Saga pemilikan Manchester United kini memasuki fasa terakhir dan ucapan tahniah yang diterima Sheikh Jassim daripada usahawan Qatar menimbulkan spekulasi keluarga Glazer telah melepaskan pegangannya kepada Emir Qatar itu.
Sebelum ini Sheikh Jassim dan Sir Jim Ratcliffe terlibat dalam perang bidaan untuk mendapatkan kelab paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris itu.
Ketika proses bidaan dimulakan sejak beberapa bulan lalu, sembilan pihak dilaporkan melakukan bidaan termasuk Sheikh Jassim dan Sir Jim Ratcliffe yang tampil sebagai dua pembida utama memasuki peringkat akhir.
Congratulations to Shaikh Jassim Bin Hamad Bin Jassim on his acquisition of @ManUtd
نبارك للشيخ جاسم بن حمد على نجاح صفقة نادي مانشستر يونايتد#qatar #ManUnited #ManchesterUnited #QatarInAtManchesterUnited #SheikhJassimInAtManUtd pic.twitter.com/xQbA9hSect
— Zaid Al-Hamdan (@zaidmalhamdan) June 12, 2023
Sebuah laporan daripada media Qatar, Al-Watan mendakwa proses tersebut kini telah tamay dan Sheikh Jassim tampil sebagai pemenang.
Zaid Al-Hamdan yang merupakan seorang usahawan dan Naib Pengerusi Majlis Usahawan Qatar di Kanada selain pengerusi Kumpulan Armasite turut telah memuat naik ucapan tahniah atas kejayaan Sheikh Jassim di sosial media.
🚨 BREAKING: Sheikh Jassim deal for Manchester United !
▪️The decision has been made and it will be announced by Glazer in the next hours !
▪️Qatar bid to acquire #mufc includes all of the club stock and will result in a full exit from the New York Stock Exchange (NYSE). pic.twitter.com/X7mR1ihUmZ
— David Ornstein (@David_Onrstein) June 9, 2023
Ucapan tahniah tersebut kemudiannya turut disusuli ucapan yang sama oleh adik kepada Sheikh Jassim.
Adakah ini bermakna Sheik Jassim kini adalah pemilik baharu Manchester United?
🚨 BREAKING!
There’s been a spike in Manchester United PLC stocks, which means NYSE have reacted to something they’ve heard about the takeover.
This is coming after an organisation owned by Sheikh Jassim’s father announced that Qatar have been successful with their bid. pic.twitter.com/sNmBCnoLcC
— UF (@UtdFaithfuls) June 12, 2023
Di sebalik khabar angin tersebut, pihak Qatar dan Manchester United masih senyap mengenai status kelab itu.
Kenaikkan nilai PLC Manchester United di Bursa Sham New York pada Isnin lalu turut mencetuskan spekulasi kelab itu kini sudah bertukar hak milik.