Ballon d’Or Berikan Anugerah 2013 & 2016 Dimenangi CR7 Kepada Messi

Lionel Messi merupakan pemain menjadi pemenang Ballon d’Or terbanyak, iaitu sebanyak tujuh kali sepanjang sejarah penganjuran pemberian hadiah paling berprestij peringkat individu.

Malah kapten Argentina itu berpotensi untuk menambah jumlah koleksi trofi Ballon d’Or pada tahun ini setelah berjaya membawa Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 di Qatar pada Disember lalu.

Cristiano Ronaldo pula adalah pemenang kedua terbanyak anugerah tersebut sebanyak lima kali.

Kedua-dua pemain mendominasi senarai pemenang anugerah tersebut untuk lebih sedekad bermula pada 2008.

Anugerah tersebut bagaimanapun tidak dipertandingkan pada 2020 disebabkan situasi pandemik yang melanda dunia.

Namun untuk meraikan harijadi Messi yang jatuh pada 24 Jun (Sabtu), Ballon d’Or telah mengeluarkan fakta yang salah tahun bekas bintang Barcelona dan PSG itu pernah memenangi anugerah tersebut.

Messi pertama kali meraih anugerah Ballon d’Or pada 2009, sebelum memenanginya lagi pada tahun 2010, 2011, 2012, 2015, 2019 dan 2021.

Bagaimanapun dalam poster untuk mengucapkan ulangtahun kelahiran ke-36 pemain itu, Ballon d’or menyenaraikan tahun 2009, 2011, 2012, 2013, 2016, 2019, dan 2021.

Hakikatnya, pada tahun 2013 dan 2016, anugerah Ballon d’Or dimenangi oleh Ronaldo.

Bintang Portugal itu pertama kali memenangi anugerah Ballon d’or pada 2008 pada musim terakhirnya bersama Manchester United.

Pemain yang kini beraksi bersama Al Nassr di Saudi Pro League sekali lagi bergelar pemenang pada 2013, 2014, 2016, dan 2017 ketika bersama Real Madrid.

Agak aneh bagaimana Ballon d’Or melakukan kesilapan sedemikian. Apatah lagi anugerah tersebut diberikan oleh mereka sendiri.

Adakah mereka tidak menyimpan rekod dan senarai pemenang? Agak mustahil Ballon d’Or tidak memiliki simpanan rekod mereka sendiri.

Semakan lanjut kemudiannya mendapati pihak Ballon d’Or sebenarnya berpandukan fakta daripada carian google yang tersilap butiran pemenang.

Mungkin nak kerja senang, malas nak semak rekod sebenar, carian di google pun jadilah.

Kesilapan tersebut seolah-olah Ballon d’Or menyerahkan kemenangan Ronaldo pada 2013 dan 2016 kepada Messi.

BACA:  Ronaldo Akhirnya Buka Mulut Mengenai Punca Sebenar Beliau Tinggalkan Real Madrid