Solskjaer: Ini Persembahan Terburuk Manchester United Sejak Saya Mengambil Alih

Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendakwa pasukannya mengambil satu langkah ke belakang selepas mempamerkan persembahan paling buruk sejak beliau mengambil alih jawatan pengurus di Old Trafford.

Dalam aksi suku akhir Piala FA di Molineux Stadium awal pagi tadi, Red Devils tersungkur layu di tangan Wolves apabila tumpas 2-1 hasil jaringan daripada Raul Jimenez dan Diogo Jota.

Solskjae label persembahan United pagi tadi sebagai paling buruk pernah beliau saksikan. Anda setuju ?

Gol saguhati United diperolehi pada penghujung perlawanan menerusi Marcus Rashford demi menjaga hati peminat Setan Merah yang sanggup bersengkang mata melihat pasukan mereka dimalukan.

Dengan kemenangan ini, Wolves berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dan berpeluang untuk bertemu Manchester City di Wembley jika ditakdirkan bersama.

Selepas tewas kepada Arsenal minggu lepas, United tewas sekali lagi kepada Wolves untuk kekalahan berturut-turut pertama di bawah kendalian Solskjaer.

Dua kekalahan berturut-turut ini hadir selepas United mencipta rekod baru kelab dengan menang 9 perlawanan berturut-turut di tempat lawan.

Ketika berucap kepada wartawan selepas tamat permainan, Solskjaer melabel persembahan anak buahnya sebagai terburuk yang pernah beliau lihat sejak bergelar pengurus pada hujung tahun lalu.

Adakah wajar gelaran Arsenal ‘Lemah’ & Lembik’ diberikan kepada Setan Merah musim ini ?

“Ini merupakan langkah ke belakang saya boleh cakap. Ini merupakan persembahan paling buruk sejak saya berada di sini.”

“Minggu lepas kami gembira dengan persembahan kami [menentang Arsenal] tetapi hari ini kami langsung tidak mempunyai keinginan atau kualiti ketika mempunyai pegangan bola.”

“Tanpa bola, kami bermain OK pada separuh masa pertama. Tetapi tempo permainan tidak berapa tinggi sehingga kami mengikut rentak pihak lawan.”

“Saya juga rasa kami terlalu selesa apabila mempunyai penguasaan bola. Kami tidak dapat meletakkan penjaga gol mereka dalam tekanan.”

“Kami tahu kami bermain baik ketika menentang Arsenal minggu lalu dan ia merupakan keputusan yang tidak sepatutnya kami terima pada hari tersebut.”

“Minggu ini kami berhak menerima keputusan ini kerana kami tidak berhak untuk memenangi perlawanan tadi.”

Dengan tersingkirnya United dari saingan Piala FA, satu-satunya pertandingan yang mampu memberikan trofi kepada mereka musim ini adalah Liga Juara-Juara Eropah.

Namun untuk melakukannya mereka perlu mencari cara untuk melepasi Barcelona dalam saingan peringkat suku akhir, sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Diogo Jota. Padu budak ni

“Sudah tentu, anda tidak boleh terus merungut dan duduk sahaja. Dan sudah tentu kami kecewa dengan keputusan ini, semua pihak kecewa.”

“Tetapi kami bersedia untuk kembali berjuang selepas rehat antarabangsan nanti. Masih banyak yang kami ingin perjuangkan. Kebiasaannya bulan April dan Mei adalah bulan dimana prestasi United akan mencanak.”

“Jangan risau mengenai sikap pemain kerana apabila kami kembali nanti, kami akan kembali berjuang sekali lagi.”

BACA:  Peminat Sedih Melihat Layanan Yang De Beek Terima Sebelum Aksi Bertemu Spurs