Ronaldo Akhirnya Buka Mulut Mengenai Punca Sebenar Beliau Tinggalkan Real Madrid

Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo akhirnya mendedahkan punca sebenar beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Dalam satu temu ramah ekslusif bersama majalah France Football, Ronaldo berkata beliau berbuat demikian kerana berasa dirinya tidak lagi dihargai Real Madrid dan presiden kelab, Florentino Perez.

Kerana berasa dirinya tidak dihargai seperti dulu, Ronaldo angkat kaki dan berkelana ke Itali

Ronaldo menyertai Real Madrid pada tahun 2009 dari Manchester United dalam perpindahan rekod dunia ketika itu, bernilai hampir £80 juta. Sepanjang 9 tahun bermain dengan Real Madrid, beliau berjaya membantu kelab tersebut memenangi 16 trofi secara keseluruhan, termasuk 4 trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau juga muncul penjaring terbanyak dalam sejarah Los Blancos dengan menjaringkan 450 gol. Walau bagaimanapun, selepas membantu Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut hujung musim lalu, Ronaldo mengeluarkan kenyataan yang beliau bersedia untuk mengubah haluan dan berpindah ke kelab lain.

Juventus membuat tawaran berjumlah £105 juta untuk mendapatkan Ronaldo dan akhirnya, mengenangkan jasa yang dicurahkan Ronaldo terhadap kelab tersebut selama ini, Real Madrid menerima tawaran tersebut.

Mulut cakap lain tapi hati siapa tahu. Selain hebat di atas padang, Ronaldo juga mempunyai kelebihan mengenalpasti isi hati seseorang

Ronaldo juga mendakwa perpindahan beliau ke Juventus tidak didorong dengan keinginan untuk mendapatkan duit lebih banyak.

“Perez hanya melihat saya sebagai dari segi hubungan bisnes sahaja. Saya tahu perkata tersebut. Apa yang beliau beritahu saya selama ini bukan datang dari hatinya.”

“Saya dapat merasakan pihak yang berada Real Madrid, terutamanya presiden, tidak lagi menganggap saya seperti ketika saya mula-mula tiba di kelab tersebut. 4 atau 5 tahun pertama saya di Real Madrid, saya dapat menjadi ‘Cristiano Ronaldo’ yang sebenar. Selepas daripada itu, ia bukan seperti dahulu lagi.”

Ronaldo semakin garang. Dua gol jaringannya bantu Juventus tewaskan Empoli minggu lalu

“Dari mata Perez, saya dapat tahu perkataan yang keluar dari mulut beliau tidak sama dengan hatinya. Ia seperti saya tidak diperlukan lagi. Situasi ini membuatkan saya terfikir untuk meninggalkan Real Madrid.”

“Kadang-kadang saya ada membaca berita dimana Real Madrid berkata saya meminta untuk berpindah. Ada sedikit kebenaran dalam berita tersebut tetapi mengikut pendapat saya, ia seperti Perez tidak kisah jika saya mahu keluar.”

“Jika saya berfikir tentang duit, saya akan pergi ke China dimana saya akan menerima duit 5 kali ganda lebih banyak dari apa yang saya terima di Juventus ketika ini atau Real Madrid.”

“Saya tidak datang ke Juventus semata-mata kerana duit. Saya masih menerima bayaran yang sama seperti yang saya terima di Real Madrid dahulu.”

Papa Perez curang

“Tetapi apa yang berbeza disini adalah Juventus sangat mahukan saya. Mereka beritahu saya dengan jelas. Juventus menunjukkan yang mereka benar-benar berminat untuk mendapatkan saya.”

Sejak berpindah ke Turin, Ronaldo cepat untuk menyesuaikan diri dan sehingga kini telah berjaya menjaringkan 7 gol dalam 10 perlawanan Serie A.

BACA:  Courtois Yakin Real Madrid Lebih Berpotensi Untuk Menjulang Gelaran Champions League Musim Ini