Sistem Pinjaman Liverpool: Kunci Pembangunan Bakat Muda

Buat masa ini Ben Doak mungkin tidak kelihatan di Liverpool tetapi dia tetap berada dalam perancangan kelab itu.

Selepas Liverpool seri 3-3 menentang Newcastle United di St James’ Park pada Disember lalu, ketua eksekutif bola sepak Fenway Sports Group, Michael Edwards dan pengarah teknikal Liverpool, Julian Ward melawat Doak di pusat latihan Middlesbrough, Rockliffe Park.

Mereka berbincang dengan pemain sayap berusia 19 tahun itu serta ketua jurulatih Middlesbrough, Michael Carrick dan jurulatih pasukan utama, Jonathan Woodgate mengenai perkembangannya.

Doak menjadi antara pemain muda paling menyerlah dalam Championship pada musim ini dan menjadi contoh kejayaan sistem pinjaman Liverpool. Melalui 3 gol dan 7 bantuan gol dalam 24 penampilan, Middlesbrough terbukti sebagai tempat terbaik untuk membangunkan bakatnya. Middlesbrough sedang memburu tempat dalam saingan play-off.

Pada Januari lepas Liverpool telah menolak budaan daripada Crystal Palace (£15 juta) dan Ipswich Town (£16 juta). Liverpool mahu Doak kekal di Middlesbrough hingga hujung musim. Liverpool mahu dia kembali ke Kirkby dalam pra-musim nanti dan bersaing mendapatkan tempat dalam skuad utama di bawah Arne Slot.

Statistik Cemerlang di Liga Kejuaraan

Doak yang membuat debut bersama Scotland menentang Poland pada September lalu telah bermain selama 1,787 minit dalam bola sepak profesional Inggeris.

Data Liverpool menunjukkan dia melakukan lebih banyak larian membawa bola berbanding mana-mana di Championship. Satu-satunya pemain sayap yang mencipta lebih banyak hantaran penting per 90 minit sejak 2020 ialah Pablo Hernandez (bekas pemain Leeds United).

Dua lagi pemain muda Liverpool yang dipinjamkan, Lewis Koumas (Stoke City) dan Owen Beck (Blackburn Rovers) juga menunjukkan prestasi cemerlang di Championship.

  • Lewis Koumas: 1,928 minit permainan dalam 29 perlawanan, 3 gol dan 2 bantuan. Dia memiliki xG (expected goals) tertinggi bagi pemain bawah 20 tahun di posisi sayap sejak 2018 dan melakukan purata 13 pecutan setiap 90 minit.
  • Owen Beck: 1,860 minit dalam 23 perlawanan. Dia menunjukkan keupayaan tinggi dalam bertahan dan melakukan hantaran silang berjaya.

Prestasi luar biasa ketiga-tiga pemain muda Liverpool itu membuktikan kepentingan sistem pinjaman yang tepat serta sokongan yang diberikan oleh Liverpool kepada pemainnya semasa dipinjamkan.

Pentingnya Pinjaman untuk Pembangunan Pemain

Pengarah  pinjaman pemain Liverpool, Matt Newberry dinaikkan pangkat sebagai pengarah bakat global pada November tetapi masih bertanggungjawab ke atas pinjaman pemain sementara penggantinya ditemui.

Liverpool melihat pinjaman sebagai elemen penting dalam membangunkan pemain serta meningkatkan nilai mereka. Oleh itu, mereka melantik tiga individu untuk mengisi peranan penting dalam pengurusan pinjaman. Ia melibatkan tiga jawatan iaitu ketua pengurusan pinjaman, ketua laluan pinjaman dan penganalisis prestasi pinjaman.

Contoh pemain yang kembali lebih kuat selepas pinjaman termasuk:

  • Harvey Elliott (Blackburn Rovers)
  • Conor Bradley (Bolton Wanderers)
  • Jarell Quansah (Bristol Rovers)

Keputusan menghantar pemain secara pinjaman dibuat secara kolaboratif dengan Newberry, Richard Hughes (pengarah sukan), pembantu pengarah sukan David Woodfine (pembantu pengarah sukan), Arne Slot dan Aaron Briggs (jurulatih pembangunan individu).

Data juga memainkan peranan besar. Apabila kelab berminat mendapatkan pemain Liverpool secara pinjaman, faktor seperti rekod pengendalian pemain pinjaman, saingan dalam skuad peminjam serta gaya permainan kelab tersebut akan dikaji terlebih dahulu.

Bagi Doak, Liverpool memilih Middlesbrough kerana mereka yakin pasukan itu akan bersaing di peringkat teratas Championship dengan gaya menyerang yang membolehkan Doak banyak menyentuh bola di kawasan serangan.

Dorongan Liverpool kepada Pemain Pinjaman

Liverpool terus memantau dan menyokong pemain mereka walaupun mereka berada/dipinjamkan ke kelab lain. Newberry sentiasa berhubung dengan para pemain manakala pasukan sokongan termasuk Tony Jones (fisioterapi), Clare Farrell (pakar permakanan) dan Phoebe Lafferty (koordinator permakanan) membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar Liverpool.

Sebagai contoh Koumas, baru mula bermain secara tetap di peringkat senior walaupun musim Stoke tidak menentu. Dia bermain di bawah tiga pengurus yang berbeza tetapi prestasinya tetap menyerlah. Liverpool percaya pengalaman ini cukup berharga dalam membina daya tahan mental dan membuktikan kebolehannya bermain dalam pelbagai posisi.

Beck pula semakin matang selepas mendapat pengalaman di Blackburn. Dia pernah melalui pinjaman yang kurang berjaya di Famalicao (Portugal) dan Bolton tetapi kini dia lebih bersedia untuk menghadapi cabaran fizikal bola sepak profesional.

Dalam kes lain, Liverpool terpaksa menarik balik pemain dari pinjaman kerana kurangnya minit permainan, seperti:

  • Calvin Ramsay (Kilmarnock) – Dipanggil pulang dari Wigan Athletic.
  • Kaide Gordon (Portsmouth) – Berpindah dari Norwich City kerana kurang diberi peluang bermain.

Namun Liverpool tetap melihat pengalaman ini sebagai pengajaran berguna.

Impak Pinjaman terhadap Nilai Pemain

Selain pembangunan pemain, aspek kewangan juga memainkan peranan dalam pinjaman. Setiap perjanjian pinjaman berbeza dari segi yuran dan bahagian gaji yang ditanggung oleh kelab peminjam.

Liverpool juga menetapkan klausa penalti jika kelab peminjam gagal memenuhi perancangan yang dipersetujui untuk pemain. Namun Liverpool tidak akan menghukum kelab yang tidak menurunkan pemain kerana prestasi buruk atau masalah disiplin.

Walaupun pinjaman tidak selalu berjalan seperti yang dirancang, Liverpool percaya ia tetap memberikan manfaat dalam jangka panjang. Contohnya, Harry Wilson “gagal” dalam pinjaman di Crewe Alexandra tetapi akhirnya berkembang menjadi pemain bernilai £12 juta sebelum dijual ke Fulham pada 2021.

Pemain seperti Stefan Bajcetic juga mengalami perubahan dalam rancangan pinjaman. Dia pada asalnya dijadualkan kekal di Red Bull Salzburg hingga Jun tetapi selepas pemecatan Pep Lijnders, Bajcetic memilih untuk berpindah ke Las Palmas di La Liga. Liverpool masih melihatnya sebagai salah satu bakat muda paling menarik di Eropah.

Pemain lain yang hampir pasti tidak akan kembali ke Liverpool ialah Nat Phillips (Derby County) dan Rhys Williams (Morecambe). Namun mereka tetap menerima sokongan yang sama seperti pemain pinjaman lain.

Kesimpulan

Liverpool sangat mementingkan sistem pinjaman dalam membangunkan pemain dan memperkukuhkan skuad. Kejayaan Ben Doak, Lewis Koumas dan Owen Beck di Championship membuktikan keberkesanan strategi ini.

BACA:  Pemilik Nottingham Forest Serang Pengadil Yang Bantu Liverpool Menang