Arteta Bidas Xavi Kerana Kritik Corak Pemainan ‘Melampau’ Arsenal Lawan Barcelona

Mikel Arteta tidak berdiam diri dan membalas kritikan oleh Xavi Hernandez selepas pengendali Barcelona itu mengadu mengenai corak pemainan yang ditampilkan Arsenal ketika kedua-dua pasukan itu menguji kekuatan masing-masing semalam.

The Gunners merekodkan kemenangan 5-3 ke atas kelab Catalan itu dalam perlawanan yang mendebarkan di Stadium Sofi, Carlifornia.

Kemenangan Arsenal itu dibantu oleh dua jaringan Leandro Trossard, dan satu gol masing-masing oleh Bukayo Saki, Fabio Viera dan penyerang baharu, Kai Havertz.

Walaupun berstatus perlawanan persahabatan perlawanan tersebut dihiasai dengan banyak hadangan keras dan insiden.

Secara keseluruhan 34 kekasaran direkodkan sepanjang 90 minit perlawanan, dan 22 daripadanya dilakukan oleh pemain Arsenal.

Bercakap kepada media selepas perlawanan Xavi nyata tidak berpuas hati dengan pendekatan yang diambil oleh Arteta dan anak buahnya untuk perlawanan tersebut.

“Saya jelaska kepada Mikel selepas perlawanan, ia seperti perlawanan Champions League kerana intensiti perlawanan terlampau tinggi.

“Ia tidak normal untuk perlawanan persahabatan. Tetapi saya faham semua orang nak menang.

“Bagi kami ia adalah perlawanan pertama pra musim dan kami menuju perlawanan ini selepas ramai pemain diserang sakit perut,” kata Xavi.

Arteta jelas tidak berpuas hati dengan komen oleh Xavi sebelum membalas: “Kami beraksi di hadapan lebih 70,000 penonton dan sebaik perlawanan bermula mereka menunjukkan bantahan kepada jurulatih dan melakukan perkara yang mereka inginkan semahunya.

“Sebaik sahaja kekasaran pertama berlaku dalam perlawanan ini, barulah pemain mulai merasakan intensiti dan mula bermain bola sepak,” kata Arteta

Kemenangan ke atas Barcelona ini adalah yang kedua sepanjang pra musim di Amerika Syarikat.

The Gunners akan berhadapan Monaco di pertandingan Piala Emirates pada 2 Ogos sebelum beraksi di Community Shield menentang Manchester City pada Ahad berikutnya.

BACA:  Jurgen Klopp Kibar Bendera Putih