Solskjaer: United Tidak Boleh Jadi Macam Liverpool, Bertahun-tahun Tak Menang Liga

Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi amaran kepada pasukannya untuk tidak mengikut jejak langkah Liverpool yang gagal memenangi Liga Perdana Inggeris bertahun-tahun lamanya.

Sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan Old Trafford pada tahun 2013, Manchester United gagal memenangi sebarang gelaran juara liga sehingga ke hari ini. Paling dekat adalah musim lepas dimana Jose Mourinho berjaya memacu United menduduki tempat ke-2, 19 mata ditinggalkan sang juara, Manchester City.

Liverpool dan United tak sama. Kami tidak boleh terus berada di lembah kehinaan seperti Liverpool

Jika anda rasa United sudah lama tidak memenangi liga, sudah tentu anda tidak kenal Liverpool. Pasukan Merseyside itu tidak pernah memenangi Liga Perdana Inggeris sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990 dan sehingga ke hari ini, kemandulan Liverpool sudah mencecah 29 tahun lamanya.

Namun begitu, kemarau liga Liverpool berkemungkinan besar bakal berakhir musim ini kerana mereka berkongsi mata dengan Manchester City di persada liga sekarang, dan memiliki kelebihan 1 perlawanan.

Manchester United dan Liverpool bakal bertembung di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam ini dengan setiap pasukan mempunyai misi masing-masing untuk dicapai.

Liverpool wajib meraih 3 mata penuh sekiranya mereka mahu menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, dengan Manchester City berkongsi mata yang sama dengan Liverpool ketika ini iaitu 65 mata.

Kali terakhir LIverpool memenangi liga adalah pada musim 1989-1990

Walau bagaimanapun, Liverpool masih mempunyai kelebihan 1 perlawanan manakala City tidak akan bermain minggu ini kerana bakal menentang Chelsea dalam final Piala Carabao.

Manchester United pula bagaikan tersedar dari mimpi ngeri selepas Solskjaer mengambil alih pasukan tersebut dari Jose Mourinho. Solskjaer berjaya membimbing United memenangi 11 dari 13 perlawanan yang mereka telah harungi bersama dan kini berada di tempat ke-4 dalam liga.

Ketika berucap kepada sidang media menjelang pertemuan penting malam ini, Solskjaer cuba bermain permainan psikologi dengan mendakwa Liverpool mungkin berasa tertekan kerana sudah 29 tahun tidak memenangi kejuaraan liga.

“Sudah tentu mereka berasa tertekan. Peminat dan pemain mereka juga merasai perkara yang sama.”

“Tetapi kami juga sudah beberapa tahun tidak memenangi liga dan kami mahu kembali memenanginya. Kami perlu memastikan pasukan ini tidak bertukar menjadi pasukan yang berpuas hati apabila menduduki Top 4.”

“Jika anda meletakkan sasaran rendah dan mencapai sasaran anda, sebenarnya itu lebih bahaya daripada meletakkan sasaran tinggi dan gagal mencapai sasaran tersebut.”

“Agak susah untuk memenangi liga di sini. Liga ini mungkin liga yang paling susah untuk dimenangi kerana jika anda lihat lebih dalam, terdapat 5 atau 6 pasukan yang mampu memenangi Liga Perdana Inggeris.”

dis year is our ear

“Leicester berjaya melakukannya dan ia merupakan satu keajaiban. Sebelum ini Blackburn berjaya melakukan perkara yang sama, tetapi selain itu hanya kelab-kelab besar yang mampu memenanginya.”

Solskjaer juga sempat memerli peminat Liverpool yang saban tahun melaungkan slogan ‘Tahun Ini Adalah Tahun Kami’.

“Saya mempunyai ramai kawan yang meminati Liverpool di tempat asal saya dan setiap tahun mereka akan berkata tahun ini bakal menjadi tahun mereka. Apabila masuk bulan Oktober, mereka akan berkata, ‘OK. Tahun depan kita cuba lagi’.”

BACA:  David De Gea Dinamakan Sebagai Pemenang Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris