Siapakah gerangannya Goncalo Ramos yang meledak hatrik di pentas Piala Dunia 2022 buat Portugal yang menyaksikan Cristiano Ronaldo sepertinya tidak lagi relevan untuk berada dalam kesebelasan utama Portugal.
Kejutan yang dijangka telah terjadi apabila Fernando Santos menepati jangkaan awal untuk tidak menurunkan Cristiano Ronaldo dalam skuad permulaan menentang Switzerland.
Pemain muda berusia 21 tahun, Goncalo Ramos turun sebagai pengganti ketua pasukan Portugal itu dan lilitan kapten telah diberikan kepada Pepe.
Fernando Santos menyatakan bahawa Ronaldo telah digugurkan bukanlah kerana atas sebab masalah disiplin ekoran kontroversi ketika menentang Korea Selatan.
With 3 goals and 1 assist, Gonçalo Ramos is the first person to register 4+ goal involvements in a single WC game since Oleg Salenko (6 vs. Cameroon in 1994).
Salenko never appeared for Russia again…
We highly doubt that will be the case for Gonçalo Ramos #FIFAWorldCup pic.twitter.com/wy6WpAusnu
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) December 6, 2022
Bagi pengurus Portugal semua ini dilakukan atas sebab taktikal demi mencari kemenangan bagi melayakkan diri ke suku akhir, Portugal menjadi keutamaan bukannya individu.
Percaturan Fernando Santos menjadi dan membuahkan hasil apabila Goncalo Ramos mencetak hatrik dan satu assist dalam kemenangan 6-1 penuh bergaya ke atas Switzerland.
Situasi ini sepertinya satu transisi yang menarik buat Portugal untuk tidak lagi bergantung kepada Ronaldo yang tidak memberi sebarang impak dalam tiga perlawanan awal.
Sebelum ini permainan Portugal hanya berpaksikan kepada satu titik fokus yang sama iaitu Ronaldo, sehabis daya bola perlu disuap kepada Ronaldo untuk dijaringkan.
Gonçalo Ramos' game by numbers vs Switzerland:
26 touches
7 passes completed
6 touches in opp. box
6 shots
5 shots on target
4 duels won
3 goals
2 chances created
1 assistDreamland. 🤩 pic.twitter.com/FBTj4d55W1
— Squawka (@Squawka) December 6, 2022
Seperti Perancis, Portugal merupakan pasukan yang mempunyai skuad depth yang bermutu dan berkualiti tinggi bagi hampir setiap posisi.
Tanpa kelibat Ronaldo, Portugal dapat dilihat beraksi lebih kepada satu unit dan bermain secara berpasukan dan pemain lain dapat menyerlahkan kualiti masing-masing.
Satu tinjauan dari media Portugal, A Bola mendapati bahawa 70 peratus peminat bola sepak Portugal bersetuju bahawa Ronaldo tidak perlu berada dalam kesebelasan utama adalah tepat.
Aksi Goncalo Gomez dan pasukan Portugal sendiri menunjukkan mereka tidak lagi perlukan Ronaldo tetapi tidak menidakkan jasa bakti pemain itu dan masing-masing memuji kepimpinan Ronaldo.
Rata-rata merasakan Goncalo Ramos patut terus diberikan peluang lantaran impaknya yang jauh lebih besar berbanding Ronaldo dewasa ini.
Siapa Goncalo Ramos
Nama Goncalo Ramos meledak dipentas bola sepak tertinggi dan teragung, Piala Dunia 2022 dan bumi Qatar menjadi saksi kepada sejarah ini dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Lusail yang berkapasiti 88,000 tempat duduk.
Beban menggunung telah diletakkan ke atas kepala Goncalo Ramos menggalas tugas wira Portugal dan pembawa harapan Portugal sejak sekian lama, Cristiano Ronaldo.
Gonçalo Ramos has 14 goals for Benfica this season.
Just needed his chance 🇵🇹 pic.twitter.com/0hJiIzPg59
— B/R Football (@brfootball) December 6, 2022
Fanboi Ronaldo pasti tidak berpuas hati dengan situasi ini yang menjadi beban tambahan kepada Goncalo Ramos dan segalanya terbukti selepas wisel penamat.
Produk Benfica
Goncalo Ramos merupakan pemain penyerang muda Benfica yang hadir ke Piala Dunia dengan rekod jaringan 14 gol dalam 22 penampilan merentasi semua kejohanan bersama Benfica.
Dengan usia sebegitu, rekod jaringan Ramos sudah cukup untuk menarik perhatian Fernando Santos menyenaraikan namanya di dalam skuad Piala Dunia Portugal.
Penghijrahan Darwin Nunez ke Liverpool dengan perpindahan mega bernilai £85 juta pada musim panas lalu membolehkan Ramos menjadi penyerang utama Benfica.
Graduan akademi Benfica itu nyata mempamerkan aksi mengagumkan dan tidak kekok mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan Darwin Nunez yang sendu teruk bersama Uruguay.
Gonçalo Ramos 22/23.
🦅Benfica:
☑️21 games
⏱️1445 minutes
⚽️14 goals
🅰️6 assists
📊directly involved in a goal every 72 minutes—
🇵🇹Portugal:
☑️4 games
⏱️105 minutes
⚽️4 goals
🅰️2 assists
📊directly involved in a goal every 18 minutesAbsolutely on fire! 🔥 pic.twitter.com/zASZN632hf
— Football Talent Scout – Jacek Kulig (@FTalentScout) December 6, 2022
Hatrik pertamanya dalam kerjayanya datang pada bulan Ogos semasa Benfica menang 4–1 di tempat sendiri menentang Midtjylland dalam kelayakan Liga Juara-Juara.
Sebelum dia diberi kepercayaan dengan lebih banyak tanggungjawab bersama pasukan utama Benfica , pemain muda itu menjaringkan lapan gol untuk gergasi Portugal itu dalam 46 perlawanan musim lalu, termasuk gol Liga Juara-Juara menentang Liverpool.
Pada usia 19 tahu, Ramos membuat penampilan sulung bersama Benfica pada Julai 2020 dan menjaringkan dua gol dalam tempoh lapan minit sebagai pemain gantian di separuh masa kedua.
Tahun 2020, dia membawa pasukan remaja Benfica ke perlawanan akhir UEFA Youth League menentang Real Madrid, menamatkan kejohanan itu sebagai naib juara dan menjadi penjaring terbanyak bersama dengan lapan gol.
Karier Antarabangsa
Di peringkat antarabangsa, Ramos telah menjadi tonggak skuad remaja Portugal, mewakili negaranya dalam setiap peringkat umur sejak bawah 17 tahun.
Dia memainkan peranan penting dalam perjalanan Portugal ke final Euro U19 pada 2019, menjaringkan empat gol dalam lima penampilan muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan, termasuk hatrik menentang Republik Ireland.
Pada 20 September 2022, Ramos dipanggil ke pasukan senior buat kali pertama sebagai pengganti Rafa Silva yang bersara daripada bola sepak antarabangsa, untuk perlawanan Liga Negara-Negara UEFA 2022–23 menentang Republik Czech dan Sepanyol namun tidak dapat peluang beraksi.
Debut seniornya hadir semasa perlawanan persahabatan pra-Piala Dunia ketika Portugal menentang Nigeria, mempamerkan debut yang sempurna sebelum Piala Dunia dengan menajringkan satu gol dan satu assist dalam kemenangan 4-0.
With 3 goals and 1 assist, Gonçalo Ramos is the first person to register 4+ goal involvements in a single WC game since Oleg Salenko (6 vs. Cameroon in 1994).
Salenko never appeared for Russia again…
We highly doubt that will be the case for Gonçalo Ramos #FIFAWorldCup pic.twitter.com/wy6WpAusnu
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) December 6, 2022
Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Ramos telah diberikan dua penampilan singkat untuk mendapatkan minit permainan sekadar buat raso-raso ketika menentang Ghana dan Uruguay yang berjumlah kurang 10 minit.
Dan perlawanan menentang Switzerland mungkin boleh menjadi pencetus kepada kegemilangan karier Ramos namun masih awal lagi untuk diperkatakan dan jika dilihat kepada rekod perjalanannya kariernya dari remaja Ramos boleh menjadi yang terbaik jika dibimbing dengan betul.
Goncalo Ramos menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik selepas bermula dari kesebelasan utama pertama di Piala Dunia sejak Miroslav Klose melakukannya pada 2002.
Setakat ini, Goncalo Ramos membuat 4 penampilan bersama Portugal dengan 4 gol dihasilkan berserta dua assist. Rekod yang agak padu bukan?