Bekas pemain midfield Tottenham Hotspur, Jamie O’Hara percaya yang Arsenal sebenarnya langsung tak ada apa-apa, dan skuad mereka sekarang merupakan yang paling teruk dalam sejarah penubuhan kelab.
Selepas kekalahan 2-0 di tangan Chelsea di Emirates baru-baru ini, terdapat banyak pertikaian tentang kedudukan Mikel Arteta sebagai ketua jurulatih Arsenal.
Ia kerana Gunners dianggap telah melalui permulaan musim paling teruk dalam sejarah mereka sejak mula beraksi dalam saingan liga Perdana Inggeris.
🤣 “Arsenal are Banter FC! They’ve spent £135M on a B team!”
🤔 “Odegaard, Ramsdale, Ben White, Lokonga, Tavares… Is their team any better than it was last season?”
Jamie O’Hara isn’t having Arsenal transfer business so far! pic.twitter.com/XX13ZPF3Vf
— talkSPORT (@talkSPORT) August 18, 2021
Chelsea mendominasi sepenuhnya permainan ketika aksi London derby sebelum ini, namun Arsenal beruntung kerana mereka hanya bolos dua gol sahaja.
Dua gol Chelsea ketika menewaskan Arsenal sebelum ini berjaya dijaringkan oleh Romelu Lukaku dan Reece James, dengan penyerang baru The Blues itu dilihat tenang membuli barisan pertahanan Gunners.
Ketika O’Hara ditanya tentang perlawanan tersebut, beliau yang ketika itu sedang bercakap di studio talkSPORT menyatakan bahawa:
“Menonton perlawanan semalam, dengan Romelu Lukaku bermain bertemu mereka, ia seolah melihat skuad bawah 23 tahun Arsenal yang bermain bertemu skuad utama Chelsea.”
👀 “What do #ARS fans expect? They are just a nothing team, it’s sad to watch.”
🤦 “I think this is the worst Arsenal team I have ever seen play in the #PL. It was like watching the under 23’s playing #CFC.”
Jamie O’Hara feels ‘sad’ for Arsenal. 🔴 pic.twitter.com/4tKIMbYOoM
— talkSPORT (@talkSPORT) August 23, 2021
“Lukaku dilihat sangat yakin untuk memusnahkan mereka. Beliau hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk buli barisan pertahanan mereka. Ia boleh dikatakan hampir saja untuk dimalukan.”
Bekas pemain Spurs itu kemudiannya menyatakan tentang bagaimana punca masalah yang beliau percaya tentang pengurus dan skuad Arsenal.
“Saya boleh nampak mereka akan akhiri saingan liga di kedudukan ke-13 atau 14. Jika mereka kekal dengan Arteta, mereka akan mengakhiri saingan liga di kedudukan tercorot dalam carta. Mereka menghampiri kedudukan itu.”
“Mereka tak ada arah tuju dan tak ada perancangan. Kesemua pemain muda yang mereka beli ada potensi, tapi kamu perlukan seorang ketua di bilik persalinan yang mampu mendapatkan yang terbaik dari mereka.”
‘Shocking’: Jamie O’Hara stunned at what Mikel Arteta did with one Arsenal player tonight https://t.co/CEvjlreMZ5
— Cengiz Adabag (@adabagcompany) August 22, 2021
“Mereka tak ada ketua dalam skuad sekarang. Apa yang penyokong Arsenal harapkan dari skuad mereka pada detik ini? Mereka akan hadap skuad yang akan kutip kosong mata ketika rehat antarabangsa nanti, mereka perlu berdepan dengan Man City minggu hadapan.”
“Saya hanya melihat mereka dan berfikir tentang mereka menghabiskan duit untuk pemain muda, dan pemain muda itu pula mempunyai potensi, tapi mereka tak ada ketua dalam skuad sekarang.”
“Tak ada sesiapa yang mengawal permainan dan menyatakan, ‘saya akan bawa pasukan ini maju lebih jauh, saya akan lakukannya untuk Arsenal’. Mereka tak ada. Mereka merupakan pasukan yang tak ada apa-apa. Ia sangat menyedihkan untuk melihat bagaimana teruknya mereka sekarang.”
"THE BOTTOM HALF OF THE TABLE!" Jamie O'Hara says Arsenal WON'T finish in the top 10 under Arteta – talkSPORT https://t.co/v8zPmQ9rHW
— Euro Journal – English News (@eurojournalENG) August 23, 2021
Arsenal ketika ini sedang mempersiapkan skuad mereka untuk berdepan dengan Manchester City yang mana mereka terdesak untuk mencatatkan kemenangan.
Seandainya mereka tewas, ia tentunya bakal menjadi masalah besar untuk Arsenal dan tentunya juga bakal memberi tekanan yang lebih teruk pada Mikel Arteta.
Sumber: SPORTbible