Premier League 2022/23: Manchester United 2-1 Liverpool (Agregat 2-10)

Masuk minggu ketiga Premier League dunia bola sepak telah disajikan dengan perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai saban tahun iaitu North West Derby yang menemukan Liverpool dan Manchester United.

Selepas dua perlawanan, kedua-dua pasukan kelihatan sendu sedan di mana Liverpool sekadar seri dan Manchester United kalah tidak melawan dalam dua perlawanan awal.

Di atas kertas, Liverpool dilihat sebagai pilihan dengan prestasi buruk Setan Merah dan Liverpool walaupun seri gagah menyerang tapi tidak berbisa.

Setan Merah masih bergelut untuk menyelesaikan barisan pemain mereka dan telah membawa masuk Casemiro untuk memperkuatkan pasukan namun tidak lagi turun beraksi kerana baru tiba.

Liverpool yang dirundung masalah kecederaan telah menurunkan Harvey Elliott menggantikan Thiago Alcantara dan Roberto Firmino didepan lantan Darwin Nunez digantung kerana kad merah.

Tiada kelibat Harry Maguire, Freds, Cristiano Ronaldo, Alex Telles atau Luke Shaw dikesebelasan utama menentang Liverpool.

Anthony Elang, Tyrel Malacia diberikan peluang untuk beraksi. Rapahel Varane berganding dengan Lisandro Martinez, Rashford pula menjadi penyerang.

Sungguh lain macam corak permainan dipamerkan Manchester United, semua pemain seolah-olah sudah kembali pandai bermain bola sepak.

Antony Elanga hampir membuka tirai jaringan apabila melakukan satu percubaan ke gawang terbuka ketika Alisson telah naik ke atas.

Nasib Liverpool baik, lencongan dilakukan Elanga tiada cacat cela lagi tetapi dinafikan tiang.

Pada minit ke-16, Setan Merah telah berada dihadapan melalui jaringan Jadon Sancho dengan satu gelekan padu di kotak Liverpool.

Jamers Milner cuba menghadang percubaan palsu Sancho yang menarik kembali kaki dan menggelecek sebelum melepas rembatan kaki kiri.

Virgil Van Dijk dikritik hebat pengulas di studio kerana tidak membantu pertahanan malah telah memblokir pandangan Alisson.

Luis Diaz dilihat berfungsi dengan baik seperti biasa namun gagal menghadirkan ancaman berbahaya dan Bruno Fernandes mewujudkan bahaya mungkin satu tribute kepada Harry Maguire.

Bruno Fernandes telah menyepak bola ke gawang sendiri mujur terkena Lisandro Martinez di atas garisan dan dengan pantas dikeluarkan.

Liverpool terus menguasai permainan sehingga 75 peratus selepas setengah jam perlawanan namun gagal untuk menghadirkan sebarang percubaan tepat hingga tamat 45 minit pertama.

Senjata Rahsia, Anthony Martial dimasukkan Erik Ten Hag sejurus separuh masa kedua bermula bagi menggantikan Anthony Elanga bagi menambah sengat.

Anthony Martial yang baru kembali dari kecederaan tidak dapat untuk diturunkan lebih awal kerana tahap kecergasan tidak cukup untuk 90 minit dan bagi mengelakkan kecederaan berulang.

Liverpool berterusan menekan untuk mencari gol penyamaan dan sudah pasti mahukan kemenangan menentang pasukan tercorot.

Ternyata kemasukkan Anthony Martial memberi impak segera dan sesuai dengan gelarannya sebagai senjata rahsia.

Marcus Rashford menggandakan kedudukan pada minit ke-54 dengan satu serangan balas pantas dengan hantaran sedap Anthony Martial berjaya melepasi perangkap offside.

Seperti lipas kudung, Marcus Rashford melarikan bola dalam situasi satu lawan satu dengan Alisson Becker yang akhirnya tewas buat kali kedua.

Untuk memuaskan hati penyokong Liverpool dari unsur keraguan, Video Assistant Referee (VAR) membuat penelitian dan tiada unsur offside dan gol kekal.

Tidak lama berselang, Manchester United datang lagi dengan Raphael Varane mempamerkan skill dengan menimang bola di depan gawang Liverpool.

Kemudian Varane telah menolak bola kepada Rashford untuk satu percubaan namun Alisson Becker berjaya menepis keluar.

Bruno Fernandes pula mencuba dengan satu tendang sisi bersahaja tanpa melihat ke gawang namun Alisson sudah bersedia menangkap kemas.

Memasuki minit ke-70, Liverpool masih lagi gagal mencari gol untuk mengurangkan defisit. Situasi bertambah sukar buat Liverpool apabila Fred pula masuk menggantikan Jadon Sancho.

Bruno Fernandes telah dilayangkan kad kuning selepas melakukan simulasi yang tidak perlu.

Lisandro Martinez mengundang bahaya ke gawang sendiri namun David De Gea tidak membuat aksi kelakar dalam perlawanan ini dan bermain dengan serius.

Pada minit ke-82 Mohamed Salah akhirnya berjaya merapatkan kedudukan dengan satu sundulan jarak dekat hasil satu bola muntah.

Peluang untuk Liverpool mencipta aksi kebangkitan luar biasa ketika Manchester United memilih untuk bertahan dan menanti peluang untuk melancarkan counter attack.

Pada minit ke-85, Erik Ten Hag melakukan 3 pertukaran serentak melengkapkan kuota pertukaran 5 pemain.

Cristiano Ronalod, Donny Van De Beek dan Aaron Wan Bissaka masuk menggantikan Marcus Rashford, Diogo Dalot dan Cristian Eriksen.

Kemasukan Fabinho, Fabio Carvalho dan Kostas Tsimikas dengan mengeluarkan Jordan Henderson, James Milner dan Andy Robertson gagal memberi impak diharapkan.

Manchester United cuba menambah lagi jaringan sehingga ke detik akhir tetapi tiada jaringan tambahan hadir.

Kejutan besar berjaya dilakar Manchester United jika dilihat kepada dua perlawanan awal mereka yang teramat kelakar.

Kemenangan ini juga telah melonjakkan Setan Mereka ke tangga ke-14 Premier League sekaligus keluar dari tempat tercorot, dua tangga di hadapan Liverpool ditempat ke-16.

Manchester United: de Gea, Dalot, Varane, Martinez, Malacia, Eriksen, McTominay, Elanga, Bruno Fernandes, Sancho, Rashford.

Simpanan: Maguire, Ronaldo, Martial, Fred, Heaton, Shaw, Wan-Bissaka, van de Beek, Garnacho.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, van Dijk, Robertson, Milner, Henderson, Elliott, Salah, Firmino, Diaz.

Simpanan: Fabinho, Adrian, Tsimikas, Carvalho, Clark, Bajcetic, Phillips, van den Berg, Davies.

Referee: Michael Oliver (Northumberland).

Premier League 2021/22: Liverpool 4-0 Manchester United (Agg. 9-0)

North-West Derby yang melagakan Manchester United dan Liverpool merupakan antara Derby terhebat dalam bola sepak yang sentiasa panas dengan aksi-aksi yang menggempar.

Jika mahu diharapkan kepada kesengitan perlawanan lebih baik tidak kerana jika dilihat kepada prestasi Manchester United kini yang senak teruk menentang pasukan tercorot.

Liverpool pula berada dalam landasan terbaik meraih empat kejuaraan musim ini di mana gelaran League Cup sudah lama berada dalam genggaman. Tiga lagi diburu.

Pada perlawanan pertama dunia telah dipertontonkan bagaimana Liverpool telah membelasah Setan Merah dengan lima gol tanpa balas di Old Trafford pula tu.

Kemeriahan masih ada kerana dua pasukan ini mempunyai bilangan penyokong antara terbanyak dari seluruh pelusuk dunia termasuklah Gua Musang dan Kodiang.

Perlawanan ini agak kental buat Manchester United, Cristiano Ronaldo tidak dapat diturunkan ekoran kematian salah seorang bayi kembar yang baru dilahirkan.

Bruno Fernandes yang mengalami kemalangan beberapa hari lalu dapat diturunkan kerana tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

Ralf Rangnick bermain dengan tiga pertahanan mengganding Harry Maguire, Phil Jones dan Victor Lindelof dengan formasi 3-5-2 untuk bermain digarisan tinggi.

Pada minit kelima dunia menyaksikan Liverpool sudah pun berada dihadapan dengan satu hantaran dari sebelah kanan Mohamed Salah mudah ditolak masuka Luis Diaz.

Percubaan pertama Liverpool dalam perlawanan ini terus membuahkan hasil dan tindakan bodoh dari Trent Alexander Arnold membuatkan David De Gea koyak.

Permainan di garisan tinggi dari Manchester United dengan begitu mudah mengundang padah.

Tatkala gol terhasil Trent Alexander Arnold menendang bola yang sipi-sipi laju ke muka David De Gea. Mau tak marah kena gitu.

Selepas tujuh minit permainan seperti dirancang, penyokong Liverpool telah memberikan tepukan khas kepada Cristiano Ronaldo selama seminit.

Tepukan ini diberikan kepada Cristiano Ronaldo sebagai tanda sokongan moral apabila pemain Portugal itu telah kehilangan bayi lelakinya selepas dilahirkan.

Malang terus menimpa Manchester United apabila terpaksa membuat pertukaran awal, minit ke-10 Paul Pogba yang mengalami kecederaan dikeluarkan dan Jesse Lingard masuk menggalasan tanggungjawab.

Liverpool langsung tidak memberi peluang Manchester United bernafas untuk tempoh 20 minit pertama.

Hantaran genius berwawasan tinggi dari Sadio Mane tepat menemui Mohamed Salah yang melakukan larian dan mudah buat pemain Mesir itu menggandakan kedudukan.

Sungguh indah permainan Liverpool yang saling bertukar hantaran untuk mencipta ruang dan peluang dengan hantaran membunuh yang tak leh bawa bincang.

Pada minit ke-35 gol ketiga Liverpool hadir sekali lagi melalui Luis Diaz mujurlah Diaz sudah berada dalam kedudukan offside ketika menerima hantaran Fabinho.

Liverpool kemudian dilihat mengendur tempo permainan melihat Setan Merah sudah mati kutu dengan permainan santai seperti sesi latihan.

Separuh masa kedua barulah Manchester United seperti sudah pandai bermain bola dan cuba menekan Liverpool walaupun tak bahaya. Dapat masuk kotak kira hebat la tu.

Kehadiran Jadon Sancho yang menggantikan Phil Jones memberi sedikit nafas buat Setan Merah yang berpotensi untuk ditidurkan.

Bruno Fernandes membazirkan sepakan percuma dengan membuat hantaran lemah yang terus menuju kepada Alisson Becker. Berkerut dahi Rangnikc melihatnya.

https://fb.watch/cuTfgQ26Vi/

Marcus Rashford gagal menyudahkan hantaran Sancho yang cantik ketika hanya berdepan dengan Alisson Becker sahaja dan tindakan susulan Anthony Elanga juga lemah.

Manchester United kehilangan bola dan Andrew Robertson melakukan serangan balas pantas menghantar bola kepada Luis Diaz yang terus melorongkan bola kepada Sadio Mane.

Tiada masalah untuk Sadio Mane mempamerkan satu penyudah yang tajam menewaskan De Gea buat kali ketiga. Pertanan Setan Merah hanya mampu melihat.

Hannibal Mejbri masuk menggantikan Elanga dan terus memberikan impak segera apabila kehilangan bola untuk Liverpool melancarkan serangan.

Diogo Jota tenang menghantar kepada Mohamed Salah untuk disudahkan bagi menjadikan kedudukan 4-0.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Robertson, Henderson, Fabinho, Thiago, Salah, Mane, Diaz.

Simpanan: Konate, Milner, Keita, Gomez, Jones, Jota, Tsimikas, Origi, Kelleher.

Manchester United: de Gea, Jones, Maguire, Lindelof, Dalot, Pogba, Matic, Wan-Bissaka, Elanga, Rashford, Bruno Fernandes.

Simpanan: Bailly, Mata, Lingard, Sancho, Henderson, Alex Telles, McTominay, Mejbri, Garnacho.

Pengadil: Martin Atkinson (W Yorkshire).

Manchester United 0-5 Liverpool

Banyak perlawanan derby yang hebat berlangsung malam ini dari pelbagai liga di negara Eropah menjadikan ahad ini sebagai super sunday yang sebenar dan sudah pasti North West Derby ini paling dinanti-nanti.

El Clasico diantara Real Madrid dan Barcelona berlangsung lebih awal, Ajx vs PSV, Roma Napoli, Inter vs Juventus dan Marseille vs PSG antara perlawanan yang sedap di hari ahad.

Seawal minit kelima Liverpool sudah dihadapan hasil jaringan mudah dan sangat menganjing dari Naby Keita selepas menyempurnakan hantaran bersahaja Mohamed Salah.

Entah apa yang terjadi kepada pertahanan Machester United, Aaron Wan-Bissaka, Victor Lindelof dan Harry Maguire ke laut, hanya Luke Shaw berdepan dengan Mohamed Salah.

Tindakan Luke Shaw yang sedikit lambat naik menyebabkan Salah tidak offside dan mudah menghantar bola kepada Naby Keita.

Mohamed Salah mencuba dengan satu rembatan namun tersasar. Manchester United kembali membalas dengan satu rembatan kencang juga sipi-sipi tersasar ke sebelah kiri gawang.

Kesilapan Harry Maguire yang melanggar Luke Shaw menyebabkan Naby Keita terlepas dan menghantar bola terus kepada Trent Alexander Arnold yang berada di kanan.

Trent Alexander Arnold terus menghantar hantaran rendah ke dalam kotak penalti yang pantas disambar oleh Diogo Jota untuk gol kedua.

Selepas 14 minit, Manchester United sudah ketinggalan dua gol.

Pada minit ke-24 perlawanan dihentikan kerana pemain veteran, James Milner mengalami kecederaan lalu terus dikeluarkan digantikan dengan Curtis Jones.

Mason Greenwood melakukan satu percubaan menarik selepas memperdayakan Andrew Roberton namun percubaan itu tenang ditepis keluar oleh Allison Becker.

David De Gea melakukan aksi menyelamat yang hebat dalam situasi satu lawan satu dengan Mohamed Salah yang berjaya lolos hasil satu lagi kesilapan pemain sendiri.

Teruk pertahanan Manchester United di ayamkan, Mohamed Salah mencuba berjaya dihadang dan bola sampai kepada Naby Keita yang terus menyuap kepada Salah untuk gol ketiga.

Kekoyakan mula terjadi, Cristiano Ronaldo telah menendang Curtis Jones dan kekecohan yang hampir membawa kepada pergaduhan tercetus sehingga perlawanan dihentikan.

Cristiano Ronaldo dikenakan kad kuning atas tindakan tidak cerdik itu dan permainan kembali bersambung. Selepas gol kedua Liverpool, Setan Merah terus mati akal.

Mohamed Salah menjaringkan gol keempat, satu lagi gol mudah sebelum tamat separuh masa pertama yang juga berpunca dari kebaraian akibat tidak teraturnya barisan pertahanan Manchester United.

Bersambung babak kedua, Mohamed Salah terus menjaringkan gol kelima Liverpool dan hatrik buat dirinya selepas mudah menyempurnakan hantaran sedap Jordan Henderson.

Gol berpunca daripada kesilapan Paul Pogba yang baru masuk menggantikan Mason Greenwood yang kehilangan bola mudah kepada Jordan Henderson ditengah padang.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pengubat hati selepas menerima hantaran daripada Harry Maguire dengan satu gerakan dan rembatan padu.

Namun penilaian dari Video Assistant Referee (VAR) menyaksikan Cristiano Ronaldo offside dan gol tersebut telah dibatalkan.

Pada minit ke-60 bala menimpa Manchester United kerana terpaksa bermain dengan 10 pemain, Paul Pogba telah dilayangkan kad merah selepas mengasari Naby Keita.

Anthony Taylor melayangkan kad kuning pada awalnya namun selepas merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) keputusan itu diubah kepada kad merah.

Jelas tinggi tapak kaki yang diangkat oleh Paul Pogba, Naby Keita terus dikeluarkan dan terpaksa diusung.

Bermain 10 orang menjadikan Manchester United tampak lebih tenang dan lebih berakal, Liverpool masih tidak puas dan masih dahagakan gol.

Trent Alexander Arnold datang dengan satu rembatan kencang namun berjaya ditepis keluar David De Gea untuk sepakan penjuru yang tidak membuahkan hasil.

Edison Cavani hampir saja menjaringkan gol saguhati namun tolakannya dari jarak dekat telah hinggap ke palang dan tidak melepasi garisan gol.

Kedudukan lima gol tanpa balas kekal sehingga tamat perlawanan. Manchester United bermain lebih baik dengan 10 orang atau Liverpool sekadar menanti masa permainan tamat?

North West Derby yang selalunya berlangsung sengit nyata tidak menjadi kenyataan namun sangat menghiburkan dengan penguasaan Liverpool yang menakluk perlawanan dengan penuh bergaya.

Kad merah Paul Pogba, aksi kekasaran tidak masuk akal Cristiano Ronaldo yang menyebabkan kekecohan pemain yang hampir membawa kepada pergaduhan masih lagi wujuh dalam derby ini.

Kesebelasan Utama Man Utd (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; Greenwood, Bruno Fernandes, Rashford; Ronaldo.

Pemain Simpanan : Henderson, Bailly, Dalot, Lingard, Matic, Pogba, van de Beek, Cavani, Sancho.

Kesebelasan Utama Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson; Keita, Henderson, Milner; Salah, Firmino, Jota.

Pemain Simpanan : Adrian, Mane, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Tsimikas, Origi, Matip.

Pengadil Perlawanan: Anthony Taylor.

BACA:Β  Lima Pemain Manchester United Yang Paling Berprestasi Musim Ini