Pemain muda Real Madrid, Vinicius Junior memainkan peranan penting ketika pasukannya menewaskan Girona 3-1 dalam saingan Copa Del Rey semalam, dengan aggregat 7-3. Kemenangan ini juga melayakkan Real Madrid ke pusingan separuh akhir Copa Del Rey.
Ketika era Julen Lopetegui, Vinicius jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan hanya diberikan peluang beraksi untuk skuad Castilla.
Namun sejak Santiago Solari menjadi pengurus Real Madrid, kelibat Vinicius semakin kerap dilihat dan sering mendapat peluang untuk menunjukkan potensi sebenar beliau bersama skuad utama. Vinicius nyata menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin apabila mempamerkan prestasi cemerlang sejak kebelakangan ini.
Vinicius berpindah ke Santiago Bernabeu dari Flamengo pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan yang agak tinggi iaitu sekitar €45 juta.
Setakat ini, beliau telah menjaringkan 3 gol dari 19 penampilan bersama Los Blancos dan dalam perlawanan menentang Girona semalam, Vinicius sekali lagi mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi memukau untuk membantu Real Madrid menang di tempat lawan.
Vinicius Jr plays with a mad level of confidence for his age #GironaRealMadrid pic.twitter.com/2cArEVIxB5
— Joseph Perry (@Liability_Perry) January 31, 2019
Keyakinan Vinicius kini berada di kemuncak berdasarkan persembahan yang ditunjukkannya di atas padang semalam.Pada satu ketika, beliau menggunakan skill ‘samba’ yang agak padu untuk memperdayakan dua pemain Girona !
Vinicius Jr last night. pic.twitter.com/VKYbdPQni6
— Sunny ⭐️ (@Its_SuNnYzzZ_77) February 1, 2019