Santos Akui Benci Tengok Ronaldo Tantrum Selepas Dikeluarkan vs Korea

santos ronaldo

Jurulatih Portugal, Fernando Santos telah mengakui bahawa dia benci dan tidak suka melihat perlakukan Cristiano Ronaldo yang tantrum tidak tentu hala selepas dikeluarkan dalam perlawanan menentang Korea Selatan.

Fernando Santos langsung tidak terkesan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ronaldo itu yang berkemungkinan akan tidak bermula dari kesebelasan utama menentang Switzerland.

Cristiano Ronaldo telah digantikan oleh Andre Silva pada minit ke-65 dan penyerang berusia 37 tahun itu menafikan selepas itu dia menyumpah seranah kepada Santos kerana mengeluarkannya.

Kapten Portugal, Ronaldo berkata, makian itu sebenarnya dibuat kepada pemain Korea Selatan yang memberitahunya supaya cepat meninggalkan padang.

Walau apa pun, Santos tidak berpuas hati dengan reaksi Ronaldo tetapi menegaskan isu itu telah diselesaikan menjelang pertemuan 16 terakhir Portugal vs Switzerland.

“Mari kita bahagikan jawapan ini kepada dua,” kata Santos pada taklimat akhbarnya pada hari Isnin.

“Sejurus selepas perlawanan, saya bercakap dalam satu pebincangan pantas dan kemudian pergi ke sidang akhbar dan di sana saya mengatakan sesuatu yang akan saya ulangi di sini: di atas padang, saya tidak mendengar apa-apa.”

“Saya terlalu jauh dan inilah sebabnya saya hanya melihat dia bertengkar dengan pemain Korea Selatan dan tidak ada yang lain.”

Pada awalnya, selepas perlawanan Santos membela Ronaldo dalam dalam sidang media terbaru, nadanya sedikit berubah dan menyatakan dia tidak suka selepasa melihat rakaman.

“Adakah saya sudah menonton rakaman itu? ya. Saya tidak menyukainya. Tidak menyukainya sama sekali.”|

“Dari situ, perkara yang akan anda selesaikan secara dalaman. Ia telah diselesaikan dengan cara ini dan sekarang kita memikirkan tentang perlawanan esok. Semua orang fokus pada permainan.”

Mengenai sama ada Ronaldo akan bermula menentang Switzerland berikutan insiden itu, Santos berkata:

“Saya hanya memberitahu pasukan yang akan bermain di bilik persalinan. Apabila kami berada di stadium mereka mengetahui tentang pasukan. Dan mereka tahu itu. Beginilah sejak saya sampai.”

“Saya akan memulakan pasukan yang saya fikir patut bermain. Itu yang saya lakukan sepanjang hidup saya. Saya ok dengan diri saya sendiri, tiada masalah. Saya tetap dengan hati nurani saya.”

Menurut laporan media, Santos seakan memberi bayangan tidak akan menurunkan Ronaldo dikesebelasan utama untuk perlawanan menentang Siwtzerland.

“Mungkin selepas perlawanan saya memikirkannya bahawa saya mungkin telah mengambil keputusan yang berbeza. Tapi dah jadi macam ni sejak aku sampai tahun 2014.”

“Saya hanya memikirkan apa yang baik untuk Portugal dan pasukan kebangsaan. Dan topik [Ronaldo] selesai, kami menyelesaikannya secara dalaman. Semuanya sudah beres.”

Portugal sudah pun layak ke pusingan kalah mati ketika perlawnan vs Korea Selatan dan kedudukan terikat 1-1 apabila Ronaldo dikeluarkan.

Media Portugal berkata, bekas penyerang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu menggunakan bahasa kesat terhadap Santos ketika dia meninggalkan padang.

Ronaldo juga dilaporkan berkata sesuatu kurang enak yang ditujukan kepada Santos dan dinilai telah berkata seperti:

“Dia tergesa-gesa untuk menghantar saya.”

Tetapi Ronaldo menafikan perkara itu selepas perlawanan dan menyatakan bahawa dia hanya bertengkar dengan pemain Korea:

“Apa yang berlaku ialah sebelum penggantian saya, pemain Korea Selatan itu memberitahu saya untuk turun dengan cepat. Saya suruh dia diam kerana dia tidak mempunyai kuasa itu.

“Tiada perselisihan faham [dengan Santos].”

Selepas perlawanan, yang dimenangi Korea Selatan hasil jaringan masa kecederaan oleh Hwang Hee-chan untuk menempah tarikh pusingan 16 terakhir untuk bertemu Brazil., Santos telah menyokong versi cerita dari Ronaldo.

Bagaimanapun, nampaknya selepas menonton ulang tayang rakaman tersebut Santos seperti telah mengubah pandangan dan nadanya juga berbeza malah benci melihat tantrum Ronaldo.

BACA:  Ballon d'Or Berikan Anugerah 2013 & 2016 Dimenangi CR7 Kepada Messi