagal menempatkan diri dalam kelompok Top 4 untuk dua musim berturut-turut, Arsenal masih lagi mengenakan harga tiket paling mahal kepada peminatnya

Seperti biasa, walaupun lembik dan lemah di atas padang Arsenal masih lagi memegang takhta sebagai pasukan yang mempunyai tiket termahal di England.

Pujian wajar diberikan kepada pasukan kerdil, Huddersfield Town kerana mengenakan harga yang berpatutan kepada peminatnya untuk menonton perlawanan di stadium.

Secara keseluruhannya, anda perlu membelanjakan wang sekitar £9 (RM 47) hingga £97 (RM 525) untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Seperti musim sebelum ini, Arsenal masih mengekalkan tabiat yang sama apabila mengenakan harga tiket yang mahal kepada peminat mereka dengan tiket paling mahal dijual pada harga £97 untuk perlawanan kategori ‘A’, iaitu ketika menentang pasukan ternama.

Harga tiket Liga Perdana Inggeris musim 2018/2019
Huddersfield wajar dipuji kerana mengenakan caj sama rata kepada peminatnya
Spurs pon sama naik dengan Arsenal

Walaupun berbelanja besar pada jendela perpindahan pemain beberapa musim kebelakangan ini, Liverpool masih mengenakan harga tiket paling murah dalam Liga Perdana Inggeris. Peminat Liverpool mendapat faedah ini selepas pihak pengurusan kelab mengambil keputusan untuk ‘menyejukkan’ harga tiket selama 3 musim berturut-turut.

Anda berpeluang untuk menonton perlawanan di Anfield dengan tiket serendah £9 tetapi perlu diingat tiket murah sebegini perlu dibeli dengan cepat kerana limited edition. Selepas £9, Liverpool menetapkan harga tiket kedua termurah pada £39, iaitu £10 melebihi harga tiket paling murah dijual Arsenal. Memang cekik darah board Arsenal ni, pergi haji dua kali sehari agaknya.

Jika anda seorang peminat Die Hard Liverpool ‘This Year Is Our Year’, tentu anda mahu menonton perlawanan Liverpool di tempat duduk terkenal iaitu Anfield Kop. Harga tiket untuk menonton perlawanan di tempat duduk tersebut ditetapkan pada harga £37-£43.

Dalam kalangan pasukan ‘Big 6’, Manchester United mengenakan caj paling rendah untuk membeli  satu tiket individu. Tetapi United dapat berbuat demikian kerana mereka merupakan satu-satunya pasukan yang hanya menjual tiket perlawanan kepada ahli kelab. Yuran keahlian kelab Manchester United bermula serendah £20 per musim.

Kop Stand yang terkenal di Anfield. Tak mahal pon hanya RM 228 untuk berdiri kt sini

Berita baik buat ‘Syaitan Merah’ di Malaysia kerana tiket untuk menonton perlawanan di Old Trafford masih lagi sama seperti musim lalu. Ini merupakan musim ke-7 berturut-turut harga tiket Old Trafford tidak berubah dan dibekukan.

Huddersfield juga merupakan satu-satunya pasukan yang tidak mengikut model kelab lain yang mengenakan harga yang berbeza mengikut kedudukan tempat duduk. Harga tiket paling mahal adalah £30 dan paling murah juga £30.

Rumusannya, harga tiket untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris berubah-rubah bergantung kepada pasukan lawan dan kedudukan tempat duduk. Selain itu, faktor ibu kota London juga memainkan peranan besar dimana kelab itu berpengkalan.

Adakah purata gaji penyokong mempengaruhi harga tiket? Korang tentukan sendiri.

Senarai Gaji Purata Penyokong Premier League Mengikut Kelab

Senarai gaji purata penyokong Premier League mengikut kelab kesayangan sokongnan mereka telah didedahkan terdapat jurang perbezaan yang besar wujud antara setiap penyokong walaupun berasal dari bandar yang sama.

Purata gaji ini dikeluarkan mengikut jumlah pendapatan tahunan dan penyokong 6 kelab teratas iaitu Manchester United, Liverpool, Chelsea , Arsenal, Tottenham Hotspur dan Manchester City tidaklah mempunyai purata gaji yang tinggi.

Chelsea berada di tempat kedua di belakang Brighton & Hove Albion yang mempunyai penyokong berpendapatan £43,000 setahun secara purata diikuti oleh Chelsea dengan £41,000 dan Leicester City ditangga ketiga dengan £40,000.

Penyokong Brighton

Bandar Manchester yang dihuni dua kelab iaitu Manchester United dan Manchester City mempunyai perbezaan hampir £5,000 man, Liverpool dan Everton tidak mempunyai banyak perbezaan hanya berbeza £500 sahaja.

Untuk perbandingan gaji purata tahunan penduduk UK adalah £27,000 setahun hampir separuh daripada gaji pemain Premier League secara purata £50,000 setiap minggu.

Kelab Premier League menikmati dan berkongsi sebanyak $5 bilion setahun hanya dari hak penyiaran dan akan bertambah setiap tahun namun harga tiket semusim saban tahun naik walaupun setia mana mereka.

Passion kepada bola sepak tidak dapat diukur dengan pendapatan tahunan.

Kajian yang dilakukan oleh FotballTips telah menyenaraikan purata gaji tahun penyokong 20 pasukan.

1.Brighton & Hove Albion – £43,000

2.Chelsea – £41,000

3.Leicester City – £40,000

4.Bournemouth – £37,000

5.Southampton – £35,000

6.Watford – £33,000

7.Tottenham Hotspur – £31,000

8.Arsenal – £30,000

8. Manchester City – £30,000

10.Wolverhampton Wanderers – £29,000

11.Fulham – £27,000

12.Huddersfield Town – £25,000

12. Manchester United – £25,000

14.Newcastle United – £24,000

15.Liverpool – £23,500

16.Everton – £23,000

17.Crystal Palace – £22,000

18.Burnley – £21,000

19.West Ham United – £20,000

20.Cardiff City – £19,000

BACA:  'Menang Pun Atas Bantuan Pengadil Dan VAR'