Akhirnya UEFA Minta Maaf Kepada Penyokong Liverpool Yang Ketakutan dan Tertekan di Paris

Penyokong Liverpool yang hadir ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA pada hari Sabtu lalu telah menerima satu permohonan maaf daripada UEFA – seminggu selepas kejadian yang menzahirkan rasa trauma di Paris.

Dalam insiden tersebut, beribu-ribu penyokong The Reds terperangkap dalam kekalutan dunia yang menyaksikan sepak mula perlawanan pasukan kesayangan mereka menentang Real Madrid tersebut ditunda sebanyak tiga kali selepas polis Perancis menggunakan gas pemedih mata.

Ketua eksekutif Liverpool, Billy Hogan telah menghantar senarai 13 persoalan khusus kepada UEFA dan badan bola sepak Eropah tersebut telah membuat permohonan maaf kepada kelab yang tewas kepada juara Sepanyol tersebut.

“UEFA dengan penuh ikhlas memohon maaf kepada semua penyokong yang terpaksa berhadapan atau menyaksikan kejadian yang menakutkan dan menyusahkan sebelum bermulanya perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA di Stade de France pada 28 Mei 2022 di Paris, di mana pada malam itu, sepatutnya menjadi keraian kepada kelab bola sepak Eropah,” kenyataan UEFA berbunyi.

“Tiada peminat bola sepak patut berdepan dengan situasi tersebut, dan ini tidak boleh berlaku lagi.

“Sebaik sahaja selepas kejadian, UEFA telah menubuhkan badan bebas untuk menyenaraikan segala kekurangan adn tanggungjawab kesemua pihak yang terlihat dalam menganjurkan perlawanan akhir tersebut, dan hari ini telah menerbitkan terma rujukan untuk isu ini.

“Badan bebas ini, yang diketuai oleh Dr Tiago Brandao Rodrigues dari Portugal, mensasarkan untuk memahami apa yang terjadi sebelum bermulanya perlawanan akhir dan menentukan apakah pengajaran yang boleh dipelajari untuk memastikan kejadian pada hari tersebut tidak akan berulang.

“Siasatan ini akan melihat kepada gambaran yang lebih besar dan jalur waktu kejadian yang berlaku pada hari tersebut, sama ada di dalam stadium atau kawasan sekitar, termasuk mengkaji aliran kemasukan penyokong ke stadium menerusi beberapa pintu.

“Selain itu, badan ini juga akan memerika kesemua pelan operasi yang berkait dengan keselamatan, aliran penyokong, tiket, serta beberapa perkara lain di bawah budi bicara pengerusi badan, dan akan melihat kepada perancangan dan kesiapsiagaan mereka yang terlibat dalam menganjurkan perlawanan akhir tersebut, termasuklah tapak perkumpulan tambahan seperti tempat pertemuan antara penyokong Liverpool FC dan Real Madrid CF.”

Menteri-menteri di Perancis turut meminta maaf di atas kekacauan tersebut tetapi Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, tetap menyalahkan menyatakan bahawa penyokong Liverpool patut bertanggungjawab di atas kekalutan pada hari Sabtu tersebut, yang telah menyebabkan lebih 5000 penyokong menghubungi kelab dalam tempoh 24 jam selepas itu.

Pada hari Khamis Hogan telah mengeluarkan kenyataan menerusi laman sesawang rasmi kelab yang berbunyi;

“Tiada siapa yang patut mengharungi detik yang penyokong kita terpaksa hadapi pada hari Sabtu. Mereka terpaksa merasai kesakitan, ancaman, kepiluan pada hari Sabtu dan seorang menteri Perancis pula mengatakan bahawa penyokong Liverpool adalah punca masalah – memang memalukan!

“Dengan adanya bukti menerusi video, gambar dan pengalaman infividu – bukan sekadar daripada penyokong Liverpool malah kesemua penyokong yang hadir pada hari perlawanan tersebut – media, ahli politik Inggeris, mereka yang terbang dari seluruh pelusuk dunia – yang dapat dilihat di kesemua media sosial dan media lain. Memang teruk betul!”

Pada masa yang sama, Real Madrid bergabung tenaga dengan The Reds dan memohon jawapan daripada UEFA dalam kenyataannya sendiri.

“Dengan apa yang berlaku pada 28 Mei di laman dan pintu masuk Stade de France, termasuk dalam stadium tu sendiri, Real Madrid CF dengan ini mempertahankan penyokong kami yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.

“1. Kami ingin tahu apakah yang faktor yang menjadi punca kepada pemilihan tempat perlawanan akhir dan apakah kriteria yang dikira dan diambil peduli tentang apa yang berlaku pada hari tersebut.

“2. Kami mahukan jawapan dan penjelasan yang membuatkan para penyokong terdedah kepada bahaya.”

Sumber : Mirror

BACA:  Fabinho Mahu Nabil Fekir Sertai Beliau Di Liverpool