Setiap Pemain Arab Saudi Dapat Rolls Royce Phantom Bernilai RM2 Juta

saudi rolls royce

Setiap pemain Arab Saudi bakal mendapat sebuah kereta jenama mewah Rolls Royce Phantom yang bernilai RM2 juta ($450,000) selepas mencatatkan kemenangan bersejarah ke atas Argentina.

Hadiah ini adalah pemberian daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman Al Saud atas kecemerlangan skuad Arab Saudi di Stadium Lusail.

Harga sebuah Rolls Royce Phantom bermula pada RM2 juta ($450,000) dan boleh mencecah sehingga RM2.5 juta ($550,000) dan harganya pasti berbeza mengikut negara.

Jika mengikut carian Google harga Rolls Royce Phantom di Arab Saudi adalah sekitar RM3.6 juta sebuah.

Walaupun baru melalui satu perlawanan dan merekodkan satu kemenangan, ia sudah cukup untuk skuad Arab Saudi mendapat penghargaan daripada Kerajaan Arab Saudi.

Arab Saudi menjadi negara Asia pertama yang berjaya menewaskan Argentina di pentas Piala Dunia dan perlawanan itu dinobatkan antara kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia.

Melalui laporan oleh Goal, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman dikatakan berkenan untuk menghadiahkan setiap pemain sebuah Rolls Royce Phanton kerana pencapaian luar biasa itu.

Perkhabaran tersebut sudah pun mulai dikongsi oleh beberapa individu ternama di Arab Saudi seperti usahawan India, Suhel Seth yang mengesahkan perkara tersebut.

“Perlawanan Apakah ini! MBS kini akan memberi setiap pemain KSA TEAM sebiji Rolls Royce setiap seorang sebagai tambahan kepada satu bilion dolar SETIAP seorang kerana menang menentang Argentina!”

Namun hadiah wang tunai satu bilion dolar adalah sangat tidak masuk akal. Boleh borong Manchester United dan Liverpool tu.

Seorang doktor gigi di Arab Saudi, Awab Alvi yang juga pempengaruh media sosial turut mengesahkan perkara yang sama.

“BREAKING: MBS telah mengumumkan Rolls Royce Phantom kepada setiap ahli pasukan setelah mengalahkan ARG #FIFAWorldCup #SAvsARG”

“#SaudiArabia 🇸🇦 memberikan kejutan besar pertama #FIFAWorldCup”

Sebelum ini Raja Salman telah mengumumkan cuti umum di negara Timur Tengah itu bagi meraikan kemenangan bersejarah ke atas juara dunia dua kali itu.

Percutian itu terpakai kepada semua yang berada di sektor awam dan swasta, serta pelajar di negara ini.

Kemenangan Arab Saudi ke atas Argentina telah menjadi antara kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia ketika Argentina diletakkan antara pasukan kegemaran untuk muncul juara.

Ketika dunia meramalkan Lionel Messi dan rakan-rakan akan berpesta gol menentang Arab Saudi, perkara sebaliknya telah terjadi dan ramai masih tidak percaya.

Skrip untuk Argentina berpesta gol tampak seakan menjadi realiti apabila Lionel Messi meletakkan La Albiceleste di hadapan seawal minit ke-10 melalui sepakan penalti.

Messi menjadi pemain Argentina pertama menjaringkan gol dalam 4 edisi Piala Dunia yang berbeza. GOAT! Penalti itu diberikan selepas Paredes dijatuhkan dalam kotak penalti.

Terdapat beberapa gol Argentina tidak dibenarkan dalam perlawanan ini dan Arab Saudi bangkit pada separuh masa kedua hasil jaringan Saleh Alshehri dan Salem Aldawsari.

Antara faktor kebangkitan Arab Saudi adalah kerana kehadiran penyokong mereka yang membanjiri stadium mengatasi penyokong Argentina kerana jarak yang dekat Arab Saudi dengan Qatar.

Selepas menewaskan salah satu pasukan kegemaran kejohanan, Arab Saudi pasti akan lebih yakin dan tidak menunjukkan rasa takut ketika mereka cuba untuk melepasi peringkat kumpulan ke pusingan kalah mati.

Keputusan seri antara Poland dan Mexico memberi kelegaan kepada Argentina dan memberi sedikit kelebihan buat Arab Saudi.

Pasukan Argentina kini perlu memenangi perlawanan kedua mereka untuk mengelak daripada balik awal. Ianya bukan penamat yang dimahukan Messi, kerana dia sudah menyatakan bahawa ini adalah Piala Dunia yang terakhir untuknya.

Arab Saudi pastinya berbangga dengan kemenangan bersejarah ini. Ianya dianggap salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia. Kesemua pemain Arab Saudi bermain di Liga Pro Arab Saudi.

Berbanding Argentina yang beraksi di kelab kelab besar di Eropah dan Amerika Selatan serta dibarisi beberapa pemain handalan dunia selain Lionel Messi.

Baca Juga

Baca Juga