‘Menang Pun Atas Bantuan Pengadil Dan VAR’

Pengendali Spurs dengan beraninya menyindir Liverpool secara langsung. Dia mempersoalkan keberadaan Diogo Jota di atas padang selepas satu terjahan ala kung fu ke atas kepala pemainnya.

Menurut Ryan Mason, kekasaran itu sudah cukup membuatkan Liverpool bermain 10 orang. Dan Diogo Jota tidak akan pernah menjadi penjaring gol kemenangan aksi semalam.

Dalam aksi yang serba dramatik di Anfield, Liverpool mendahului 2 gol hanya dalam masa 5 minit. Menerusi Curtis Jones dan Luis Diaz.

Liverpool melebarkan jurang gol kepada 3 gol menerusi penalti Mohamed Salah pada separuh masa pertama juga.

Liverpool berkepak masuk ke bilik persalinan dengan 3-0 pada separuh masa pertama.

Namun situasinya berubah pada separuh masa kedua. Kerana Spurs melakukan kebangkitan 3 gol yang hebat dan memukau.

Bermula daripada gol Harry Kane diikuti oleh gol Son Heung Min, ianya membuatkan Anfield mulai seram sejuk.

Sebelum ini Tottenham Hotspur berjaya mengikat Manchester United selepas ketinggalan pada separuh masa pertama.

Kali ini mereka mahu melakukan perkara yang sama ke atas Liverpool FC.

Dan pada masa kecederaan, kebijaksanaan Ryan Mason mencongak strategi berjaya membuahkan hasil. Dia memasukkan Richarlison.

Yang menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Punyalah gembira dia mencetak gol EPL pertamanya untuk Spurs. Sambil menari seperti burung, burung apa, burung murai, burung apa, burung murai, burung apa, burung murai nakk.

Mengingatkan kita kepada iklan Petronas satu ketika dahulu.

Tidak cukup dengan itu, Richarlison membuka bajunya dan menerima kad kuning. Dia sanggup kerana dia memikirkan dia baru sahaja merobek hati peminat Liverpool yang sudah lama membencinya, selaku bintang Everton dahulu.

Masih lagi terbuai, Richarlison memberikan isyarat Shhuhhhh!! kepada peminat Liveropool. Kerana dia baru sahaja menapau 1 mata balik dari Anfield.

Begitulah kegembiraan Richarlison. Ibarat seorang pemuda yang baru sahaja ke jinjang pelamin.

Namun sebaik sahaja perlawanan disambung semula, Liverpool melakukan kebangkitan luar biasa yang hanya mampu dilakukan The Reds.

Diogo Jota mencetak gol kemenangan hanya 99 saat selepas gol Richarlison.

Selepas tamat perlawanan, Ryan Mason menuntut penjelasan daripada pengadil dan VAR. Kenape ye agaknya Jota tak menerima kad merah?

Mason berkata: “Saya ingin penjelasan dan sebab mengapa ia bukan [kad merah]. Saya dapat memahami pengadil dan pegawai di atas padang terlepas insiden, tetapi kita kan ada VAR.”

“Perasaan saya menyatakan ia adalah kad merah serta-merta kerana apabila kaki anda kelihatan menaikkan stud dan kamu berada lima setengah kaki dari tanah.”

“Kemudian kamu membuat sentuhan ke atas kepala pemain, dan mengeluarkan darah, dan terdapat luka, saya fikir ia menandakan semua kotak untuk syarat kad merah.”

“Mungkin lebih-lebih lagi pengadil yang berpengalaman di dalam bilik VAR, kamu mahu dia membantu pegawai di atas padang pada masa itu.”

“Dengar, ia telah menjadi penentu kepada perlawanan ini, kerana pemain di atas padang itu tidak sepatutnya berada di sana pada akhirnya menentukan kemenangan dalam perlawanan ini.”

“Saya agak pasti kebanyakan pendapat orang bola sepak mungkin akan merasakan perkara yang sama.”

Wartawan merasakan bahawa Mason mungkin merasakan pengadil terpengaruh dengan atmosfera di Anfield dan ia telah mempengaruhi keputusan Tierney untuk hanya melayangkan kad kuning kepada Jota dan, menjelaskan sama ada dia merasakan stadium itu adalah faktor, dia menambah: “Saya rasa soalan itu bukan untuk saya.”

“Saya rasa kami tidak faham keputusan itu, ia adalah satu keputusan yang besar, satu keputusan yang penting dan anda tidak boleh terlepas.’

“Saya merasa sukar dan mustahil untuk benar-benar memahami sebabnya. Sudah tentu kami sangat kecewa kerana kami datang ke sini hari ini dan mencipta begitu banyak peluang.”

“Pada hari lain kami pasti akan memenanginya dengan mudah dalam cara kami bermain hari ini tetapi Liga Perdana Inggeris, kamu perlu bersedia setiap perlawanan untuk bertarung.”

BACA:  Premier League 2022/23: Manchester United 2-1 Liverpool (Agregat 2-10)