Courtois Yakin Real Madrid Lebih Berpotensi Untuk Menjulang Gelaran Champions League Musim Ini

Penjaga gol utama Real Madrid, Thibaut Courtois tampil mendedahkan yang beliau yakin Real Madrid mempunyai kelebihan untuk memenangi gelaran Champions League musim ini berbanding Liverpool.

Beliau merasakan yang Liverpool bakal berdepan laluan dan cabaran yang lebih sukar untuk menjuarai saingan Champions League musim ini berbanding Los Blancos.

The Reds pada ketika ini sedang bersaing rapat dengan Manchester City dalam mencabar gelaran Premier League.

Melihat kepada hal itu, Thibaut Courtois merasakan cabaran yang perlu Liverpool hadapi sebenarnya jauh lebih sukar berbanding Real Madrid.

Kedua-dua Real Madrid dan Liverpool akan turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim ini pada 28 Mei nanti di Paris.

Skuad Los Blancos itu telah berjaya melakukan comeback dan menyingkirkan tiga pasukan gergasi seperti Paris Saint Germain (pusingan 16 terbaik), Chelsea (suku akhir) dan Manchester City (separuh akhir).

Ketika aksi leg kedua mereka bertemu Manchester City di Santiago Bernabeu, Real Madrid berjaya melakukan comeback dengan memperoleh dua gol dalam tempoh satu minit untuk membawa perlawanan ke aksi tambahan masa.

Mereka turut melengkapkan comeback dengan mencatatkan kemenangan 3-1 menewaskan Manchester City di Santiago Bernabeu dan layak ke pentas perlawanan akhir menerusi keputusan aggregate 6-5.

Kemenangan Real Madrid menewaskan Manchester City berjaya membawa mereka ke aksi perlawanan akhir yang mana skuad kendalian Carlo Ancelotti itu bakal turun bertembung dengan The Reds.

Liverpool pula sementara itu berjaya layak ke perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Villarreal menerusi kemenangan aggregate 5-2 di peringkat separuh akhir.

Liverpool jelas sekali tiada masalah menyingkirkan Villarreal di peringkat separuh akhir walau mereka pada satu ketika hampir sahaja dikejutkan dengan kekalahan di tangan skuad Yellow Submarine itu.

Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois percaya yang Los Blancos mempunyai kelebihan di pentas perlawanan akhir nanti berbanding wakil Premier League itu.

Hal ini kerana beliau merasakan yang Liverpool perlu berdepan lebih banyak tekanan terutama kerana mereka mahu mengejar gelaran quadruple.

Bercakap kepada beIN sports, Courtois mendedahkan bahawa:

“Liverpool bermain dengan sangat menakjubkan sepanjang musim ini, jadi ia akan jadi satu perlawanan yang sangat sukar.”

“Satu-satunya hal yang baik untuk kami adalah kami dah tak bermain untuk mengejar apa-apa lagi, kami boleh dapatkan rehat lebih mencukupi untuk perlawanan itu, sementara mereka akan berjuang dalam saingan Premier League, jadi ia lebih sukar untuk mereka.”

“Walau bagaimanapun, kami perlu terus berlatih dan lakukan yang terbaik, dan saya harap kami akan menang.”

Memandangkan Real Madrid sudah sah dinobatkan sebagai Juara saingan La Liga musim ini, maka agak masuk akal juga untuk memikirkan apa yang cuba disampaikan oleh Thibaut Courtois itu.

Ia kerana Real Madrid jelas sekali tidak perlu lagi menurunkan skuad terbaik mereka untuk menghabiskan baki saingan musim ini kerana mereka sudah sah bergelar Juara.

Liverpool pula selain perlu beri tumpuan untuk aksi perlawanan akhir saingan Champions League, mereka juga sedang bersaing rapat dengan Man City untuk memenangi gelaran liga musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu ketika ini hanya satu mata sahaja dibelakang Manchester City dengan mereka kini hanya perlu hadapi empat perlawanan sahaja lagi sebelum berakhirnya kempen saingan musim ini.

Liverpool juga perlu memikirkan aksi dalam perlawanan akhir saingan FA Cup dengan mereka bakal turun berdepan Chelsea pada 14 Mei nanti.

The Reds dan The Los Blancos bakal bertembung pada minggu terakhir bulan Mei ini dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu dianggap sebagai pilihan utama kejohanan.

Liverpool memiliki jentera serangan yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan mereka turut mempunyai barisan pertahanan yang mantap serta pemain midfield yang kreatif.

Lebih menakjubkan lagi, skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga turut mempunyai barisan pemain yang sangat berkualiti di bangku simpanan mereka.

Real Madrid sementara itu memiliki skuad yang mempunyai mentaliti pemenang yang sungguh menakjubkan.

Mereka tidak mempunyai barisan pemain berkualiti seperti Liverpool namun pengalaman yang dimiliki oleh pemain mereka tak boleh dinafikan lagi sememangnya luar biasa.

Comeback ketika bertemu PSG, Chelsea dan Manchester City membuktikan yang Liverpool perlu berhati-hati untuk bertemu dengan skuad Real Madrid pada ketika ini.

Melihat kepada kualiti dan kemampuan yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan, jelas sekali aksi perlawanan akhir pada tahun ini akan sangat menarik untuk disaksikan.

BACA:  Unai Emery Kecewa Dengan Mutu Pengadilan Ketika PSG Tumpas Di Tangan Real Madrid