Sifat Tawadduk N’Golo Kante Diikuti Pemain Muda Chelsea

Sudah menjadi rahsia umum bahawa N’Golo Kante merupakan pemain yang paling tawadduk di Chelsea. Tatkala pemain bola sepak lain kelihatan bersaing menayangkan kereta mewah seperti Lamborghini, Mustang dan Mercedes, Kante dengan rendah hati memilih untuk memandu kereta murah di England – Mini Cooper.

Harga sebiji Mini Cooper di Englad adalah sekitar £25,000(RM137,000) bagi unit yang baru, tak termasuk modifikasi bumper dan lampu untuk menjadikan kereta ini kelihatan seperti Perodua Kelisa.

Kalau ikutkan gaji Kante yang bernilai lebih £100,000 seminggu, dia mampu membeli kereta yang lebih mahal dan mewah.

Sifat tawadduk Kante ini diambil iktibar dan diikuti oleh pemain muda, Charly Musonda yang turut memandu kereta keluaran Britain ini.

Musonda dengan Mini Coopernya | Gambar : The Sun

Gambar Musonda memandu Mini Countryman dirakam oleh paparazi ketika dia menyertai latihan Chelsea selepas bertugas untuk negara dalam kelayakan Piala Dunia 2018.

Turut dirakam ialah pemain Sepanyol, Alvaro Morata yang memandu Mercedes Benz, dan rakan senegaranya, Cesar Azpilicueta yang memandu kereta model yang sama.

Gambar : The Sun

Penjaga gol, Thibaut Curtois dilihat memandu kereta Cadillac Escalade yang bernilai £80,000.

Gambar : The Sun

Musonda yang menerima gaji sebanyak £18,000 seminggu di Chelsea kini mendapat perhatian daripada jurulatih, Antonio Conte di mana dia diturunkan dalam perlawanan Perisai Masyarakat menentang Arsenal dan juga perlawanan pertama liga musim ini ketika tewas kepada Burnley.

Pemain ini juga dikatakan bakal menjadi pemain utama Chelsea dalam tahun-tahun mendatang.

Rujukan : The Sun UK

Baca Juga

Baca Juga