Piala Dunia 2022: Argentina Berkicap Di Tangan Arab Saudi

Bak kata orang hero biasanya kalah dulu. Mungkin itu perumpamaan terbaik menggambarkan Argentina.

Mereka dikejutkan pasukan yang dianggap paling lemah dalam kumpulan mereka iaitu Arab Saudi.

Arab Saudi tidak menyangka bahawa hari ini adalah hari untuk mereka mencipta sejarah unggul dalam bola sepak.

Skuad bimbingan Lionel Scaloni turun dengan penuh keyakinan selaku pasukan pilihan juara. Mereka memiliki Lionel Messi, Di Maria dan Lautaro Martinez di serangan.

Segalanya bermula dengan sangat sempurna buat Argentina. Mendapat penalti seawal minit ke-10 yang disudahkan oleh Lionel Messi.

Messi menjadi pemain Argentina pertama menjaringkan gol dalam 4 edisi Piala Dunia yang berbeza. GOAT!

Penalti itu diberikan selepas Paredes dijatuhkan dalam kotak penalti.

Argentina terus mendominasi lawan mereka dan mencari gol kedua. Tetapi penjaga gol Arab Saudi, Al Owais cemerlang menafikan beberapa siri percubaan mereka.

Lautaro Martinez terperasan dirinya sudah menambah gol kedua tidak lama kemudian. Namun penjaga garisan menaikkan bendera ofsaid.

Ianya satu gerakan cantik, kombinasi Lautaro Martinez dan Lionel Messi.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak kepada Abiceleste.

Bermula separuh masa kedua, Arab Saudi memberikan kejutan sebenar kepada Argentina. Mereka mulai melancarkan lebih banyak serangan ke kubu Argentina.

Selepas separuh masa pertama tanpa sebarang percubaan, akhirnya Arab Saudi memperoleh peluang pertama mereka. Dan percubaan pertama itu berakhir dengan gol.

Saleh Alshehri menerima bola dan merembat masuk melepasi jangkauan Emi Martinez di gawang gol pada minit ke-48.

Pemain pemain Argentina dan penyokong mereka ternyata benar benar terkejut dengan apa yang mereka saksikan.

Mereka tidak menyangka Arab Saudi akan membolosi mereka.

5 minit kemudian, iaitu pada minit ke-53, Arab Saudi kerasukan roh Barcelona era tiki taka, di mana mereka bermain di dalam kotak penalti dengan mengatasi lawan mereka.

Salem Aldawsari menggelecek lawannya sebelum melepaskan rembatan lencong ke far post yang langsung tidak memberikan peluang kepada Emi Martinez.

Geram dengan pasukannya diperkotak katikkan Arab Saudi, Messi cuba terus membalas. Namun dia tak sempat melepaskan percubaan dan bola dikeluarkan lawan dengan satu sliding tackle cantik.

Pemain gantian, Lisandro Martinez hampir menyamakan kedudukan untuk Argentina, tetapi Al Owais dengan cemerlang menepis bola dengan penyelamatan bijak.

Owais turut menafikan percubaan Angel Di Maria dan Julien Alvarez. Penjaga gol Arab Saudi itu benar benar bersemangat mahu melihat Messi dan Argentina menangis pada perlawanan pertama.

Pengadil memberikan masa tambahan 9 minit. Namun ianya berlaruhan sehingga 14 minit kerana beberapa aksi melengahkan perlawanan oleh Arab Saudi.

14 minit yang diberikan pengadil pun masih tak mampu untuk Argentina menembusi Arab Saudi di gawang mereka.

Akhirnya mereka akur dan kalah 0-2 di tangan Arab Saudi.

Kekalahan pertama Argentina dalam perlawanan di mana Lionel Messi menjaringkan gol sejak 2009 yang terakhir, ketika itu menentang Sepanyol dan Messi masih lagi muda bergetah.

Pasukan Argentina kini perlu memenangi perlawanan kedua mereka untuk mengelak daripada balik awal. Ianya bukan penamat yang dimahukan Messi, kerana dia sudah menyatakan bahawa ini adalah Piala Dunia yang terakhir untuknya.

Arab Saudi pastinya berbangga dengan kemenangan bersejarah ini. Ianya dianggap salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia. Kesemua pemain Arab Saudi bermain di Liga Pro Arab Saudi. Berbanding Argentina yang beraksi di kelab kelab besar di Eropah dan Amerika Selatan.

BACA:ย  Salt Bae Akhirnya Buka Mulut Mengenai Kontroversi Dirinya Di Piala Dunia